Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HIDEO ‘Pop’ Yoshimura. Nama keluarga ini begitu sinonim dengan ekzos motosikal. Namun adakah anda kenal Pop Yoshimura sebagai individu yang menjadi tulang belakang kepada jenama ekzos buatan Jepun itu?

Mungkin ramai tidak kenal beliau, tetapi jenama Yoshimura itu sendiri sudah cukup dikenali serata dunia, terutama kalangan peminat motosikal.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu

Seperti mana syarikat terkenal lain, perjalanan syarikat Yoshimura juga tidak terlepas dengan pengorbanan, susah payah dan jerih perih yang tidak dapat dilihat orang luar. Inilah dilalui Pop Yoshimura (1922-1995) yang bermula sebagai seorang pemuda yang boleh berbahasa Inggeris dan terlibat dalam ketenteraan.

Dilahirkan pada Oktober 1922, Pop dilatih menjadi mekanik pesawat ketika dibawa masuk ke dalam kem tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua (WWII). Selepas perang tamat, beliau bekerja sebagai tuner motosikal tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di negaranya.

Pada 1954, beliau mula membangunkan produk sendiri. Ketika itu semua orang ada misi ‘American Dream’. Bagaimanapun, untuk menembusi pasaran AS adalah perjalanan panjang yang penuh air mata buat Pop dan produknya, Yoshimura.

AKTIF SERTAI PERLUMBAAN, CIPTA REKOD

Ditubuhkan di Simi Valley dekat Los Angeles pada akhir 1972, ‘Yoshimura RACING’ menyertai banyak perlumbaan sebagai sebahagian strategi pemasaran. Antara siri perlumbaan dunia disertai adalah:

  • Cabaran kelajuan di Daytona pada Mac 1973 (merekodkan beberapa catatan terpantas dunia dengan Kawasaki Z1).
  • Kemenangan kelas pengeluaran Isle of Man TT pada Jun.
  • Cabaran dunia Bonneville Speed Week pada Ogos (7 set rekod pecutan terpantas dunia baharu).
  • Hadiah peringkat tinggi pada perlumbaan 24 jam Bol d’Or pada September (motosikal dilengkapi enjin Yoshimura Z1) dan merekodkan keputusan terbaik.

Sesuai harapan Pop dan Fujio (anak lelakinya), nama Yoshimura semakin kukuh dan terkenal bukan saja di AS, tetapi juga seluruh dunia. Sayangnya, itu hanya pandangan mata luar, tetapi realiti sebenar tidak seindah dilihat. Pemilik bersama AS, Dale Alexander dan Star Thompson melihat situasi itu sebagai membazirkan masa dengan segala usaha dicurahkan.

Walaupun komponen tuner seperti mufler, aci (cam) dan piston yang dihasilkan di Akigawa, Jepun (Yoshimura Competition Motors) dieksport ke AS, tetapi tiada bayaran diterima daripada Alexander. Anak perempuan Pop, Nankai yang menjaga akaun syarikat berang dengan situasi berkenaan.

Sebagai penjaga akaun, segala urusan aliran tunai perlu diaudit dengan betul. Syarikat Yoshimura bukan saja melakukan pemasangan komponen, tetapi turut menjual produk, termasuk menimbangkan aspek material dan kos vendor. Nankai juga perlu menguruskan segala pembayaran dan Pop sendiri tahu situasi tersebut.

“Ya.. Yoshimura Racing ialah syarikat aku, dan jika aku sendiri ke sana keadaan akan jadi lebih baik,” kata Pop.

Namun, pihak Alexander menjelaskan akan melunaskan baki bayaran jika Pop ke AS. Kemelut hutang itu diburukkan lagi dengan persepsi Nankai dan suaminya, Mamoru Moriwaki yang begitu skeptikal ke atas orang AS.

BACA >>> Aston Martin Bulldog – Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih

HALAU NANKAI, MORIWAKI ENGINEERING DITUBUHKAN

Mamoru Moriwaki
Moriwaki Engineering

Disebabkan curiga dan berang dengan sikap acuh tidak acuh, Nankai dan Pop saling bertegang urat mengenai bayaran yang belum dilunaskan Alexander sebagai wakil jualan AS. Akhirnya Pop naik angin dan bertindak menghalau Nankai hingga anak perempuannya itu keluar meninggalkan Akikawa beberapa hari kemudian dan tinggal di Kobe sementara waktu.

Kemudian, suaminya, Moriwaki mendapat pekerjaan dalam bidang pembinaan. Bagaimanapun, disebabkan minat mendalam dalam bidang talaan motosikal,ย  lalu berpindak ke Suzuka dalam prefektur Mie. Atas inisiatif Nankai, pasangan itu menubuhkan ‘Moriwaki Engineering’ pada 30 September 1973.

Benarlah kata peribahasa, air dicincang tidak akan putus. Walaupun diusir keluar, Nankai masih memikirkan tentang Pop. Sekiranya berlaku sesuatu terhadap bapanya, Nankai perlu beri sokongan. Siapa sangka dalam tempoh tersebut, banyak insiden menimpa Pop yang sudah nekad mahu melupuskan tapak kilang Akikawa sebagai fasiliti pemasangan produk Yoshimura.

Pop memutuskan mahu menjual tapak kilang itu ada Januari 1974 dan kilang tersebut dilupuskan pada Mac tahun sama. Akhirnya, Pop merancang berpindah ke AS. Ketika Nankai datang melawat dari Suzuka untuk mengambil kelengkapan dan mesin kilang, kondisi Pop tidak begitu baik.

Rupanya, beliau sudah lama mengalami masalah tekanan darah tinggi dan tekak berdarah. Mujurlah pendarahan itu tidak berlaku di otak dan Pop pulih selepas sebulan dirawat di hospital. Sebelum berpindah ke AS, Pop meminta Nankai kembali ke kilang Akikawa, tetapi permintaan itu ditolak anaknya itu kerana beliau baru saja menubuhkan syarikat baharu di Suzuka.

Akur dengan keputusan anak perempuannya itu, Pop terbang ke AS bersama isterinya Naoe dan beberapa mekanik pada Mei 1975. Serentak itu, Yoshimura Motors di Zankuma-Kanunosu dalam prefektur Fukuoka dan di Fussa, Akigawa, Tokyo, akhirnya lenyap.

Pop menghentikan sepenuhnya segala perlumbaan di Jepun dan memutuskan bertanding di Yoshimura RACING, AS!

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penukar Bermangkin (Catalytic Converter) Pada Sistem Ekzos?

SUMBER:ย BikeBros

Auto Terkini autotainment ekzos ekzos Yoshimura Hideo Popo Yoshimura Pop Yoshimura Retro Auto sejarah yoshimura Yoshimura RACING
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Presiden CAKE, Mohd Yusrizal Yusof
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    14/05/2026
    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Lexus TZ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Lexus TZ 2027 – SUV EV Mewah 6-kerusi dengan Jarak Pandu 530km

    By Abang Hirata11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.