• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!

#Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!

May 15, 2020 By AI Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini Kawasaki Motor Indonesia (KMI) hanya memberikan sedikit video acah deruman ekzos Ninja ZX-25R.

Terkini,  akaun YouTube pengedar rasmi motosikal Kawasaki di republik itu mendedahkan pula bunyi penuh sportbike suku liter 4-silinder tersebut yang sudah diubah suai kepada unit ekzos Yoshimura Hepta Force TSS.

Ekzos aftermarket itu dipasangkan pada Ninja ZX-25R dengan kit badan karbon A-Tech Black Diamond. Klip video berdurasi 1:52 di bawah ini menunjukkan kelibat seorang lelaki membelakangi kamera berjalan menuju ke model tersebut dan menghidupkan enjin.

Kemudian, lelaki berkemeja Kawasaki itu terus saja memulas terotel daripada rev perlahan hingga diligatkan tinggi sampai mencetuskan nyalaan api biru dari ekzos. Deruman dilontarkan cukup padat dan menggetarkan jiwa. Sebagai makluman, Yoshimura Hepta Force TSS ialah unit ekzos sistem penuh.

Jika anda berpeluang memiliki Ninja empat dapur ini, anda cuma perlu plug dan play saja ekzos tersebut yang didatangkan dalam konfigurasi manifold 4-2-1.

Ekzos Yoshimura Hepta Force TSS juga sebahagian produk Yoshimura Asia yang lulus dipakai di jalan raya. Menurut  Yoshimura, mufler tersebut mampu menawarkan ekstra kuasa selain mengurangkan berat keseluruhan jentera.

BACA >>> #Videotomotif: Bos Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Ninja ZX-25R
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!\

GALERI
Yoshimura Hepta Force TSS Kawasaki ZX-25R_1
Yoshimura Hepta Force TSS Kawasaki ZX-25R_2
Yoshimura Hepta Force TSS Kawasaki ZX-25R_3
Yoshimura Hepta Force TSS Kawasaki ZX-25R_5
Yoshimura Hepta Force TSS Kawasaki ZX-25R_4
bunyi-ekzos-kawasaki-ninja-zx25r-1
Kawasaki ZX-25R Perlumbaan_8
Kawasaki ZX-25R Perlumbaan_3
2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: ekzos, ekzos aftermarket, ekzos Yoshimura, Kawasaki, Kawasaki Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc, videotomotif, yoshimura, Yoshimura Hepta Force TSS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my