Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit
Autotainment

#RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

Han OthmanBy Han Othman28/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM Hot Wheels, sebenarnya ada banyak pengeluar kereta mainan kecil tuangan terap (diecast) seperti dihasilkan jenama buatan Amerika Syarikat (AS) itu.

Mainan diecast sudah ada di pasaran seawal abad ke-20, dihasilkan pengeluar seperti Meccano untuk jenama Dinky Toys di Britain, Dowst Brothers (Tootsie Toys) di AS dan Fonderie de précision de Nanterre (Solido) di Perancis.

Model awal kereta mainan diecast dihasilkan menggunakan bendasing dalam aloi untuk menghasilkan pes zink. Bagaimanakan material itu menyebabkan tuangan menjadi herot dan retak tanpa sebab jelas. Ini membuatkan banyak mainan diecast sebelum Perang Dunia Kedua sukar ditemui dalam keadaan masih elok. Kemudian, masalah itu dapat diatasi menerusi penggunaan aloi Zamak ketulenan tinggi (high purity).

BACA >>> Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling ‘Meninggal Dunia’, Dinilai Lebih RM600k

MATCHBOX CETUS KEGILAAN

Walaupun banyak pengeluar lebih awal mengeluarkan kereta mainan diecast, tetapi syarikat pertama yang mencetuskan kegilaan kereta mainan diecast bersaiz kecil ialah Lesney menerusi jenama Matchbox pada 1953.

Apa yang unik mengenai Matchbox ialah setiap keretanya dipakejkan dalam kotak kecil yang direka seperti kotak mancis. Populariti Matchbox membuatkan jenama itu – Matchbox – sering digunakan umum untuk merujuk kepada kereta mainan diecast bersaiz kecil walaupun ia berjenama lain.

BACA >>> #Videotomotif: Kompilasi Aksi ‘Stunt’ Kereta Hot Wheels Yang Mendebar Jiwa

LEWAT MUNCUL, TAPI JADI FENOMENA

Harry Bentley Bradley (kanan) bersama isteri pada 1954
Dodge Deora rekaan Bradley untuk Alexander Brothers

Hot Wheels cuma berada di pasaran pada 1968, iaitu kira-kira 15 tahun selepas kemunculan Matchbox. Hot Wheels diperkenalkan Mattel selepas ibu bapa mengadu syarikat itu tiada produk mainan untuk anak lelaki. Sebagai makluman, Mattel ialah syarikat sama yang menghasilkan mainan patung Barbie untuk kanak-kanak perempuan sejak 1959. Kemunculan Hot Wheels pantas mencetuskan fenomena baru di kalangan kanak-kanak AS.

Segalanya bermula apabila Mattel melantik Harry Bentley Bradley pada 1966 sebagai pereka rasmi Hot Wheels. Berbanding Matchbox yang menghasilkan model miniatur berasaskan kereta dunia sebenar, Hot Wheels pula lebih menumpukan kepada pembuatan kereta konsep dan hot rod yang bertepatan dengan jiwa Amerika.

Sebelum menyertai Hot Wheels, Bradley ialah pereka General Motors (GM) dan pernah menjadi pereka sambilan kepada artis muzik terkenal AS, Alexander Brothers untuk merekabentuk kereta persembahan, Dodge Deora milik penyanyi dua beradik itu.

BACA >>> Lelaki Ini Miliki Lebih 3,500 Kereta Mainan Hot Wheels, Termasuk Paling Jarang Di Dunia

DEBUT THE ORIGINAL SWEET 16

Debut Hot Wheels 1968 dinamakan ‘The Original Sweet 16’ dengan menampilkan 16 model kereta mainan diecast, di mana 11 daripadanya ialah rekaan Bradley. Antara model pertama daripada koleksi itu ialah Custom Camaro berwarna biru gelap, termasuk Dodge Deora milik Alexander Brothers yang sememangnya kereta konsep hasil idea asal Bradley.

Pengeluaran pertama itu – The Original Sweet 16 – juga adalah pengeluaran Red Line Series, di mana tepi tayar kereta mainan diletakkan strip merah. Sebagai tambahan kepada barisan kereta mainan diecast, Mattel turut menghasilkan set trek lumba yang dijual berasingan.

Walaupun melalui pelbagai proses kemas kini, trek original Hot Wheels kekal dalam warna kuning cerah hingga ke hari ini. Trek tersebut perlu dipasang untuk menjadi saiz litar berbentuk oblong dan bulat, dengan satu (atau dua) ‘super chargers’, seakan stesen pengecas atas trek yang berupa roda berputar dikuasakan bateri dan perlu dilepasi kereta. Stesen pengecas itu membolehkan kereta dapat terus bergerak atas trek.

SAINGAN SENGIT


Sejak itu – 1968 – Hot Wheels menjadi pesaing hebat kepada Matchbox dan menulis sejarah baru bagi kereta mainan diecast saiz kecil. Malah, kejayaan model 1968 turut mengukuhkan nama Hot Wheels pada tahun-tahun mendatang. Kini, Hot Wheels bukan saja menjadi mainan kanak-kanak, tetapi juga menjadi buruan golongan dewasa yang menjadikan kereta mainan diecast jenama itu sebagai koleksi peribadi, terutama keluaran edisi terhad.

Menarik mengenai hobi mengumpul kereta mainan Hot Wheels ialah kos yang tidak mahal berbanding hobi lain seperti mengumpul setem, syiling atau patung Barbie. Harga Hot Wheels di pasaran AS adalah sekitar AS$0.97 – AS$1.08 (RM4.35-RM4.85) dan ia tidak banyak berubah sejak hampir 40 tahun lamanya.

Di atas ini ialah iklan televisyen pertama Hot Wheels pada 1968. Jika, kanak-kanak dalam iklan itu berumur 6 tahun pada 1968, maka tahun ini – 2016 – umurnya sudah mencecah 54 tahun dan kini mungkin giliran cucunya pula bermain Hot Wheels. Ia seakan sudah menjadi satu tradisi bagi keluarga di AS yang mana mereka saling berkongsi sejarah, minat dan cerita yang sama walaupun datang daripada generasi berbeza.

Bagaimana pula kita di Malaysia? Adakah anda ada berkongsi hobi serupa bersama bapa atau datuk anda?

BACA >>> Camaro Edisi Khas Sempena Rai Ulang Tahun Chevrolet-Hot Wheels yang ke-50

SUMBER: Wikipedia | Road and Track

Alexander Brothers autotainment Harry Bentley Bradley Hobi Hot Wheels kereta mainan diecast kereta mainan kecil Matchbox Mattel Retro Auto sejarah Hot Wheels
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.