• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling 'Meninggal Dunia', Dinilai Lebih RM600k

Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling 'Meninggal Dunia', Dinilai Lebih RM600k

April 15, 2017 By AO 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DINILAI pakar sebagai 'holy grail' (istilah Inggeris untuk menggambarkan nilai tinggi sesuatu benda), sebuah Volkswagen Microbus Beach Bomb dikenal pasti sebagai unit Hot Wheels paling mahal di dunia yang dianggarkan bernilai antara £80,000 (RM440,324) - £120,000 (RM660,486).

Pemilik Hot Wheels itu ialah anak lelaki kepada seorang mekanik yang pernah bekerja di syarikat pembuat Hot Wheels, Mattel pada lewat 1960-an. Menurut pengumpul itu, bapanya sendiri yang menyuruh dia menyimpan kereta mainan tersebut sehingga bernilai tinggi. Kini, apa yang diperkatakan bapanya itu memang benar.

BACA >>> #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

Volkswagen Microbus Beach Bomb itu ialah versi prototaip yang 'tidak jadi' kerana bahagian atas terlalu berat hingga menyebabkan van mini tersebut sering terbabas dalam trek ketika di selekoh. Justeru pengeluarannya terus dihentikan sebaik saja barisan pertama dikeluarkan. Sebenarnya, model pengeluaran penuh pun sudah jarang ditemui, apatah lagi unit prototaip sebegitu yang boleh dikategorikan sebagai 'super rare'.

Lebih menambahkan nilai, model berkenaan masih dalam keadaan sempurna dan siap disertakan bersama kad bisnes si pemilik asal kereta main itu yang membuktikan hubungan langsung dia dan Mattel.

BACA >>> Lelaki Ini Miliki Lebih 3,500 Kereta Mainan Hot Wheels, Termasuk Paling Jarang Di Dunia

GALERI
hot-wheels-beach-bomb-1
porsche panamera 2017
hot-wheels-beach-bomb-3
hot-wheels-beach-bomb-4
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-1
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-2
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-3
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-4
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-5
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-6
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-7
hot-wheels-volkswagen-microbus-beach-bomb-8

SUMBER: Car Throttle

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, autotainment, Hot Wheels, Hot Wheels termahal dunia, kereta mainan, Mattel, miniatur, Volkswagen Microbus Beach Bomb

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my