Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Camaro Edisi Khas Sempena Rai Ulang Tahun Chevrolet-Hot Wheels yang ke-50
Roda4

Camaro Edisi Khas Sempena Rai Ulang Tahun Chevrolet-Hot Wheels yang ke-50

Han OthmanBy Han Othman26/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHEVROLET dan Hot Wheels meraikan ulang tahun bersama yang ke-50 dengan mengeluarkan model Camaro edisi khas baharu sempena pameran SEMA 2017.

Pakej tambahan harga AS$4,995 (RM21,156) itu boleh ditempah pada Camaro 2LT dan coupe 2SS, serta model-model konvertibel, yang menawarkan warna jingga khas dipanggil ‘Crush‘ sebagai tanda penghormatan kepada trek Hot Wheels ikonik yang juga berwarna sama.

Menghiasi warna tersebut ialah strip Satin Graphite dengan aksen Silver Ice Metallic, manakala bahagian roda menggunakan set rim 20-inci diilhamkan Hot Wheels. Coupe pula mendapat spoiler belakang unik, tetapi tiada untuk model konvertibel kerana spoiler sedia ada sudah disepadukan bersama antena.

BACA >>> Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling ‘Meninggal Dunia’, Dinilai Lebih RM600k

SEMANGAT PENCABAR

Sementara itu, tema Hot Wheels diteruskan dengan lencana fender, lampu belakang smoked, kaliper brek jingga, lambang bowtie hitam dan pakej efek Satin Graphite. Elemen jingga turut mewarnai ruang kokpit, iaitu pada tali pinggang keledar, kerusi belakang, pad lutut dan benang sulaman kontras warna ‘Crush’ sama seperti luaran, yang menyerlahkan kontras  gaya Halloween dengan dalaman hitam, Jet Black.

Logo Hot Wheels turut disematkan pada perehat kepala dan juga roda stereng serta sil pintu.

Pengarah Rekabentuk Luaran di studio rekabentuk Chevrolet Performance, Tom Peters berkata, Chevrolet dipenuhi ramai pereka yang terinspirasi oleh Hot Wheels.

Camaro Hot Wheels Edisi Ulang Tahun ke-50 mengambil keghairahan itu dan menukarkan fantasi kanak-kanak menjadi realiti.”

Pada 1968, Camaro generasi pertama adalah antara kenderaan pertama dipilih Mattel dengan warna emas (gold) dan merah jambu krim (pink creamy) dan menjadi antara 20 warna asal Hot Wheels Camaro.

BACA >>> Hot Wheels Bukan yang Pertama, Tapi Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit

“Pada 1960-an, Hot Wheels dan Camaro mencabar rekabentuk kenderaan dengan mengangkat elemen kelajuan, kuasa dan prestasi untuk mainan diecast (tuang terap) dan kereta pony. Selama 50 tahun kedua-dua jenama sudah menghasilkan banyak kereta prestasi tinggi yang tersemat semangat pencabar,” kata Naib Presiden Kanan Hot Wheels, Chris Down.

Kami gembira kerana peminat kini boleh menikmati intipati Hot Wheels pada Camaro edisi khas ini.”

Chevrolet Hot Wheels dijadualkan di pasaran pada suku pertama tahun hadapan.

GALERI

Chevrolet Chevrolet Camaro Chevrolet Camaro Hot Wheels chevy Hot Wheels Roda4 SEMA 2017
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.