Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PUSPAKOM Terima Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah
Auto Terkini

PUSPAKOM Terima Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah

Abang GYLBy Abang GYL04/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menerima pengiktirafan MS ISO 37001: 2016, Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS), sekali gus menguatkan lagi usaha PUSPAKOM mencapai tahap integriti tinggi dalam operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PUSPAKOM, Shukor Ismail berkata, pihaknya sentiasa  berusaha  memastikan integriti di semua peringkat operasi, termasuk kakitangan dan semua pemegang kepentingan seperti vendor, pembekal, kontraktor, perunding dan pelanggan.

“Kami sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kemudian kami juga menandatangani Ikrar Integriti Korporat yang turut disaksikan SPRM.

“Melalui pendekatan berdisiplin dan prosedur yang ketat, kami mewujudkan kesedaran tentang risiko rasuah dikalangan pihak berkepentingan supaya ianya dapat dikesan dan dicegah.

“Saya percaya dengan pensijilan ABMS ini, PUSPAKOM akan ditadbir dengan lebih baik dan mencapai kecemerlangan perkhidmatan, ketelusan, tanggungjawab dan integriti yang tinggi,” jelas Shukor.

Di peringkat operasi, PUSPAKOM terus meningkatkan infrastruktur, peralatan dan sistem bagi memastikan standard tinggi dalam aktiviti pemeriksaan. Ia juga mempunyai Pusat Pemantauan yang ditubuhkan untuk memantau  aktiviti pemeriksaan dijalankan pasukan Perkhidmatan Bergerak di luar pusat pemeriksaan.

Dalam pada itu, pelanggan juga boleh melihat kenderaan mereka menjalani pemeriksaan secara langsung di pusat pemeriksaan menerusi sedutan langsung atau ‘live feed’ yang dipaparkan di skrin.

BACA >>> Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

APLIKASI MYPUSPAKOM

Sistem tempahan dan pembayaran menerusi talian MyPUSPAKOM juga menjadi antara usaha PUSPAKOM menjalankan perkhidmatan secara lebih telus.

Dengan MyPUSPAKOM, pelanggan boleh menggunakan aplikasi mobil itu untuk melihat caj sebenar pemeriksaan dan juga menghindari pelanggan daripada mendapat maklumat salah atau dikenakan caj melampau daripada pihak ketiga.

Pelanggan juga boleh menyemak slot pemeriksaan untuk janji temu menerusi aplikasi supaya tidak perlu beratur panjang di pusat pemeriksaan. Penggunaan teknologi ini turut mengurangkan campur tangan manusia dalam keseluruhan rangkaian proses pemeriksaan, menghapuskan aktiviti dan amalan orang tengah yang tidak beretika di sekitar pusat pemeriksaan.

Maklumat lanjut mengenai tadbir urus korporat PUSPAKOM, sila layari laman web www.puspakom.com.my.

MyPUSPAKOM PUSPAKOM Shukor Ismail Sistem Pengurusan Anti-Rasuah Sistem Pengurusan Anti-Rasuah Puspakom tempah booking puspakom
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.