Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'

JENAMA automobil mewah dari Jerman, Porsche kini semakin hampir merealisasikan perancangan memperkenalkan kenderaan utiliti suksn (SUV) elektrik paling mewah dalam barisan jenama itu.

Model dengan kod nama K1 itu dikesan sedang menjalani ujian berhampiran fasiliti pembangunan Porsche di Jerman, sekali gus memberi gambaran lebih jelas mengenai saiz dan hala tuju model baharu tersebut.

Porsche ‘K1’ bakal ditempatkan di atas Cayenne sebagai SUV perdana dan dijangka dilancarkan sebagai model 2027.

Lebih Panjang, Lebih Tegap daripada Cayenne

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'

Daripada imej prototaip dirakam, Porsche ‘K1’ nampak jauh lebih besar dengan badan lebih panjang dan profil lebih maskular berbanding Cayenne.

Garis bumbung pula lebih berkotak, dengan rekabentuk tingkap sisi menaik ke arah belakang, berbeza pendekatan lebih landai seperti SUV coupe.

Walaupun bampar depan dan belakang masih ditutup pelekat kamoflaj tebal, bentuk lampu depam jelas menyerupai rekaan Macan EV generasi baharu. Lampu belakang pula membentuk jalur nipis merentangi keseluruhan pintu but, digabungkan kemasan hitam lebar sebagai identiti rekabentuk terkini Porsche.

Mungkin Tiga Baris Tempat Duduk

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'

Walaupun Porsche belum mengesahkan konfigurasi tempat duduk, saiz fizikal Porsche ‘K1’ memberi bayangan mungkin menawarkan sehingga 7-kerusi.

Jika benar, ia menjadikan model itu SUV elektrik Porsche paling praktikal setakat ini, yang sesuai untuk keluarga besar tanpa mengorbankan elemen prestasi yang sinonim dengan jenama tersebut.

Platform SSP, Sistem 900V

Prototaip SUV EV 'Porsche K1'

Porsche ‘K1’ dijangka dibangunkan menggunakan Platform Sistem Boleh Skala (Scalable Systems Platform, SSP) versi prestasi tinggi milik Volkswagen Group.

Antara spesifikasi disebut ialah sistem bateri 900V, yang membolehkan pengecasan ultra pantas 10 – 80 peratus sekitar 12 minit. Teknologi itu bakal memberikan kelebihan besar dari segi masa pengecasan, khususnya SUV saiz besar yang lazimnya memerlukan kapasiti bateri tinggi.

Ciri Dinamik, Teknologi Terkini

Sebagai SUV mewah prestasi, Porsche ‘K1’ dijangka dilengkapi beberapa teknologi utama seperti:

  • Sistem stereng empat roda untuk memudahkan pengendalian di ruang sempit
  • Diferensial elektronik bagi meningkatkan kawalan ketika mengambil selekoh
  • Suspensi udara sebagai ciri standard untuk keseimbangan antara keselesaan dan pengendalian
  • Sistem bantuan pemanduan automatik generasi terkini

Gabungan itu diharapkan mampu membuatkan SUV besar itu tetap terasa lincah, selari DNA Porsche.

Saingan, Jangkaan Harga

Apabila dilancarkan kelak, Porsche ‘K1’ bakal bersaing dengan beberapa SUV elektrik premium seperti model Mercedes-Benz EQS SUV, Rivian R1S dan Range Rover EV.

Dari segi harga, model itu dijangka melepasi tanda aras AS$100,000 dan berkemungkinan lebih mahal daripada Cayenne Turbo yang kini bermula sekitar AS$148,550 di Amerika Syarikat (AS).

Pengeluaran dijadual bermula 2026 sebelum jualan rasmi dimulakan sebagai model 2027.

Petanda Arah Baharu Porsche

Kemunculan Porsche ‘K1’ menandakan strategi Porsche untuk memperkukuh kedudukan dalam segmen SUV elektrik mewah saiz besar.

Jika Taycan membuktikan keupayaan Porsche dalam dunia EV prestasi, K1 pula berpotensi menjadi simbol baharu SUV elektrik premium yang menggabungkan ruang, teknologi dan prestasi dalam satu pakej.

Bagi pasaran seperti Malaysia, model itu mungkin kekal sebagai produk niche, tetapi kehadiran bakal menjadi penanda aras baharu dalam segmen SUV elektrik mewah global.

SUMBER: CarandDriver

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Porsche Porsche Cayenne Porsche K1 Range Rover EV Roda4 SUV Elektrik Mewah Ujian Porsche
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.