Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Catat Jualan 4 Bulan Pertama Tertinggi dalam Sejarah, Myvi dan Aruz Paling Laris
Auto Terkini

Perodua Catat Jualan 4 Bulan Pertama Tertinggi dalam Sejarah, Myvi dan Aruz Paling Laris

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mengukuhkan momentum jualan untuk empat bulan pertama 2019 dengan rekod jualan 82,700 unit kenderaan, meningkat 9.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pada 2018, Perodua hanya menjual 75,500 unit kenderaan sepanjang Januari-April tahun itu.

Angka jualan itu juga pencapaian terbaik Perodua bagi empat bulan pertama dalam sejarah pengeluar nasional itu. Malah, pada April sahaja Perodua sudah mendaftarkan lebih 3,200 unit Aruz, juga angka pendaftaran bulanan tertinggi untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

perodua myvi baharu 2018

Jumlah jualan Perodua sepanjang April 2019 melebihi 22,100 unit kenderaan, meningkat hampir 11 peratus berbanding 19,939 unit pada April 2018. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, permintaan Aruz melebihi jangkaan dan pengeluaran dipercepatkan untuk memenuhi permintaan selain mengurangkan tempoh menunggu.

BACA >>> Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami…

Perodua Axia

“Sejak Aruz dibuka untuk tempahan pada 3 Januari lalu, hampir 20,000 tempahan diterima dengan purata 170 tempahan setiap hari. Dan setakat hari ini, lebih 9,800 Aruz sudah diserahkan dengan purata lebih 100 unit setiap hari.

“Myvi kekal model terlaris kami sejak pelancarannya November 2017 dan kami sudah menyerahkan lebih 115,000 unit kepada pelanggan,” katanya.

BACA >>> Perodua Jual 20,100 Kereta Sepanjang Januari 2019, Daftar 1,025 Aruz Dalam Sehari

Selain Myvi (7,700 unit), model Perodua lain turut mencatatkan pendaftaran tinggi sepanjang April iaitu Axia (5,900 unit), Bezza (4,200 unit) dan Alza (1,100 unit).

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad Jualan Perodua Jualan perodua meningkat Jualan Perodua Naik Perodua perodua aruz Perodua Myvi (2018)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.