Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
Roda2

Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS penantian hampir 13 tahun, Perodua akhirnya memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) generasi baharu Alza (2022) yang ditawarkan dalam tiga varian untuk pasaran tempatan.

Alza (2022) dilihat berpotensi merangkul semula gelaran ‘Raja MPV’ di Malaysia, sekali gus memberi saingan sengit kepada pencabar lain dalam segmen sama.

Berikut perincian Alza (2022):

VARIAN DAN HARGA

Sama seperti generasi pertama, Alza (2022) ditawarkan dalam tiga varian dengan harga atas jalan tanpa insurans seperti berikut:

  • X (asas) – RM62,500
  • H (pertengahan) – RM68,000
  • AV (premium) – RM75,500

WARNA

Ada lima warna pilihan disediakan, termasuk dua warna baharu, iaitu:

  • Black (hitam) – warna baharu
  • Brown (coklat) – warna baharu H dan AV sahaja
  • Garnet Red (merah) – varian H dan AV sahaja
  • Glittering Silver (perak)
  • Ivory White (putih)

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa patuh Euro4 1.5L NR-VE DVVTi yang menawarkan kuasa 104.6hp @ 6,000rpm, dan tork 138Nm @ 4,200rpm.
  • Sistem transmisi automatik jenis baharu, D-CVT (Dual Mode CVT) dengan mod tukaran gear manual (+ dan -). Tiada lagi opsyen kotak gear manual konvensional.

REKABENTUK LUARAN

  • Wajah depan memaparkan gril besar dengan logo Perodua di tengah. Rupa sisi kini memiliki garis badan untuk imej lebih maskulin.
  • Rupa belakang didatangkan dengan spoiler bumbung dan rekaan lampu belakang jenis datar.
  • Lampu utama LED tirus dengan lampu signal belok di atas yang mengikuti trend rekabentuk masa kini.
  • Rim aloi dalam dua saiz, 15 inci untuk varian X, manakala 16 inci untuk H dan AV.

APA MENARIK DALAM KABIN?

Ruang kabin varian AV menggunakan kemasan dwi-tona termasuk bahagian papan pemuka. Varian lain cuma satu tona sahaja. Fabrik menjadi material pilihan untuk kerusi varian X, manakala AV mendapat kemasan kulit.

i. Perehat Tangan Baris Kedua, semua varian
  • Memberi keselesaan kepada penumpang dalam setiap destinasi pemanduan.
ii. Monitor Pandangan Panoramik 360º, varian AV
  • Memberikan pandangan sekeliling kenderaan pada masa nyata dalam empat paparan, iaitu Bird View (atas), Front View (depan), Rear View (belakang) dan Side View (kiri dan kanan).
iii. Penyaman Udara Belakang, semua varian
  • Membantu menyejukkan ruang kabin lebih baik dan pantas untuk keselesaan penumpang belakang.
  • Ventilator udara dan tombol laras turut disediakan atas siling kabin.
iv. Multi-Mod Pemanduan, varian AV dan H
  • Ada tiga opsyen mod pemanduan: Normal, ECO dan Power untuk mengoptimumkan pengalaman pemanduan dan penjimatan petrol.

DIMENSI ALZA BAHARU

TEKNOLOGI SISTEM BREK

i. Brek Cakera Belakang, varian AV
  • Memberikan ekstra cengkaman brek, dengan mengurangkan pembentukan haba seperti berlaku pada brek jenis dram. Brek cakera juga lebih cepat sejuk dan mudah disenggara.
ii. Sistem Brek Pegun Automatik (AHB), varian AV
  • Memastikan posisi kenderaan kekal pegun ketika berhenti tanpa pemandu perlu memijak brek sepanjang masa.
  • Sistem bolehlah diibaratkan seperti menarik brek tangan di laluan berbukit dan dilepaskan ketika hendak bergerak. Cuma  fungsi AHB ini dikawal secara elektronik semudah menekan satu butang ‘HOLD’.
iii. Sistem Brek Elektronik (EPB), varian AV
  • Tarik punat ke atas untuk mengunci roda dan tekan ke bawah untuk meriliskan brek.
  • Sistem akan aktif automatik jika gear dalam posisi P.

TAHAP KESELAMATAN GLOBAL

Alza baharu disertakan pakej teknologi bantuan pemandu termaju, Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terdiri daripada lima ciri utama:

i. Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist (ASA) 3.0)
  • Ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.
  • Terdiri daripada empat ciri: Amaran Pra Pelanggaran, Amaran Pergerakan Depan, Brek Pra-Perlanggaran dan Kawalan Salah Operasi Pedal.
ii. Bantuan Pemanduan (Driving Assist)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), varian AV
    • Membolehkan kenderaan bergerak mengikut halaju ditetapkan dan dilaraskan automatik untuk mengekalkan jarak dengan kenderaan depan.
    • Boleh aktif pada halaju 30kmj dan pemandu boleh memilih had mengekalkan kelajuan kenderaan.
    • Boleh pilih tiga tahap jarak dengan kenderaan di depan, sama ada 25 meter, 40 meter atau 50 meter.
  • Amaran Keluar Lorong (LDW), semua varian
    • Memaklumkan pemandu jika kenderaan mula tersasar keluar dari laluan memandu.
  • Pencegahan Keluar Lorong (semua varian)
    • Membantu pemandu mengelak situasi terkeluar lorong memandu secara tidak sengaja.
  • Kawalan Kekal Lorong (LKC), varian AV
    • Kawalan automatik operasi stereng untuk memastikan kenderaan berada antara dua garisan.
    • Jika mula tersasar keluar, ada amaran kelipan pada kluster instrumen, termasuk bunyi amaran.
    • Boleh digunakan bersama fungsi ACC.
  • Pemantau Titik Buta (BSM), varian AV
    • Memaklumkan pemandu menerusi indikator pada cermin sisi dan bunyi amaran jika mengesan kehadiran kenderaan lain dalam zon titik buta.
    • Bunyi amaran cuma kedengaran jika pemandu mengaktifkan signal belok (kiri atau kanan).
iii. Bantuan Parkir (Parking Assist)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA), varian AV
    • RCTA memberi amaran apabila mengesan kehadiran kenderaan lain ketika sedang mengundur menerusi indikator lampu pada cermin sisi dan bunyi amaran.
    • Selain kereta, sistem ini juga boleh mengesan kehadiran motosikal, basikal dan pejalan kaki (mengikut kondisi sistem).
iv. Bantuan Lampu Utama (Headlamp Assist)

  • Lampu Tinggi Automatik (AHB), varian X
    • Lampu tinggi akan nyala secara automatik di kawasan gelap.
    • Suluhan membantu pemandu mendapat visual lebih jelas semasa pemanduan di kawasan tersebut.
  • Suluhan Pemanduan Adaptif, AV dan H
    • Membolehkan pemandu mendapat visual lebih baik di tempat gelap.
    • Mengurangkan liputan kawasan suluhan lampu tinggi jika mengesan kehadiran kenderaan dari arah bertentangan (kiri atau kanan).

v. Keselamatan Pasif (Passive Safety)

Ketiga-tiga varian Alza didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan, seperti sistem beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

PERODUA ALZA AV

PERODUA ALZA H

PERODUA ALZA X

 

Alza Serba Baharu Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Perodua Alza (2022) Perodua MPV Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

    11/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Audi Q7 S Line 2025 CKD
    Roda4

    Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.