Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun
Auto Terkini

Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Han OthmanBy Han Othman18/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan kempen untuk mengurangkan angka kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya kepada sekurang-kurangnya separuh menjelang 2030.

Langkah itu seiring visi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos 2020 dalam pelan Dekad Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya (Action Decade for Road Safety).

BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?


Berdasarkan laporan WHO, lebih 50 juta orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak automobil dicipta pada 1886. Laporan juga menyatakan:

  • Lebih 3,500 nyawa setiap hari atau hampir 1.3 juta nyawa setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.
  • Jumlah mangsa cedera akibat nahas jalan raya setiap tahun mencecah kira-kira 50 juta orang.
  • Kecederaan akibat kemalangan jalan raya menjadi punca utama kematian kanak-kanak dan golongan muda berusia 5-29 tahun.

BACA >>> Hyundai Bangunkan Sistem ROA untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

AJAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM, BERBASIKAL

https://static.asiawebdirect.com/m/kl/portals/kuala-lumpur-ws/shared/teasersL/INFORMATION/monorail/teaserMultiLarge/image/monorail-teaser.jpg
Pengarah Jabatan Penentu Kesihatan Sosial WHO, Etienne Krug berkata, kebanyakan kes kematian dan kecederaan dapat dielakkan, dan antara asas utama Pelan Global PBB adalah mengurangkan orang awam memandu dengan mengajak menggunakan pengangkutan lebih selamat seperti berbasikal, pengangkutan awam atau berjalan.

Beralih daripada (menggunakan) sistem pengangkutan kereta dengan lebih banyak berjalan, mengayuh basikal dan menggunakan pengangkutan awam. Bagi melaksanakannya, kita harus menjadikan ia selamat. Pelan itu juga mengesyorkan pembabitan lebih ramai orang muda.

“Seperti saya kata, kereta adalah penyebab utama kematian orang muda. Jadi, lebih baik beri mereka peranan lebih besar dalam membentuk gelombang pengangkutan baharu dan peranan lebih besar untuk sektor swasta.”

BACA >>> Penunggang Warga Emas Maut Langgar Pejalan Kaki Mabuk
BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat

LAMBAKAN KERETA TIDAK SELAMAT DARI NEGARA KAYA

Krug berkata lagi, sektor swasta penting kerana bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan kenderaan dihasilkan. Ini kerana punca ancaman utama adalah jumlah tinggi kenderaan terpakai dilambakkan ke negara membangun dari negara kaya.

Kereta terpakai gagal menepati standard keselamatan, sama ada dijual di pasaran tempatan atau diimport masuk dari negara lain yang tidak mahu (kenderaan tersebut). Jadi, kawal selia eksport import kereta terpakai adalah salah satu perkara amat penting untuk menambah baik keselamatan jalan raya,” kata Krug

Laporan program Alam Sekitar PBB tahun lalu menyatakan:

  • Kira-kira 14 juta kereta lama, kualiti rendah dan mencemari alam sekitar dieksport keluar dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat antara 2015 dan 2018.
  • 4/5 kereta itu dijual ke negara mundur dengan lebih separuh ke negara Afrika.

Jika keadaan tidak berubah, WHO mengingatkan kira-kira 13 juta kematian dengan 500 juta kecederaan akibat nahas jalan raya) mungkin berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang yang berpotensi berlaku di negara pendapatan rendah dan sederhana.

BACA >>> Penunggang Warga Emas Maut Langgar Pejalan Kaki Mabuk
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: OkeZone

Action Decade for Road Safety Etienne Krug kajian Laporan WHO PBB Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tindak Balas Keselamatan Jalan Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

02/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

02/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.