Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
Auto Terkini

Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

tesla crash

PERTUBUHAN bukan Kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat (AS), Pusat Keselamatan Auto (CAS) membuka 25 kertas siasatan terhadap kemalangan melibatkan model Tesla yang mana 23 kenderaan masih lagi aktif selepas berlaku tiga kemalangan baharu sejak beberapa minggu lalu.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) akan menghantar pasukan khas untuk menyiasat kemalangan Tesla di Houston, dan keputusan dua daripada 25 siasatan itu kini siap diterbitkan. 

Pada Julai tahun lalu, NHTSA menghantar pasukan Siasatan Kemalangan Khas (SCI) untuk menyiasat 19 kes kemalangan Tesla yang dikatakan membabitkan sistem bantuan pemandu dengan ciri pandu sendiri, Autopilot.

Laporan Polis Michigan mendakwa sebuah kereta polis peronda dilanggar sebuah Tesla yang dipandu dalam mod Autopilot dalam insiden dekat bandar Lansing. Tiada mangsa tercedera, manakala pemandu Tesla berusia 22 tahun dikenakan saman trafik.

Kemudian pada 15 Mac lalu, NHTSA menghantar satu lagi pasukan untuk menyiasat kemalangan ngeri 11 Mac di Detroit melibatkan insiden sebuah Tesla ditindih traktor. Impak kemalangan itu menyebabkan seorang penumpang kritikal, tetapi laporan Polis Detroit mengatakan mod Autopilot tidak diaktifkan.

Ciri Autopilot disahkan terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kemalangan maut Tesla di AS sejak 2016. Tesla turut menasihatkan pemandu supaya sentiasa meletakkan tangan di stereng dan beri perhatian biarpun dalam mod Autopilot. Bagaimanapun, sesetengah pemandu Tesla mengatakan mereka boleh melepaskan tangan daripada stereng untuk jangka masa tertentu ketika Autopilot diaktifkan.

Elon Musk

Pada masa sama, NHTSA mengatakan sudah menerima penjelasan Tesla mengenai perisian ‘pemanduan automatik penuh’ (full-self driving, FSD). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menerusi akaun Twitter peribadi mendedahkan perisian beta FSD sudah diperluas kepada 2,000 pemilik, manakala sesetengah pemandu dengan akses ciri tersebut ditarik balik. 

Menurut Tesla lagi, FSD ialah pemanduan autonomi Tahap 2 yang masih memerlukan pemandu memandu dan memantau fungsi bantuan pemandu seperti meletakkan tangan pada stereng. NHTSA menegaskan akan terus memantau teknologi baharu itu dan tidak teragak-agak bertindak tegas jika didapati berbahaya kepada orang ramai.

Semua kes kemalangan yang berlaku adalah peringatan kepada kita sebagai pemandu supaya tidak terlalu bergantung kepada teknologi semata-mata dan sentiasa berwaspada ketika memandu.

BACA >>> Tesla Diam-Diam Naikkan Harga Kereta Sampai AS$10k
BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

SUMBER: Autoblog

Auto Terkini autopilot Elon Musk fsd NHTSA Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Pusat Keselamatan Auto (CAS) Tesla
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.