• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

March 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY bakal membina kilang bateri untuk kenderaan eletrik (EV) dengan kapasiti pembuatan 42GWh (gigawatt per jam) setahun di bandar Ganzhou, China. Keputusan itu seiring sasaran pengeluar automotif tersebut untuk menambah barisan EV dalam pasaran kereta global.

Sebagai perbandingan, kilang Tesla-Panasonic Gigafactory di Nevada, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini merancang menambah kapasiti pengeluaran bawah 40GWh.  Jumlah pelaburan dalam projek baharu itu bernilai AS$4.6 bilion (RM18.9 bilion) dan Geely sebelum ini sudah sedia melabur dalam syarikat pembuat bateri EV di Ganzhou, Farasis.

Rancangan itu dibuat selepas Geely mengumumkan beberapa pelan pada Januari lalu mengenai hasrat menerajui pasaran sebagai pengeluar dan penyedia servis kejuruteraan EV, termasuk merampas dominasi Tesla dalam industri berkenaan.

Kerajaan China kini sedang giat mempromosikan kenderaan tenaga baharu (NEV) membabitkan kenderaan berkuasa bateri, hibrid plug-in (PHEV) dan sel bahan api hidrogen dalam usaha mengurangkan pencemaran udara di republik berkenaan yang semakin kritikal.

Ini secara langsung, menarik minat banyak syarikat teknologi dan pelabur yang dijangka menyumbang 20 peratus daripada jumlah jualan EV menjelang 2025 berbanding 5 peratus pada 2020.

Geely nampaknya sangat serius mahu membangunkan produk EV. Adakah ini bermakna Proton bakal mengambil langkah sama tidak lama lagi? Lebih cepat Proton mengorak langkah, lebih bagus kerana negara jiran, Indonesia juga mempunyai rancangan besar memasuki pasaran EV antarabangsa.

BACA >>> Tesla Diam-Diam Naikkan Harga Kereta Sampai AS$10k
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70

SUMBER: Autoblog

Artikel Berkaitan

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bateri, EV, Geely, kilang, Proton, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my