Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia
Auto Terkini

Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia

AryonBy Aryon24/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminat Suzuki kerana pengeluar itu bakal melancarkan model Satria F150, tahun depan. Semestinya bukan di Malaysia, tetapi negara jiran di utara sana – Vietnam. Namun harga belum didedahkan.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam majlis sidang tahunan bersama pengedar jenama itu di Vietnam. Satria F150 adalah model sama seperti Raider R150 (dipanggil Belang R150 di Malaysia) yang memang dijual di negara itu.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Warna Baharu Satria F150 (2020), Tiga Ciri Ditambah Baik

Apa dilakukan Suzuki Vietnam itu mungkin dianggap pelik, tetapi keputusan membawa masuk model sama yang sedia dijual di pasaran tempatan adalah strategi pemasaran yang bertujuan bersaing dengan pengedar import persendirian. Model kapcai itu dijadualkan dijual selepas Tahun Baru Cina, iaitu pada awal Februari tahun depan. Perincian mengenai warna, versi dan harga belum diumumkan.

Asasnya, Satria F150 memiliki rekabentuk sama seperti Raider R150 versi tempatan. Perbezaan ketara ialah Satria F150 memiliki sistem lampu depan yang sentiasa terpasang, manakala kluster lampu signal belok di depan disepadukan bersama lampu utama. Bagaimanapun, Satria F150 yang ditayangkan pada majlis sidang pengedar itu memiliki set signal belok yang sama seperti Raider R150.

Raider R150 dan Satria F150 dipacu enjin sama 147.3cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan torque 13.8Nm @ 8,500rpm.

BACA >>> Suzuki Satria F150 (2019) Perkenal Warna, Grafik Baharu

Suzuki Satria F150 Tiada Signal Capang
Suzuki Raider R150 Ada Signal Capang.

 

Ramai pembeli Vietnam memilih untuk memiliki Satria F150 berbanding Raider R150 adalah menurut mereka rekabentuk Satria F150 dilihat lebih halus dengan lampu signal belok depan yang disepadukan bersama lampu utama. Nampaknya penunggang Vietnam pun tidak sukakan signal capang seperti penunggang Malaysia.

Paling menjadi tarikan sudah tentu label ‘diimport dari Indonesia’ yang mampu membuatkan ramai anak mudia sevietnam tidak tidur lena mahu memiliki super moped Suzuki itu. Lagipun, manakan sama standard barang import dan versi lokalkan? Ermmmm….

Buat masa ini Suzuki Vietnam mengedarkan Raider R150 pada harga 49.2-50 juta dong (RM8,790-RM8,930), manakala pengedar import persendirian menjual Satria F150 versi Indonesia pada harga kira-kira 60 juta dong (RM10,710). Jadi ada kemungkinan Suzuki Vietnam akan meletakkan harga yang lebih murah berbanding pengedar import persendirian, dan lebih mahal daripada Raider R150.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

Kapcai roda2 Super Kapcai super moped Suzuki Suzuki Raider R150 Suzuki Satria F150 Suzuki Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.