• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia

Peminat Punya Pasal, Suzuki Vietnam Bakal Lancar Satria F150 Versi Import Indonesia

December 24, 2019 By Aryon Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat peminat Suzuki kerana pengeluar itu bakal melancarkan model Satria F150, tahun depan. Semestinya bukan di Malaysia, tetapi negara jiran di utara sana - Vietnam. Namun harga belum didedahkan.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam majlis sidang tahunan bersama pengedar jenama itu di Vietnam. Satria F150 adalah model sama seperti Raider R150 (dipanggil Belang R150 di Malaysia) yang memang dijual di negara itu.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Warna Baharu Satria F150 (2020), Tiga Ciri Ditambah Baik

Apa dilakukan Suzuki Vietnam itu mungkin dianggap pelik, tetapi keputusan membawa masuk model sama yang sedia dijual di pasaran tempatan adalah strategi pemasaran yang bertujuan bersaing dengan pengedar import persendirian. Model kapcai itu dijadualkan dijual selepas Tahun Baru Cina, iaitu pada awal Februari tahun depan. Perincian mengenai warna, versi dan harga belum diumumkan.

Asasnya, Satria F150 memiliki rekabentuk sama seperti Raider R150 versi tempatan. Perbezaan ketara ialah Satria F150 memiliki sistem lampu depan yang sentiasa terpasang, manakala kluster lampu signal belok di depan disepadukan bersama lampu utama. Bagaimanapun, Satria F150 yang ditayangkan pada majlis sidang pengedar itu memiliki set signal belok yang sama seperti Raider R150.

Raider R150 dan Satria F150 dipacu enjin sama 147.3cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan torque 13.8Nm @ 8,500rpm.

BACA >>> Suzuki Satria F150 (2019) Perkenal Warna, Grafik Baharu

Suzuki Satria F150 Tiada Signal Capang
Suzuki Raider R150 Ada Signal Capang.

 

Ramai pembeli Vietnam memilih untuk memiliki Satria F150 berbanding Raider R150 adalah menurut mereka rekabentuk Satria F150 dilihat lebih halus dengan lampu signal belok depan yang disepadukan bersama lampu utama. Nampaknya penunggang Vietnam pun tidak sukakan signal capang seperti penunggang Malaysia.

Paling menjadi tarikan sudah tentu label 'diimport dari Indonesia' yang mampu membuatkan ramai anak mudia sevietnam tidak tidur lena mahu memiliki super moped Suzuki itu. Lagipun, manakan sama standard barang import dan versi lokalkan? Ermmmm....

Buat masa ini Suzuki Vietnam mengedarkan Raider R150 pada harga 49.2-50 juta dong (RM8,790-RM8,930), manakala pengedar import persendirian menjual Satria F150 versi Indonesia pada harga kira-kira 60 juta dong (RM10,710). Jadi ada kemungkinan Suzuki Vietnam akan meletakkan harga yang lebih murah berbanding pengedar import persendirian, dan lebih mahal daripada Raider R150.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

Artikel Berkaitan

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kapcai, roda2, Super Kapcai, super moped, Suzuki, Suzuki Raider R150, Suzuki Satria F150, Suzuki Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my