Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pegawai Kanan Polis Rempuh Maut Penunggang Kapcai, Disyaki ‘Microsleep’
Auto Terkini

Pegawai Kanan Polis Rempuh Maut Penunggang Kapcai, Disyaki ‘Microsleep’

SyafieBy Syafie05/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman disahkan sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Ativa yang terlibat kemalangan maut dengan penunggang motosikal di KM32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram, Kuala Selangor, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan siasatan dijalankan secara telus mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pegawai terbabit, yang sedang bercuti ketika kejadian, kini menerima rawatan di hospital akibat kecederaan. Ujian air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah, manakala rakaman video menunjukkan beliau mungkin mengalami gejala ‘microsleep’.

Siasatan lanjut sedang dilakukan, termasuk mengumpul keterangan saksi dan rakaman kamera pemuka (dashcam) dan kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam insiden tersebut, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang kapcai je is Honda Wave sedang dalam perjalanan pulang dari Klang ke rumahnya di Kuala Selangor sebelum dilanggar Ativa berkenaan dari arah bertentangan.

Mangsa yang juga kakitangan klinik kesihatan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dan kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Auto Terkini Bukit Aman Honda Wave Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) Pegawai Kanan Polis Perodua Ativa Timbalan Pendakwa Raya
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.