Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pasukan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Juara Cabaran #ShellSelamatSampai 2023!
Auto Terkini

Pasukan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Juara Cabaran #ShellSelamatSampai 2023!

FikriBy Fikri13/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN pelajar Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU), Team APU menjuarai pusingan akhir pertandingan #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023 yang berlangsung di auditorium utama Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Khamis lalu (7 Disember).

Team APU terdiri daripada empat pelajar Aaron Raj Bhaltti, Cajun Tai Ka Joon, Ronak Robert Vijai dan Sharen Chrisan Fabian Perera yang menghasilkan projek dipanggil Guardian Defense Unit.

Projek tersebut berupa inovasi peranti sensor titik buta untuk motosikal yang mampu mencegah penunggang daripada kemalangan. Menariknya, preanti dihasilkan boleh dihasilkan khas untuk motosikal kuasa kecil seperti kapcai.

Pasukan APU adalah satu daripada lima pasukan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang bersaing dalam cabaran tersebut. Empat pasukan lain yang bertanding ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Naib Juara; Universiti Putra Malaysia (UPM), ketiga; Universiti Malaya (UM) keempat dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), kelima.

Salah seorang ahli APU Team berkata;

Kami sangat berterima kasih kepada Program #ShellSelamatSampai kerana memperkenalkan kami kepada alat pemikiran inovatif dan metodologi penyelesaian masalah yang penting dalam pelaksanaan projek kami.

“Ini membantu dalam pelaksanaan projek yang kami harap dapat membantu mengurangkan kemalangan berkaitan jalan raya.

“Kami akan terus menyebarkan kesedaran mengenai projek kami dan memperkasa komuniti lebih besar untuk memanfaatkan projek kami ke arah mengurangkan kemalangan jalan raya.”

Cabaran #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023 tahun ini adalah bertemakan ‘INOVATIF, MENAWAN HATI, HIDUP SELAMAT’ yang terbuka kepada semua pelajar IPT seluruh Malaysia.

Pertandingan ini bertujuan memperkasa belia dalam menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam mencadangkan penyelesaian inovatif bagi mengurangkan isu keselamatan jalan raya.

Pengurus Besar Perhubungan Korporat Shell Malaysia,Cindy Lopez (foto bawah, tiga dari kanan) berkata;

Keselamatan jalan raya lebih daripada sekadar mematuhi peraturan lalu lintas.

“Setiap tahun, banyak nyawa terkorban akibat pemanduan melulu, kecuaian dan kurang kesedaran.

“Di Shell, kami percaya dengan menerapkan nilai keselamatan jalan raya dalam kalangan belia, kami dapat memperkasakan mereka untuk memasukkan langkah inovatif dalam inisiatif keselamatan jalan raya yang akan membantu meningkatkan budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan mereka dan komuniti sasaran.”

Pusingan akhir 2023 ini dinilai panel hakim terhormat yang terdiri daripada: [berdiri paling kanan] Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Hilman Awang @ Semail, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ir Ts En Azhar Hamzah, [berdiri paling kiri] Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ir Mohd Yusop Mohamad;  Ketua Editor PanduLaju.com.my, Mohd Azhan Othman, dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya Pengangkutan Berisiko Tinggi Shell Malaysia, Harnamdav Singh (Ketua Juri).

Maklumat lanjut mengenai STEM dan inisiatif pembangunan komuniti Shell, boleh layari https://www.shell.com/communities/education.html.

#ShellSelamatSampai #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023 Auto Terkini Guardian Defense Unit Shell Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU)
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.