Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
Pandu Uji

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SyafieBy Syafie01/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B nombor satu Malaysia, Proton X50 2026 serba baharu yang kini tampil dengan pembaharuan menyeluruh dari segi enjin, rekabentuk, teknologi, dan pelbagai ciri lain.

Destinasi kali ini membawa penulis ke salah satu negeri paling penting dalam sejarah negara, iaitu Melaka, yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Digelar Bandaraya Bersejarah, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan maritim utama sejak abad ke-15 kerana kedudukan yang strategik di Selat Melaka.

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Hari ini, Melaka bukan saja terkenal dengan warisan budaya dan seni bina kolonial, tetapi turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008.

Jadi sebelum memulakan perjalanan sejauh 149km dari Shah Alam, kami mengambil kenderaan ujian di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) dan memilih Proton X50 2026 Flagship, yang juga varian tertinggi dalam barisan X50 baharu.

Spesifikasi Proton X50 2026

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
  • Enjin i-GT 1.5 TD baharu
  • Kuasa maksimum 133kW (178hp) dan tork 290Nm
  • Transmisi dual-klac 7-kelajuan (7DCT)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.6 saat (0.3 saat lebih pantas berbanding model terdahulu)
  • Penjimatan bahan api meningkat +4.7 peratus
  • Ditawarkan dalam tiga varian: Executive, Premium, dan Flagship (paling premium)

Proton turut menawarkan nilai tambah lebih RM10,000 menerusi peningkatan ciri dan teknologi baharu untuk model ini.

Kenapa Proton X50 Sesuai untuk Pemandu ‘Newbie’

Ramai pemandu baharu risau memandu SUV kerana memiliki saiz badan lebih besar berbanding kereta sedan atau hatchback. Namun tahukah anda yang Proton X50 2026 sedia hadir dengan ciri mesra pemandu kategori pemula. Berikut pengalaman penulis sepanjang dua hari memandu SUV subkompak itu di Melaka:

1. Kawalan Stereng Tepat, Selesa

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Stereng rasa seimbang dan responsif yang sangat mudah dikawal walaupun untuk pemandu kurang berpengalaman.

Rekabentuk ergonomik dengan ciri stereng kuasa memudahkan kawalan satu tangan, manakala butang kawalan pada stereng membolehkan pelbagai fungsi diakses tanpa menjejaskan fokus pemanduan.

2. Empat Mod Pemanduan Ikut Cita Rasa

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Proton X50 2026 menawarkan pilihan empat mod pemanduan: Sport, Comfort, Eco, dan Adaptive.

  • Sport: Sesuai untuk pemandu yang sukakan kelajuan. Mod ini mengubah tetapan enjin menjadi lebih responsif dan stabil walaupun pada halaju 150kmj hingga 170kmj
  • Comfort dan Eco: Menumpukan kepada keselesaan dan penjimatan minyak
  • Adaptive: Mod ini bijak menyesuaikan kuasa dan penggunaan bahan api mengikut gaya pemanduan, yang sesuai untuk pemandu yang belum pasti mod mana diingini

3. Teknologi ADAS Lengkap

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Varian Flagship yang dipandu ini dilengkapi Sistem BAntuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, yang terdiri daripada:

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Kunci automatik ketika beredar (walk-away auto lock)
  • 6 beg udara
  • Kamera undur

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Menariknya, Proton X50 2026 masih mengekalkan ciri Bantuan Parkir Automatik (APA), sama seperti model terdahulu, membabitkan parkir undur, parkir sisi, dan parkir bebas (ciri baharu).

Bagi ciri parkir bebas, anda hanya perlu menetapkan lokasi melalui skrin unit infotainmen dan sistem akan mengendalikan stereng secara automatik. Walaupun proses memarkir sedikit perlahan, penulis boleh katakan ketepatan manuver hampir 90 peratus dan sangat membantu pemandu baharu.

4. Ciri Mesra Pengguna Cermin Mata

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Proton X50 2026 turut dilengkapi visor matahri (sunvisor) lut sinar pada bahagian pemandu dan penumpang depan. Material plastik ringan yang digunakan membantu mengurangkan silau, sama ada ketika memandu siang atau malam.

Ciri kecil ini memberi kelegaan besar kepada pemandu yang sensitif cahaya atau tidak gemar memakai cermin mata hitam.

5. Kini Ada Apple CarPlay, Android Auto

All New Proton X50 2026 - Premium
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Ini adalah salah satu penambahbaikan paling signifikan dilakukan Proton apabila memasukkan Apple CarPlay dan Android Auto dalam sistem infotainmen SUV ini.

Dengan ciri baharu ini, pemandu boleh menyambungkan telefon pintar dengan mudah dan mengakses aplikasi popular dan penting seperti Google Maps, Spotify, dan Waze, atau menerima panggilan dengan lebih selamat tanpa mengalihkan fokus pemanduan.

Bagi pemandu baharu, tambahan ciri ini nyata sangat membantu, terutama untuk navigasi, kerana panduan peta jadi lebih jelas dapat dilihat pada skrin unit infotainmen tanpa perlu mendapatkan pemegang fon aftermarket. Ini mengurangkan risiko menggunakan telefon ketika memandu, sekali gus menjadikan pengalaman memandu lebih selamat dan mesra pemandu.

SUV Harian yang Sesuai untuk Semua

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

Selepas memandu Proton X50 2026 dari Shah Alam ke Melaka, penulis dapat merumuskan SUV segmen-B ini bukan sekadar selesa, tetapi meyakinkan untuk perjalanan jauh. Pecutan lancar, kawalan stereng tepat, dan ciri keselamatan lengkap memberi ekstra keyakinan ketika memandu.

Kepada pemandu baharu, bantuan parkir APA dan ADAS dapat membantu mengurangkan rasa gementar memandu sebuah SUV buat kali pertama, manakala mod Adaptive menjadikan pengalaman pemanduan lebih santai tanpa perlu kerap menukar tetapan.

Secara keseluruhan, Proton X50 2026 ialah SUV segmen-B lengkap, yang sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan jauh hujung minggu, dan kepada mereka yang kali pertama kali mahu naik taraf  dari sedan kepada SUV.

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka
2017 promosi raya proton Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Melaka Pandu uji Proton Centre of Excellent (COE) Proton X50 2025 Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.