Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mercedes-Benz E300 Exclusive Line, Sedan Mewah untuk Baby Boomers?
Pandu Uji

#PanduUji: Mercedes-Benz E300 Exclusive Line, Sedan Mewah untuk Baby Boomers?

Abang GYLBy Abang GYL27/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz sering dikaitkan sebagai ‘kereta orang tua’. Ya, itu dulu, tetapi tidak lagi sekarang. Apa anda dapat lihat hari ini, rekabentuk model kereta mewah dari Jerman itu sudah bervolusi dan berbeza dengan tampil lebih remaja, dan moden.

Misalnya Mercedes-Benz A250, atau E250 menawarkan sosok badan yang sporty. Namun, tidak dinafikan masih ada lagi beberapa model yang kekal dengan penampilan orang tua. Maklumlah, jenama ini memang memiliki kelompok pembeli yang ramai daripada kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Generasi baby boomers.

Samalah seperti model yang saya pandu uji ini, Mercedes-Benz E300 Exclusive Line. Gaya elegan pada model ini dapat dikesan menerusi gril radiator klasik Mercedes-Benz dan lencana bintang tiga ikonik atas bonet yang membezakan ia berbanding adik lain seperti E200 Sportstyle Avantgarde dan E350 AMG Line.

BACA >>> #BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian

Tidak dinafikan, E300 Exclusive Line dibina khas untuk pembeli matang dan berusia. Bagi saya yang 30-an ini (ye ke 30-an?), rasa semacam kurang sesuai. Ketika memandu uji sedan ini buat kali pertama, saya perlu akui ini bukan kereta yang sesuai untuk saya atau pemandu berjiwa muda.

Dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD), E-Class berada dalam kelas tersendiri menerusi penampilan moden yang serba mewah dan eksklusif. Mengekalkan tradisi saiz badan panjang, siri E ini masih mengekalkan rekabentuk beremosi menerusi kabin mewah dan kualiti kemasan premium.

Selepas memandu uji hampir seminggu, berikut beberapa perkara yang saya suka dan kurang suka tentang E300 Exclusive Line:

APA SAYA SUKA?

  • Ciri paling saya suka adalah unit infotaiment dan kamera undur yang dibekalkan kamera 360º. Ciri ini memudahkan kereta yang bertubuh besar dan panjang ini diparkir.
  • Unit infotaiment mudah diakses dan dikawal serta mesra pengguna. Tanpa mengambil masa lama, saya dapat memahami segala fungsi punat yang ada. Walaupun ketika memandu, unit infotainment model ini mudah dioperasikan.
  • Aspek prestasi, enjin 4-silinder 2.0L pengecasturbo berkuasa 258hp dan tork 370Nm sudah memadai. Pecutan pegun, atau meluncur laju di lebuh raya sangat menyenangkan. Kuasa diberikan sentiasa cukup. Transmisi G-Tronic 9-kelajuan juga sangat lancar.
  • Olengan badan terkawal dan stabil ketika mengambil selekoh dalam halaju tinggi.
  • Saya suka ciri keselamatan seperti Jejak Lorong (Lane Tracking), termasuk Bantuan Titik Buta (BSM) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

APA SAYA KURANG SUKA?

  • Sama seperti saya sebut, rekabentuk sedan ini nampak macam ‘kereta uncle’ jika hendak dibandingkan model adik-beradik Mercedes-Benz lain seperti E200 dan E350 AMG Line.
  • Bukan saja luaran, rekaan dalaman juga sama. Sedan mewah ini nampaknya memang direka untuk golongan berusia. Ada elemen oldskool dan klasik yang sengaja dikekalkan.
  • Dijual pada harga RM379,888, adakah berbaloi dimiliki? Jika bertanya secara peribadi, jawapan saya tidak untuk model ini. Jika untuk segmen ini, saya akan pilih E350 AMG Line.
  • Setuju atau tidak, anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Apapun, saya sangat hargai hasil sentuhan jurutera mekanikal dan ciri model ditawarkan model ini.

BACA >>> #PanduUji: Hatchback Mewah Mercedes-Benz A250 AMG Line yang Berdesup Laju!

GALERI
Mercedes-benz Mercedes-Benz E300 Exclusive Line Pandu uji Roda4 sedan mewah
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    iCAUR 03 lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    SUV Elektrik iCAUR 03 CKD Mula Pasang di Malaysia, Harga RM129,880 Sahaja

    20/05/2026
    Vision BMW ALPINA
    Roda4

    Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

    19/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.