Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Elektrik iCAUR 03 CKD Mula Pasang di Malaysia, Harga RM129,880 Sahaja
Auto Terkini

SUV Elektrik iCAUR 03 CKD Mula Pasang di Malaysia, Harga RM129,880 Sahaja

Han OthmanBy Han Othman20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

iCAUR 03 lancar di Malaysia

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia semakin rancak dan kali ini, giliran iCAUR Malaysia pula menekan pedal memulakan pemasangan tempatan (CKD) untuk model iCAUR 03.

Menariknya, SUV elektrik gaya ‘boxy’ retro itu kini dipasang di kilang Chery Corporate Malaysia (CCM) di Shah Alam, Selangor, sekali gus menandakan fasa baharu perkembangan jenama tersebut dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan.

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Selepas diperkenalkan sebagai model import penuh (CBU) pada September 2025, iCAUR 03 pantas mencuri perhatian peminat EV tempatan yang mahukan sesuatu lebih unik daripada kenderaan utiliti (SUV) elektrik biasa.

Rekaan ‘Boxy Retro Classic’, karakter rugged ala off-road dan imej yang lain daripada lain menjadikan model tersebut cepat dikenali atas jalan raya.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin berkata, sambutan terhadap iCAUR 03 cukup memberangsangkan kerana model itu menawarkan identiti tersendiri dalam dunia EV moden.

Peralihan kepada pemasangan tempatan adalah langkah penting untuk kami.

“Ia menggabungkan kebanggaan tempatan dengan teknologi global, selain membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat tanpa mengorbankan spesifikasi dan karakter asal iCAUR 03,” katanya.

547 unit Didaftar dalam Sebulan

Menariknya, iCAUR mencatatkan 547 unit pendaftaran pada April 2026  bagi keseluruhan barisan model jenama itu.

Angka itu jelas menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia mula tertarik kepada EV yang bukan sekadar jimat tenaga, tetapi juga tampil dengan gaya dan karakter tersendiri.

Tambahan pula, dalam situasi harga bahan api yang sentiasa jadi topik hangat, ramai pengguna mula melihat EV sebagai pilihan lebih praktikal untuk jangka panjang.

CKD Kekal Spesifikasi Penuh CBU

iCAUR 03 iWD

Walaupun kini dipasang di Malaysia, iCAUR Malaysia menegaskan, model CKD itu masih mengekalkan 100 peratus spesifikasi dan standard kejuruteraan seperti model import (CBU) sebelum ini.

Bagi pasaran tempatan, iCAUR 03 CKD ditawarkan dalam varian semua roda pintar Intelligent All-Wheel Drive (iWD) dengan sistem dwi-motor elektrik yang menghasilkan kuasa 205kW (279ps) dan tork 385Nm.

Kuasa itu dipadankan dengan bateri 69.8kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 418km mengikut standard NEDC.

Dari segi pengecasan, SUV EV itu menyokong pengecasan pantas (DC) 80kW dan standard (AC) 6.6kW, selain turut dilengkapi fungsi kenderaan kepada beban (V2L) 3.2kW yang membolehkan pengguna menggunakan kuasa bateri kereta untuk peralatan elektrik luar.

Rekabentuk ‘Boxy’ Jadi Daya Penarik

iCAUR 03 2WD
iCAUR 03 2WD

Antara faktor utama membuatkan iCAUR 03 tular adalah disebabkan rupa  SUV itu. Dalam lambakan EV yang semakin nampak ‘generik’, iCAUR 03 menampilkan identiti sendiri menerusi bahasa rekabentuk i-BOX.

Siluet berkotak, lampu LED futuristik, permukaan badan bersegi dan posisi SUV yang nampak tegap menjadikan model tersebut memailiki aura ala SUV off-road mini moden.

Lengkap ADAS, Kabin Digital

iCAUR 03 iWD

Selain rupa, iCAUR 03 turut mengekalkan pelbagai ciri teknologi pintar seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), kabin digital intuitif dan perlindungan bateri dipertingkat.

iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD

SUV EV itu juga direka untuk kegunaan harian dalam bandar dan aktiviti hujung minggu, yang sesuai dengan imej ‘Born To Play’ yang dibawa jenama tersebut.

Harga RM129,880

Bagi pasaran Malaysia, iCAUR 03 iWD CKD akan dijual pada harga RM129,880 (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).

Pembeli turut menerima pakej tambahan seperti pengecas rumah AC 7kW dan servis berkala percuma selama dua tahun atau 45,000km.

Unit pertama CKD dijangka mula tiba di pusat jualan seluruh negara pada penghujung Mei ini.

Potensi Besar?

iCAUR 03 iWD
iCAUR 03 iWD

iCAUR 03 memiliki peluang cerah dalam pasaran Malaysia kerana model itutidak cuba untuk menjadi EV ‘normal’. D

Dalam segmen EV bawah RM150,000, ramai pembeli sekarang mula mencari kereta yang memiliki identiti dan gaya hidup, bukan sekadar spesifikasi atas kertas.

Dengan rekabentuk unik, sistem AWD, imej rugged dan harga masih dalam zon ‘boleh fikir’, iCAUR 03 mampu menarik dua kelompok pembeli, iaitu peminat EV muda dan pengguna SUV Jepun tradisional yang mahu mencuba sesuatu lebih segar.

Cabaran utama ialah persepsi jenama baharu dan nilai jualan semula untuk jangka panjang. Jika iCAUR berjaya mengukuhkan servis selepas jualan dan rangkaian pengedar, model itu berpotensi menjadi antara EV paling ‘langka (rare), tetapi popular’ atas jalan Malaysia.

iCAUR 03 iCAUR 03 CKD di Malaysia iCAUR Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
Roda4

Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

07/07/2026
JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak
Auto Terkini

Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

08/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.