• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Hatchback Mewah Mercedes-Benz A250 AMG Line yang Berdesup Laju!

#PanduUji: Hatchback Mewah Mercedes-Benz A250 AMG Line yang Berdesup Laju!

June 19, 2019 By Dee Leave a Comment

419
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WOW! Inilah kereta model hatchback mewah, Mercedes-Benz A250 AMG Line yang kami dapat untuk sesi video pandu uji kali ini. Bagi pasaran Malaysia, model premium ini ditawarkan dalam dua varian:

  • A 200 Progressive Line - RM227,888
  • A 250 AMG Line - RM263,888

* Harga adalah atas jalan termasuk SST, tanpa insurans.

Setanding harga mahal dan tanda nama divisyen kejuruteraan yang disegani, Mercedes-Benz A250 AMG Line ialah versi A250 paling berprestasi tinggi. Jadi, apa agaknya yang menarik pasal Mercedes kompak ini?

1. RUANG KABIN CANTIK!

Ruang dalaman kabin A250 AMG Line sangat cantik dengan perincian sulaman benang merah dan logo AMG. Apa yang Dee rasa paling menarik ialah pemandu dapat tukarkan lampu ambien kabin dengan 64 mod warna. Warna hitam memberikan fill sporty dan elegan.

2. ADA 4 MOD PEMANDUAN

Ada 4 mod pemanduan ditawarkan A250 AMG Line: Eco, Comfort, Sport dan Individual. Jika hendak tahu apa komen Dee pasal mod pemanduan model ini, tengoklah video di bawah.

3. PANEL SKRIN 10.25 INCI

Ruang kabin A250 AMG Line mirip model E-Class dengan papan pemuka didominasi skrin paparan besar, bersaiz 10.25 inci. Ia menawarkan sistem multimedia pintar dan intuitif, dinamakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Menariknya, pemandu boleh mengubah paparan grafik mengikut cita rasa peribadi.

4. CIRI KESELAMATAN

A250 AMG Line menawarkan pakej keselamatan lengkap, terdiri daripada:

  • Beg udara lutut
  • Sistem kerusi depan PRE-SAFE®
  • Penghidup tanpa kunci @ Keyless Go
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Sistem amaran anti-kunci,
  • Kerusi depan dengan beg udara aktif
  • Bantuan Brek Aktif (ABA)
  • Bantuan Parkir Aktif (APA)
  • Kamera Undur
  • Kawalan Suluh Tinggi Automatik (AHBC)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan pengehad halaju Speedtronic

5. ENJIN ADA POWER!

A250 AMG Line dijana enjin M260 2.0L turbo berkuasa 224hp @ 5,500rpm dan tork 350Nm @ 1800-4000rpm. Hantara nkuasa disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Jadi tidak hairanlah jika jentera ini boleh memecut 0-100kmj sepantas 6.2 saat dengan purata penggunaan bahan api 6.2 liter per 100km.

Nak tahu lebih lanjut tentang fiil memandu A250 AMG Line? Jom tonton video di bawah! 😘🙏🏼

GALERI
Mercedes-Benz-A-250-2
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_2 (1)
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_5
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_10
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_6
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_21
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_26
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_25
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_19
Mercedes-Benz-A-class-Malaysia_PanduLaju_22
419
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: A-Class, AMG, AMG Line, enjin Mercedes A250, enjin Mercedes-AMG, harga Mercedes A250, hatchback, hatchback mewah, Kompak, Mercedes, Mercedes Benz A250, Mercedes Malaysia, Mercedes-benz, Pandu uji, premium, review, Test Drive, ulasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
  • WMoto ES125 (2021) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM4,588
    WMoto ES125 (2021) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM4,588
  • Honda Civic ES - Si Merah Seksi Aboy Dino
    Honda Civic ES - Si Merah Seksi Aboy Dino

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my