Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?
Pandu Uji

#PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

DeeBy Dee17/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKALI pandang, Toyota Vios (2019) ini memang nampak menyerlah dengan rupa baharu yang funky dan moden.

Sebab tak tahan nafsu melihat rupa subkompak cun melecun ni, Dee pun ambil peluang nak pandu uji sendiri. Selepas lebih kurang seminggu dipandu ke sana sini, inilah pandangan ikhlas Dee mengenai pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan Toyota ke atas Vios (2019).

RUPA DEPAN SERABUT SANGAT?

Berasarkan pemerhatian dan komen diterima, ramai mendakwa rupa dan rekabentuk depan Vios (2019) terlalu sofistikated. Namun, kalau sudah nama pun pendapat, ia tetap sesuatu yang sangat subjektif bagi setiap mata yang memandang.

Apa yang Dee boleh katakan, kebanyakan generasi muda masa kini mahukan kereta yang ada kelainan dengan rekabentuk sporty dan lebih agresif. Toyota nampaknya cuba sedaya upaya untuk menawarkan sesuatu yang unik dengan harga  berpatutan.

Keseluruhannya, rekabentuk luaran Vios (2019) ini memang sedap mata memandang dan lebih canggih berbanding model generasi terdahulu. Didatangkan dalam tiga varian: 1.5J, 1.5E dan 1.5G, sedan segmen-B ini jual pada harga bermula RM77,200 hingga RM87,300.

BACA >>> Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia – Harga Bermula RM77,200

PRAKTIKALITI, RELIABILITI YANG DIPERCAYAI SEKIAN LAMA

Dalam masa 16 tahun, sejak generasi pertama diperkenalkan di pasaran Malaysia, lebih kurang setengah juta unit Vios sudah terjual di Malaysia. Rakyat Malaysia sentiasa mahukan kenderaan yang praktikal dan senang dijaga. Dan semua sedia maklum, Vios ialah antara model kereta yang paling kurang bermasalah, dan sangat reliabel.

Kesimpulannya, Vios ialah sedan praktikal yang menawarkan spesifikasi terkini dan terbaik dalam kelas baik, berharga patut, dan kos penyelenggaran pula rendah.

Adakah Vios (2019) pilihan terbaik dan mampu mencabar pesaing terdekatnya, Honda City? Bagi ulasan penuh pandu uji dan perincian spesifikasi Vios (2019), apa kata tengok video di bawah.

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

2019 2019 toyota vios enjin enjin Toyota Vios Facelift harga Toyota Vios Harga Toyota Vios 2018 harga toyota vios baru Pandu uji Pandu uji Toyota Vios (2019) pandu uji toyota vios baharu pandu uji vios spesifikasi Test Drive top speed Toyota Vios (2019) Toyota Vios Toyota Vios (2019) test drive Toyota Vios 1.5E Toyota Vios 1.5G Toyota Vios 1.5J toyota vios baru Toyota Vios Facelift toyota vios facelift malaysia Toyota Vios Serba Baharu ulasan vios
Dee

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

    24/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.