Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

Han OthmanBy Han Othman20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu uji Kia Grand Carnival 2026

DALAM segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) besar premium di Malaysia, nama seperti Toyota Alphard dan Toyota Vellfire masih menjadi penanda aras dari segi imej dan status.

Namun realitinya, tidak semua pembeli memerlukan elemen tersebut. Sebahagian besar hanya mahukan sebuah MPV yang benar-benar praktikal, selesa dan sesuai untuk kegunaan harian serta perjalanan jauh.

Logo Kia

Di sinilah Kia Carnival, disegmenkan Kia sebagai kenderaan utiliti besar (GUV),memainkan peranan sebagai alternatif yang lebih rasional dengan menawarkan pakej lengkap tanpa harga yang terlalu membebankan.

Saya dan rakan media tempatan diberikan peluang untuk menguji model ini melalui laluan KL ke Resort Vanavasa di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Perjalanan membabitkan lebuh raya, jalan kampung dan laluan berbukit. Hasil diperolah jelas menunjukkan kekuatan sebenar GUV itu, tetapi pada masa sama, menyerlahkan beberapa kekangan yang tidak boleh diabaikan.

Prestasi Bukan untuk yang Suka ‘Drive Feel’

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Dari segi trenkuasa, Kia Carnival dijana enjin Smartstream 4-silinder sebaris 2.2L Turbo CRDi DOHC (D4HE) yang menghasilkan output kuasa 199hp @ 3,800rpm, dan tork 440Nm @ 1,750rpm – 2,750rpm, serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.

Dalam situasi pemanduan sebenar, karakter enjin diesel lebih menjurus kepada kemudahan pemanduan berbanding prestasi. Tork maksimum hadir seawal rpm rendah, membolehkan kenderaan bergerak lancar tanpa memerlukan input pedal minyak yang agresif.

Di lebuh raya, pemanduan rasa stabil dan santai dengan kelajuan 110kmj – 120kmj dapat dikekalkan pada rpm rendah, sekali gus membantu mengurangkan bunyi enjin dan meningkatkan keselesaan kabin.

Bagi tugasan memotong kenderaan lain, respons diberikan adalah mencukupi tanpa perlu menunggu terlalu lama atau menginjak pedal minyak sampai ke lantai. Begitu juga ketika mendaki laluan berbukit, enjin masih mampu mengekalkan momentum tanpa rasa terbeban.

Namun, dari sudut pengendalian, karakter pemanduan jelas memihak kepada keselesaan. Stereng ringan dengan respons minimum menjadikan ia kurang sesuai untuk pemanduan yang lebih agresif. Ya, ini bukan MPV untuk mereka yang mencari keseronokan di sebalik stereng.

Keselesaan Jadi Kekuatan Utama

Pandu uji Kia Grand Carnival 2026

Aspek keselesaan adalah kelebihan paling ketara pada Kia Carnival.

Ruang dalaman luas memberikan fleksibiliti tinggi untuk pelbagai kegunaan, sama ada membawa penumpang atau barangan. Tempat duduk baris kedua dengan konfigurasi ‘kerusi kapten’ turut menyumbang kepada pengalaman yang lebih selesa, terutama untuk perjalanan jarak jauh.

Pandu uji Kia Grand Carnival 2026

Sepanjang pemanduan, sistem suspensi berjaya menyerap permukaan jalan dengan baik, termasuk di laluan kurang sempurna. Tahap kesenyapan kabin (NVH) juga memuaskan, dengan gangguan bunyi dari luar yang minimum.

Bagaimanapun, tahap kemewahan ditawarkan lebih kepada keselesaan praktikal berbanding kemewahan premium sebenar. Ia selesa, tetapi tidak sepenuhnya setara MPV Jepun dalam julat harga lebih tinggi.

Apa yang Terbaik?

1. Ruang dalaman sangat luas dan praktikal

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Kia Carnival menawarkan antara kabin paling lapang dalam segmennya. Susun atur tempat duduk memudahkan pergerakan penumpang, manakala ruang kargo mencukupi untuk kegunaan keluarga.

2. Enjin diesel dengan hantaran kuasa efisien

Pandu uji Kia Grand Carnival 2026

Output tork 440Nm memberikan kelebihan jelas dalam pemanduan harian. Ia membolehkan pecutan yang lancar tanpa memerlukan tekanan berlebihan pada pedal minyak, sekali gus mengurangkan keletihan pemandu.

3. Tahap keselesaan tinggi untuk perjalanan jauh

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Suspensi yang ditala lembut dan kabin senyap menjadikan perjalanan jarak jauh lebih menyenangkan, terutama untuk penumpang belakang.

4. Nilai keseluruhan yang kompetitif

Dari sudut harga, Kia Carnival menawarkan pakej sukar ditandingi dalam segmen, terutama apabila dibandingkan model Jepun yang lebih mahal.

5. Ciri praktikal yang benar-benar mesra keluarga

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Pintu gelangsar, ruang dalaman fleksibel dan kemudahan akses menjadikan MPV ini sangat sesuai untuk kegunaan harian keluarga.

Apa Boleh Dipertingkat?

1. Sistem infotainment kurang moden

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Walaupun berfungsi baik, paparan dan antaramuka pengguna nampak sedikit ketinggalan berbanding pesaing yang menawarkan sistem lebih canggih dan intuitif. Tetapi masih boleh dikompromi.

2. Saiz badan menyukarkan parkir di kawasan sempit

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Dimensi besar memberi kelebihan dari segi ruang, tetapi menjadi cabaran ketika parkir di kawasan bandar.

3. Karakter pemanduan kurang menyeronokkan

Stereng ringan dan pengendalian lebih fokus kepada keselesaan menyebabkan MPV ini kurang menarik untuk pemandu yang gemarkan pemanduan dinamik.

4. Persepsi jenama masih jadi cabaran

Walaupun menawarkan produk kompetitif, imej jenama masih belum setanding pesaing utama dalam segmen ini.

5. Kecekapan bahan api sederhana dalam trafik bandar

Prestasi penggunaan bahan api lebih menyerlah di lebuh raya berbanding dalam situasi trafik sesak. Tambahan lagi harga bahan api diesel sedang melonjak naik ketika ini mampu membuatkan pembeli berfikir dua kali.

Saingan dalam Segmen

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026

Antara pesaing utama Kia Carnival ialah Hyundai Staria dan Toyota Granvia, selain model premium seperti Alphard dan Vellfire.

Berbeza pesaing yang menekankan imej atau rekabentuk, Carnival lebih menumpukan kepada keseimbangan antara keselesaan, ruang dan nilai.

Pandangan Peribadi

Pandu uji Kia Grand Carnival 2026

Kia Carnival bukan MPV paling menonjol dari segi imej, tetapi sangat menyerlah dari sudut kegunaan sebenar.

Ia menawarkan keselesaan, ruang dan kemudahan yang benar-benar relevan untuk pengguna harian. Namun, kekurangan dari segi sentuhan premium dan teknologi moden masih jelas terasa. Kesimpulannya, ini ialah MPV untuk pembeli yang membuat keputusan secara rasional, bukan emosional.

Rating saya: 8/10 – MPV yang cukup selesa dan praktikal, tetapi masih belum cukup kuat untuk digelar MPV premium sepenuhnya. Boleh tahan jugakan?

Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Grand Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Pandu uji Kia Carnival 2026
Grand Utility Vehicle (GUV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Besar Mewah MPV Besar Premium MPV Mewah Pandu uji Pandu Uji Grand Grand Carnival 2026 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L6 2026 Euro
Elektrifikasi

Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

20/04/2026
Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
Auto Terkini

Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

20/04/2026
Honda Insight 2026 lancar di Jepun
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

17/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

17/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.