• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia - Harga Bermula RM77,200

Toyota Vios Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia - Harga Bermula RM77,200

January 24, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, November lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) rasmi memperkenalkan Toyota Vios serba baharu ke pasaran tempatan. Sejak kali pertama dilancarkan pada 2003, hampir setengah juta Vios terjual dan menjadi model sedan segmen-B paling popular.

BACA>>>#KLIMS2018: Toyota Vios Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM77k

Ketibaan Vios generasi ketiga ini menetapkan standard baharu dalam segmen itu dengan mengetengahkan beberapa perubahan signifikan supaya tampil lebih menarik dan relevan di pasaran Malaysia.

ENJIN 1.5 DOHC, CVT SEQUENTIAL SHIFT

Toyota Vios (2019)-10
Toyota Vios (2019)-26
Toyota Vios (2019)-12

Vios dijana enjin 1.5L DOHC, Dual VVT-i berkuasa 105hp @ 6,000rpm, dan tork 140Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi CVT 7-kelajuan dengan Sequential Shift. Ciri mod pemanduan, Sport dan Eco menawarkan kualiti pengendalian mengujakan selain memberikan penjimatan bahan api.

3 VARIAN SEBAGAI PILIHAN

Pasaran tempatan ditawarkan dalam tiga varian: 1.5J, 1.5E dan 1.5G dengan lima pilihan warna biru metalik, merah metalik, hitam, perak metalik dan putih. Anggaran harga ialah:

  • Toyota Vios 1.5J - RM77,200
  • Toyota Vios 1.5E - RM81,200
  • Toyota Vios 1.5G - RM87,300

BACA >>> Honda Malaysia Terus Gasak, Lancar Honda City Hybrid i-DCD Pula!

LUARAN LEBIH ELEGAN

Penampilan Vios baharu kini diserlahkan dengan ciri lampu depan berserta lampu siang (DRL) LED dengan ciri follow-me-home dan rim aloi 16 inci (untuk varian 1.5G sahaja), manakala rupa belakang diserlahkan dengan lampu kombi LED.

KABIN BERUBAH SEPENUHNYA

Toyota Vios (2019)-20
Toyota Vios (2019)-29
Toyota Vios (2019)-18

Perubahan paling ketara ialah ruang kabin. Papan pemuka dan panel instrumen direka baharu dan begitu juga kemasan baharu untuk upholsteri. Bahagian konsol tengah tampil serba baharu dan ditambahh dua slot pengecas USB di belakang.

Keselesaan penumpang dipertingkat menerusi lampu kabin dan ruang but luas serta sistem kawalan penyaman udara automatik untuk semua varian. Varian paling lengkap, 1.5G menerima meter Optitron berwarna dengan paparan multiinfo dan sistem infotainmen 6.8 inci DVD-AVX dengan ciri USB. Ciri standard lain termasuk kemasan kulit, cermin pandang belakang elektrokromik dan suis mod pemanduan.

BACA >>> Tengku Djan Tambah Kehangatan Toyota Vios Challenge!

KAWALAN STERENG DIPERTINGKAT

Pemanduan kini lebih senyap dengan mengurangkan kesan gegar dan bising menerusi penggunaan damper bunyi yang  ditambah baik. Semua varian menerima penarafan maksimum Asean NCAP, lima bintang, terdiri daripada 7 beg udara SRS, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Mula Daki (HSA).

Faktor keselamatan dipertingkat lagi dengan ciri tambahan seperti Pemantauan Titik Buta (BSM), Monitor Pandangan Panorama (PVM), Perakam Video Digital Depan (FDVR) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

JAMINAN TANPA HAD PERBATUAN

Bagi menghilangkan keresahan, Vios serba baharu ini diberikan waranti lima tahun dan tanpa had perbatuan, termasuk keahlian bantuan jalanan 24 jam untuk pemilikan tahun pertama. Ini membolehkan pemilik menerima bantuan sekiranya terkandas di jalan raya hanya dengan membuat satu panggilan telefon sahaja sepanjang 24 jam sehari selama seminggu.

GALERI

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: KLIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Roda4, sedan segmen-B, Segmen B, Toyota, Toyota Vios, Toyota Vios Serba Baharu, UMW Toyota Motor

Comments

  1. Wawa says

    July 2, 2020 at 11:22 PM

    Sya nk tnya... Ada warna biru ke x lagi. Buat masa nie

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my