• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tengku Djan Tambah Kehangatan Toyota Vios Challenge!

Tengku Djan Tambah Kehangatan Toyota Vios Challenge!

June 8, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor memang merancang memperoleh impak setinggi mungkin untuk Festival Toyota GAZOO dengan menampilkan selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya dan lain-lain yang bakal menyertai perlumbaan tersebut, termasuk memperkenalkan lokasi perlumbaan yang diubah suai daripada jalan biasa kepada trek lumba jalanan.

TENGKU DJAN LEY

Skala perlumbaan ditingkatkan lagi apabila Prince of Drift, Tengku Djan Ley bakal menyertai perlumbaan bersama jagoan pelumba lain seperti Boy Wong dari Malaysia Speed Festival (MSF) dan juara Malaysian Super Series (MSS), James Verappan.

Lebih menambahkan saingan, jumlah Toyota Vios yang bakal berlumba ditambah daripada 30 kepada 40 unit, sekali gus menjadikan festival berkenaan sebagai perlumbaan kereta jalanan terbesar tempatan setakat ini.

Menurut UMW Toyota Motor, minat terhadap perlumbaan itu meningkat selepas pelancaran. Banyak permintaan sama ada daripada pelumba atau pasukan lumba untuk bersaing bersama dalam Vios Challenge yang julung kali di adakan di Malaysia. Malah, jumlah 40 unit Vios tersebut terpaksa dihadkan kerana berdepan isu logistik dan keselamatan.

Lebih menarik, UMW Toyota Motor sendiri menghantar pelumba VIP, iaitu Naib Presidennya, Akio Takeyama yang turut akan menyarung topi keledar dan sut lumba untuk bersaing dalam perlumbaan berkenaan.

Vios Challenge adalah sebahagian Karnival Toyota GAZOO Racing membabitkan perlumbaan empat pusingan serata negara iaitu Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Toyota Vios Challenge
Toyota Vios Challenge
Toyota Vios Challenge
Toyota Vios Challenge

Related

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boy Wong, Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing, James Verappan, Tengku Djan Ley, Toyota, Toyota Vios Challenge, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev