APABILA sebut memandu uji Mercedes-Benz, ramai bayangkan konvoi berbaris ikut pace car. Tetapi kali ini lain, kami diberi kebebasan penuh, “drive at your own pace”. Tanpa lead car, dan tanpa walkie-talkie macam tipikal pandu uji media biasa.
Hanya saya (dan seorang rakan media di sebelah), jalan raya, dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) premium dari Stuttgart.
Berikut itinerari #PanduUji kami:
6 April 2026: Berlepas jam 10 pagi dari Botanica+ Co, Bamboo Hills, Kuala Lumpur (KL). SUV hari pertama ialah Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC AMG Line Nightfall Edition 2026.
Perjalanan santai ke Cameron Highlands Resort By The Golf Course. sebelum singgah makan tengah hari jam 1.30 petang di Zen by Stellar, Tanah Rata.
Kami tiba di hotel jam 3.30 petang. Malam? Nikmati makan malam sekitar resort, dengan udara sejuk 18°C.
7 April 2026: 9 pagi, kami tukar kunci pula kepada Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC untuk turun dari Cameron Highlands ke Bamboo Hills, KL dan tiba di sana jam 4.30 petang.
Sekali lagi, bebas tanpa konvoi. Inilan ujian sebenar dengan pemanduan solo melayan selekoh sepanjang Simpang Pulai-Cameron, dan menempuh lebuh raya PLUS.
Spesifikasi Model Dipandu Uji
Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Nightfall Edition 2026
- Enjin 4-silinder 2.0L Turbo dan 48V MHEV BSG
- Output kuasa 224hp + boost 14hp, dan tork 350Nm + boost 150Nm
- Transmisi dual-klac (DCT) 8G-DCT, 4MATIC AWD
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 6.8 saat
Kelajuan maksimum 240kmj - Rim 19 inci standard, rim Nightfall Edition AMG 20 inci
- Harga RM295,888 (atas jalan, tanpa insurans)
Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC
- Enjin 4-silinder 2.0L Turbo dan MHEV 48V dengan ISG
- Output kuasa 204hp, dan tork 320Nm
- Transmisi 9G-TRONIC, 4MATIC AWD
- Pecutan 0 – 100kmj sepantas 7.8 saat
- Kelajuan maksimum 221kmj
- Ciri utama AMG Line, rim 20 inci, LED High Performance, kamera 360°, Sistem infotainmen MBUX 11.9 inci, dan navigasi terimbuh (AR Navigation)
- Harga RM329,888 (atas jalan, tanpa insurans)
PENGALAMAN PEMANDUAN: NAIK, TURUN CAMERON
1. GLA 250 4MATIC – Hari Pertama Naik
GLA 250 4MATIC rasa paling ‘bersemangat’ dalam duo ini. 224hp + boost elektrik 14hp memberikan lonjakan tork 350Nm + 150Nm seawal rev 1,800rpm. Senyum saja apabila memotong lori di Karak.
Ciri 4MATIC mmemberikan ekstra keyakinan ketika menempuh laluan di Tapah. Suspensi Comfort masih tegap apabila melayan selekoh tajam sebelum Brinchang.
Kabin Nightfall Edition kini lengkap AMG Line, bumbung hitam, rim 20 inci. Paling saya suka, akhirnya ada Thermotronic dwi-zon dan corong penyaman udara belakang serta kamera 360° standard. Tiada lagi komplen penumpang belakang panas walaupun berdua saja sepanjang memandu. 😅
Minyak? KL – Tanah Rata – Hotel sekitar 7.5 liter per 100km. Untuk SUV AWD berkuasa 224hp, sangat munasabahkan?
2. GLC 200 4MATIC – Hari Kedua Turun
GLC 200 4MATIC pula lebih matang. Walaupun output kuasa cuma 204hp, tetapi itu sudah cukup, dan sesuai dengan karakter SUV itu yang lebih bersifat cruiser. Transmisi 9G-TRONIC menukar gear dengan lembut, manakala 4MATIC memberikan kestabilan ketika memandu turun laluan curam.

Bonet lut sinar (transparent bonnet) untuk mod off-road nampak macam gimik, tapi memang berguna ketika hendak mengelak lubang di jalan off-road.
Kabin paling mewah dalam kelas dengan skrin unit infotainmen 11.9 inci vertikal (macam tablet) dengan sistem MBUX AR Navigation yang tunjukkan anak panah terus atas imej skrin, memang tidak sesat hendal memilih simpang Tanah Rata. Lampu ambien 64 warna dam kemasan kulit ARTICO membuatkan perjalanan lebih empat jam (sebab berhenti makan) rasa sekejap.
5 Perkara Terbaik
1. Prestasi MHEV Responsif: Kedua-dua model menggunakan 48V BSG. GLA 250 dengan 350Nm + boost elektrik membuatkan kerja mendaki Cameron rasa ringan. Tiada turbo lag
2. Sistem 4MATIC Meyakinkan ketika Hujan/Panas: Ketika gerimis, sistem AWD memberikan cengkaman ekstra. Tak perlu risau aquaplaning
3. MBUX Generasi Terkini: Ciri AR Navigation memang ‘game changer’. GLA 250 dapat skrin 10.25 inci kembar dengan pengecas wayarles Apple CarPlay dan Android Auto
4. Kabin Senyap, dan Solid: Pada halaju 110kmj, tahap kesenyapan (NVH) GLC 200 setanding kereta berharga RM500k. Desiran tayar GLA 250 banyak dipertingkat berbanding pra facelift
5. Pakej Keselamatan Lengkap: Ada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Monitor Titik Buta (BSM), tujuh beg udara standard dan banyak lagi. GLA 250 ada Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB)
5 Perkara Kurang
1. Ruang But GLA 250 Terhad: 425 liter saja. Nak sumbat empat bagasi besar dan cooler box Cameron, kena lipat kerusi. GLC (foto atas) jauh lebih praktikal walaupun macam kecil juga.
2. Tiada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Standard: GLA 250 ada hardware, tapi kena langgan. Untuk harga RM295k, patut diberikan percuma.
3. Pengendalian GLA 250 Agak Keras: Rim 20 inci, dan tayar nipis 235/45 R19 buat impak jalan tampal di Cameron terasa dalam kabin. GLC 200 lebih empuk.
4. Butang Fizikal Makin Kurang: Semua dalam skrin. Nak tukar suhu waktu memandu, kena pandang skrin. Bahaya.
5. Harga Premium: GLC 200 RM329k, GLA 250 RM295k. Competitor CBU Jepun boleh dapat spec hampir sama, dan lebih murah RM30k-RM50k.
Lawan Sekelas di Malaysia
- BMW X1 sDrive20i xLine: RM259,800 | Output kuasa 204hp, dan tork 300Nm | Pecutan 0 – 100kmj 7.6 saat | Lebih murah RM36k, handling BMW, tapi FWD sahaja
- Lexus NX 250 Luxury: ~RM270,388 | Output kuasa 204hp, dan tork 243Nm | Pecutan 0 – 100kmj 8.7 saat | Jaminan 5 tahun, NVH terbaik, tapi kurang tork
- Volvo XC40 Recharge T5: ~RM278,888 | Output kuasa 262hp, dan tork 425Nm | Pecutan 0 – 100kmj 7.3 saat | Plug-in Hybrid, road tax murah, tapi infotainmen ketinggalan
- GLA 250 4MATIC: RM295,888 | Output kuasa 224hp (+14hp), dan tork 350Nm (+150Nm) | Pecutan 0 – 100kmj 6.8 saat | AWD standard, pecutan terpantas, MBUX paling canggih
- GLC 200 4MATIC: RM329,888 | Output kuasa 204hp, dan tork 320Nm | Pecutan 0 – 100kmj 7.8 saat | Kabin paling mewah, AR Navi, saiz lebih besar
Jika anda mahukan prestasi, tetapan semua roda (AWD), GLA 250 adalah paling laju dalam kelas bawah RM300,000.
Kalau mahukan keselesaan, dan teknologi, GLC 200 masih raja segmen. BMW X1 pula value-for-money, dan Lexus untuk yang mahukan peace of mind. 🤨
Perjalanan bebas tanpa konvoi membuktikan dua perkara: GLA 250 ialah ‘hot hatch’ yang menyamar jadi SUV. Modelmitu bukan saja kompa, tetapi laju yang sesuai untuk pemandu solo. GLC 200 pula boleh dianggap sebagai ‘S-Class mini’ yang tenang, mewah, sempurna untuk famili.
Cameron Highlands bukan sekadar tentang strawberi. Dengan tork MHEV dan 4MATIC, setiap selekoh jadi semacam trek mainan. Cuma sediakan duit lebih untuk harga dan tayar nipis rim 20 inci.
Boleh ambil GLA 250 kalai 80 peratus masa memandu anda adalah seorang. Pilih GLC 200 kalau selalu bawa keluarga dan barang. Kedua-dua model itu takkan mengecewakan anda.
Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC 2026
Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC 2026









































































































































