Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 2] – Streetbike
Roda2

Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 2] – Streetbike

ZYBy ZY16/12/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MASIH pening kepala cari motosikal yang sesuai untuk tunggangan harian?

Selamat bertemu kembali dalam siri Panduan Pilih Motosikal Harian. Jika artikel sebelum ini membincangkan tentang sportbike, kali ini kami akan terangkan pula lebih lanjut mengenai ‘adik’nya pula yang lebih murah dan praktikal, khas buat mereka yang kerap menempuh trafik sesak ke tempat kerja.

STREETBIKE

Mungkin masih ada yang keliru tentang istilah ini kerana seluruh dunia mendefinisikan streetbike sebagai jenis motosikal yang sah dan layak digunakan atas jalan raya.

Di Malaysia, khususnya, istilah streetbike kerap merujuk kepada motosikal jenis naked atau standard, yakni motosikal dengan rekaan asas tangki depan tanpa fairing yang berbeza dengan motosikal standard majoriti penunggang negara ini, iaitu kapcai yang berfrem ‘step-through’.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] – Sportbike

Memandangkan kebanyakan motosikal naked masa kini tidak dibangunkan secara khusus, tetapi sekadar variasi sportbike dengan fairing dikecilkan seminimum mungkin, manakala ergonomik pula diubah supaya memudahkan pergerakan dalam bandar, maka istilah streetbike secara tidak rasmi dipilih menggantikan kedua-dua istilah tadi (naked dan standard).

Sesuai:
  • Setiap golongan umur dengan pendapatan sederhana. Tanpa fairing, streetbike berharga lebih murah berbanding versi sportbike.
  • Inginkan prestasi sportbike dengan ergonomik yang tidak membebankan.
  • Perjalanan harian meliputi kawasan bandar jarak sederhana.
  • Mahu menikmati tunggangan sporty/agresif pada hujung minggu.
  • Ingin belajar menyenggara motosikal sendiri. Ruang enjin lebih mudah diakses.
  • Mereka yang perlukan lebih ruang simpanan. Tambahan kotak ruangan untuk streetbike masih ideal berbanding sportbike.
Kurang Sesuai:
  • Perjalanan jarak jauh di lebuh raya. Ketiadaan fairing dan pengadang angin mengurangkan keselesaan tunggangan pada kelajuan tinggi.
  • Tunggangan lasak. Walaupun tanpa fairing sedikit sebanyak menjadikan streetbike mirip motosikal lasak seperti scrambler, tetapi masih kurang sesuai memanjat bahu jalan jika itu yang anda fikirkan.
  • Buat mereka yang cerewet dengan penampilan. Selain kurang elemen sporty, manifold ekzos yang terdedah dan mudah bertukar warna (berkarat) bakal membuatkan streetbike tampak lebih berumur daripada usia sepatutnya.

SARANAN

Seperti diterangkan dalam artikel [Siri 1], fokus motosikal tunggangan harian kami ialah jentera yang ditawarkan dalam julat harga sekitar RM25,000 ke bawah. Menariknya, bagi kategori streetbike, rata-ratanya berharga lebih rendah, malah boleh bermula serendah RM9,000 sahaja. Senarai di bawah adalah antara pilihan utama kami berdasarkan populariti dan kehendak penunggang Malaysia.

1. MODENAS PULSAR NS200 | YAMAHA FZ150i
YAMAHA FZ150i

Tanpa sebarang saingan kuat, FZ150i berjaya mengungguli pasaran streetbike bawah RM10,000 selama hampir 10 tahun hingga dicabar Pulsar NS200 hasil kerjasama Modenas dan pengeluar motosikal terkemuka India, Bajaj Auto yang mula membuatkan ramai peminat dua roda tempatan beralih arah.

Jujurnya, pada harga sekitar RM9,000, Pulsar NS200 dengan enjin lebih berkuasa dan penampilan lebih gagah, boleh dianggap sebagai pilihan yang lebih berbaloi. Namun, isu kekurangan stok dan alat ganti dihadapi Pulsar secara tidak langsung memberi ruang kepada FZ150i untuk terus menyerlah.

Ini kerana isu dialami lawannya itu bukan lagi jadi masalah besar kepada streetbike sulung Yamaha itu yang sudah bertapak bertahun-tahun lama. Tambahan pula, kos penyenggaraan dan bahan api FZ150i diakui benar-benar menjimatkan, sekali gus menjadikan model itu kekal relevan sebagai streetbike ekonomi dan praktikal.

BACA >> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 2]

2. KTM 200 DUKE | KAWASAKI Z250SL | NAZA N5 | BENELLI TNT 25

Pada tanda harga sekitar RM15,000 dan ke bawah, jentera di atas adalah pilihan seimbang jika anda mahukan streetbike bergaya, berkuasa dan pada masa sama masih mampu milik. Sejujurnya, bagi mencapai tanda harga serendah itu, ada beberapa kompromi yang perlu diterima seperti isu kualiti material, pemasangan dan alat ganti (antara rungutan paling kerap diperkatakan di media sosial).

Bak kata pepatah Inggeris, ‘You Get What You Pay For’. Namun, tidak perlu terlalu risau kerana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma menerusi grup-grup Facebook daripada pemilik sedia ada dan semua panduan itu patut dipertimbangkan dalam faktor pemilihan.

3. KTM 250 DUKE (2017)


Kini membawakan imej streetfighter menggantikan gaya motard model terdahulu, 250 Duke terbaharu ini sememangnya cukup menawan. Walaupun tampak lebih agresif, sebenarnya posisi tunggangan lebih menegak lantas menjadikan jentera ini kekal selesa ditunggang seperti model terdahulu.

Dari segi kelajuan maksimum, maaf, Duke 250 sekadar mampu mencapai sekitar 155kmj sahaja di lebuh raya. Tetapi, apa yang menarik, kombinasi tork dan prestasi pengendalian menjadikan streetfighter KTM ini cukup lincah beraksi di jalan-jalan bandar dan selekoh-selekoh pendek. Cuma harga ditawarkan, sekitar RM20,000, mungkin membuatkan bakal pembeli berfikir berulang kali.

BACA >>> #TunggangUji: Analisis Lengkap KTM 250 Duke (2017) – Rupa Agresif, Mantap di Selekoh

4. KAWASAKI Z250

Enjin dwi-silinder berkuasa daripada sportbike Ninja 250 dan rekabentuk naked agresif inspirasi tema Sugomi menjadikan jentera Kawasaki ini antara pilihan utama mereka yang mahukan streetbike 250cc paling berkuasa. Pada harga sekitar RM21,000, model ini bukanlah dalam kategori benar-benar mampu milik berbanding pesaing lain dalam kelas sama yang berharga belasan ribu ringgit sahaja.

Dengan kemampuan mencapai kelajuan maksimum 170kmj berserta pelbagai reviu positif daripada penunggang profesional, termasuk amatur, yang rata-ratanya mengakui kelasakan dan reliabiliti jentera ini, Z250 nampaknya pilihan paling selamat dan memuaskan hati kebanyakan peminat motosikal Malaysia.

250 duke daily ride dua roda duke 250 fz150i harga minyak naik KTM Duke modenas pulsar Panduan Pilih Motosikal Harian pulsar ns200 roda2 sport bike tol z250
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

13/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

14/04/2026
Honda Vario 125 Street 2026
Roda2

Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

10/04/2026

1 Comment

  1. Karls on 22/08/2018 06:25

    Ns200 jer la wa mampu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.