• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] – Sportbike

Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] - Sportbike

December 13, 2017 By ZY 3 Comments

984
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA minyak naik? Tol berderet-deret? Selalu tiba lewat ke pejabat?

Selamat datang ke dunia dua roda! Sekarang, tol dan kesesakan trafik ke pejabat tidak lagi menambah tekanan anda di pejabat. Anda kini lebih bebas meredah lalu lintas selain dapat menjimatkan kos bahan api dan penyenggaraan. Tidak hairanlah motosikal kekal sebagai medium pengangkutan utama buat jutaan rakyat Malaysia.

Namun, pelbagai pilihan motosikal di pasaran pada harga yang kompetitif membuatkan usaha memilih jentera sesuai kadangkala sama sukar seperti mencari calon isteri, terutama sebagai kenderaan harian. Ini kerana anda pastinya memerlukan sebuah jentera yang praktikal dan pada masa sama dapat memuaskan kehendak hati.

Dalam siri panduan ini, kami akan fokuskan kepada pemilihan motosikal baru (bukan terpakai) dengan julat harga maksimum sekitar RM25,000 supaya lebih menepati kriteria mereka yang baru mula hendak menunggang. Memulakan senarai pembelian ialah kategori motosikal pilihan ramai masa kini yang tidak lain dan tidak bukan...

SPORTBIKE


Bergaya dan berkuasa, serta kemudahan mendapatkan pinjaman jangka panjang menjadikan kategori motosikal sportbike, terutama bersesaran sekitar 250cc dan ke bawah semakin popular di kalangan anak muda yang baru memulakan alam pekerjaan (walaupun dalam keadaan ekonomi kurang menggalakkan).

Sportbike boleh dikatakan antara motosikal pilihan pertama kebanyakan penunggang, tetapi untuk dijadikan jentera tunggangan harian, anda mungkin menyesal berpanjangan. Pertama sekali, posisi hendal rendah dan peg kaki lebih tinggi membuatkan penunggang terpaksa membongkok ke hadapan yang menyebabkan ketidakselesaan pada pergelangan tangan, pinggul dan belakang badan, terutama ketika menunggang jarak jauh.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

Penunggang sportbike juga cenderung menunggang secara agresif, menjadikan motosikal mereka itu perlu lebih kerap disenggara dan kos pula bukan murah. Lebih-lebih lagi untuk jangka masa panjang.

Tapi kalau sudah minat...

Sesuai:
  • Golongan muda berkemampuan dengan purata pendapatan sekitar RM2,000-3,000 sebulan.
  • Mengidamkan motosikal bergaya dan berkuasa.
  • Perjalanan harian membabitkan laluan lebuh raya sederhana jauh.
  • Mahu menikmati tunggangan sporty/agresif pada hujung minggu.
  • Tidak hiraukan sakit, asalkan bergaya.
Kurang Sesuai:
  • Golongan lebih berusia - ergonomik dan posisi badan tunggangan sportbike lebih membebankan, terutama menunggang dalam bandar.
  • Mereka yang mahukan keselesaan tunggangan jarak jauh kerana ergonomik, tetapan pelana dan suspensi sportbike lebih keras.
  • Mereka yang perlukan lebih ruang simpanan. Walaupun boleh ditambah kotak utiliti, masih bukan pilihan ideal.
  • Golongan kurang berkemampuan. Selain kos pembelian atau ansuran bulanan, kos penyenggaraan sportbike dan bahan api boleh jadi membebankan.

BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia


SARANAN

Mungkin anda tidak percaya. Faktanya, ada tidak kurang 10 model sportbike ditawarkan dalam julat harga sekitar RM25,000 ke bawah di pasaran semasa. Boleh dikatakan pasti ada satu model yang paling menepati cita rasa anda. Agak sukar menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap model tersebut. Jadi, di sini kami senaraikan antara sportbike pilihan yang kami rasa paling menepati kehendak kebanyakan penunggang motosikal Malaysia.

1. MODENAS PULSAR RS200
modenas-pulsar-rs200-i
modenas-pulsar-rs200-ii
modenas-pulsar-rs200-iii

Ditawarkan sekitar RM13,000 termasuk cukai dan insurans, sportbike 200cc Modenas ini pilihan yang paling mampu milik buat mereka yang meminati jentera sporty pada bajet rendah. Posisi tunggangan masih selesa, manakala enjin 200cc silinder tunggal SOHC walaupun bukan paling berkuasa dalam kelas, tetapi membantu menjadikan sportbike ini antara motosikal paling ekonomi dari segi kos pemilikan dan penyenggaraan.

Apa kelebihan lain? Anda boleh baca DI SINI.

2. KAWASAKI NINJA 250 | YAMAHA YZF-R25
KAWASAKI NINJA 250 KRT EDITION
YAMAHA YZF R-25

Pada harga sekitar RM20,000, Ninja 250 dan R-25 menawarkan rekabentuk agresif persis jentera lebih besar, dan dengan ergonomik lebih santai mirip jentera sport touring, sekali gus menjadikan kedua-dua model itu antara pilihan paling popular. Memandangkan dua model tersebut dilengkapi enjin dwi-silinder, getaran yang terhasil tidak begitu ketara. Inilah sportbike pilihan tepat buat mereka yang ingin sentiasa memecut di lebuh raya.

Kelebihan lain jika anda memilih Ninja 250 adalah kapasiti tangki bahan api sebesar 17 liter yang mampu memberikan anda lebih kilometer.

3. KAWASAKI NINJA 250SL | KTM RC250
KAWASAKI NINJA 250SL
KTM RC250

Getaran lebih kuat daripada nadi silinder tunggal menjadikan Ninja 250SL dan RC250 kurang sesuai untuk tunggangan jarak jauh dalam kelajuan tinggi, manakala ergonomik yang lebih membongkok ala jentera perlumbaan membuatkan dua model itu kurang selesa ditunggang dalam situasi stop-and-go di bandar.

Bagaimanapun, inilah jentera yang dicadangkan jika anda mahukan keseronokan tunggangan agresif ala sportbike kelas perlumbaan pada harga mampu milik (asalkan sanggup menanggung 'seksa'). Antara sebab Ninja 250SL dan RC250 masih berada dalam senarai ini adalah kombinasi rekaan frem ramping dan kelebihan kuasa tork tinggi daripada enjin silinder tunggal. Faktor tersebut membuatkan aksi pengendalian dalam bandar lebih mudah dan lincah, termasuk penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan berbanding sportbike dwi silinder.


Bagaimana pula jika anda hanya mahukan prestasi sportbike, tetapi juga selesa ditunggang seharian dan harga pula menepati bajet? Nantikan artikel susulan yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

984
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: daily ride, dua roda, harga minyak naik, Ninja 250, Panduan Pilih Motosikal Harian, pulsar rs200, sport bike, tol, Yamaha R25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
    Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my