Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?
Autotainment

Panduan Mengepam Tayar Kereta, Bolehkah Dipam PSI Maksimum?

Han OthmanBy Han Othman08/09/201915 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOLEHKAH tayar dipam mengikut PSI (pound per square inch / paun inci persegi) maksimum seperti dinyatakan pada dinding sisi (sidewall) tayar?

Ini kerana ada juga kenyataan yang mendakwa PSI maksimum bukanlah tekanan tepat yang membolehkan tayar kereta berfungsi paling optimum. Faktanya, tekanan tayar yang tepat amat penting bagi kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar.

APAKAH ITU TEKANAN MAKSIMUM?

tekanan-tayar-sidewall
Jika anda perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar, anda pasti perasan perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Nombor itu memberitahu anda tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.

Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

APA BERLAKU JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?

1. KARAKTER PENGENDALIAN BERUBAH

tayar-slide
Tayar yang dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Tahap membelok akan bertambah baik, tetapi anda berdepan risiko ketika pembrekan jajap (threshold braking). Sekali anda membelok pantas atau mengejut, belakang kereta boleh terseret.

2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT

tayar-haus-pam-lebih
Apabila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan jadi lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.

Jadi, apakah tekanan tayar terbaik?

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?


APAKAH TEKANAN TAYAR OPTIMUM?

tayar-optimum
Anda boleh mengetahui tekanan tayar optimum atau seperti disarankan pengeluar pada pelekat di frem pintu, atau dalam manual pengguna. Sesetengah model menempatkan pelekat pada pintu but, glove box dan lain-lain.

Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.

Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.

BILAKAH MASA MENGEPAM TAYAR TERBAIK?

Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.

Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.


*** TIP PANTAS

30-hari
Bagaimanakah mahu mengingat jumlah tekanan angin yang tepat? Anda mungkin tidak mahu sentiasa melihat pelekat pengingat setiap kali mahu mengisi angin.

Begini, anda cuma perlu ingat jumlah hari dalam sebulan, iaitu antara 30-31 hari. Ya, itulah jumlah tekanan angin yang perlu diisi untuk kereta. Ia mungkin tidak setepat yang disarankan pengeluar, tetapi ia masih berada dalam julat toleran atau ‘selamat’ yang boleh anda praktikkan. Jadi, tidaklah perlu risau jika terkurang atau terlebih mengepam angin tayar jika mengikuti tip ingat ini.

Malah, tip ini boleh membantu anda mengingat jumlah sebenar tekanan tayar kereta anda. Anda cuma perlu ingatkan jumlah hari dalam sebulan, dan daripada jumlah itu anda mungkin dapat mengingati semula tekanan tayar sebenar kereta anda.

BACA >>> Tayar Sotong, Tiada Brek Punca Nahas Honda CBR150R, Nyaris Tercampak Masuk Gaung

autotainment isi angin tayar jumlah tekanan angin psi tip automobil tolok tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

15 Comments

  1. Pangeran Raff on 25/04/2017 08:09

    Info yang sangat membantu.. Terima Kasih..

    Reply
  2. Mekanik motorsikal on 27/05/2017 17:23

    Salam admin,

    Saya pun tak pernah ambil kisah tentan max.load pada tayar tu.Hari ini baru setelah sekian lama repair motor

    Terima kasih.

    Reply
  3. dolsarip on 02/09/2017 23:57

    kalau ketebalan tayar macam mana pula… kene perpandu kan side wall tayar atau di dinding pintu… cth 190x60x15 adakah sama tekanan utk tayar yg dinaik taraf ke 220x40x18…

    Reply
  4. Zamri Nasir bin Mohamed Sazali on 05/11/2018 10:57

    Ye le….

    Reply
  5. Sharipudin on 30/08/2019 14:52

    Kalau guna tayar saiz 215/55/17
    Utk suv Reanult captur,berapa tekanan yg perlu utk roda depan dan belakang

    Reply
  6. Imran on 08/09/2019 15:33

    Di pintu Perodua Myvi 2018 tertulis 250KPA untuk semua tayar. Bersamaan dengan 36 PSI. Tinggi dari kebiasaan PSI yang dinyatakan dalam artikel ni

    Reply
    • AO on 10/09/2019 07:39

      Ikut rekomen pengeluar

      Reply
    • Faris on 13/09/2019 20:48

      Thats max kpa around.neither at 51psi or 350kpa as the tyre pic shown above

      Reply
  7. Faris on 13/09/2019 20:45

    Artikelni kata pam mak dia 35 psi , tpi dalam pic tu tayar terpampang 350kpa/51psi .35psi berapa kpa?rasanya pam 220kpa pun dah ok..

    Reply
  8. Rahim on 26/07/2020 07:51

    Assalamualaikum
    Tayar 195/55/15 – rem 15
    Mau tau tanya berapa PSI angin IDEAL terbaik.

    Tqvm.

    Reply
  9. Rahim on 01/08/2020 22:15

    Salam.
    Tayar 235/40/18
    Hendak tanya berapa PSI angin yg IDEAL
    Tk.

    Reply
  10. Mohd najib on 04/09/2020 10:01

    Salam
    Tayar 215/50 R17 91V
    Hendak tanya berapa psi angin yg betul

    Reply
  11. Danie on 23/09/2020 04:07

    215 -220

    Reply
  12. Rahman on 21/01/2023 17:08

    Motorhome sy tulis dekat pintu 65psi sedangkan tayar yg sy gunakan tulis max hanya 44psi. Apa yg sesuai.

    Reply
    • Azhan O on 03/02/2023 19:42

      Ikut apa tulis di kereta. Kat tayar tu kapasiti maksimum isian, bukan mesti isi maksimum

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.