Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mampukah Toyota Vios Baharu Cabar Pesaing Lain?
Pandu Uji

#PanduUji: Mampukah Toyota Vios Baharu Cabar Pesaing Lain?

Abang GYLBy Abang GYL18/04/20188 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji toyota vios baharuRAMAI bertanya kepada saya, antara Toyota Vios baharu dan Honda City manakah yang lebih berbaloi? Bukan saja di ruangan komen, malah ada yang sanggup Private Message untuk bertanya soalan sama.

Saya yakin anda pasti mempunyai persoalan yang sama apabila membaca artikel Toyota Vios baharu yang disiarkan di laman PanduLaju selasa lalu.

pandu-uji-toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-33Sejujurnya, saya hanya boleh memberi pandangan sekiranya diberi peluang untuk melakukan perbandingan antara kedua-dua model ini.

Bukan kerana takut pihak pengeluar kereta akan marah sekiranya saya katakan salah satunya lebih bagus, tetapi lebih afdal jika dapat menguji kedua-duanya dalam tempoh masa sama.  Konsep saya mudah. Saya akan puji jika kereta anda bagus dan begitu juga sebaliknya.

Apa yang boleh saya katakan sekarang, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi anda harus ingat selain dari Honda City, Mazda2, Nissan Almera, Volkswagen Vento dan Proton Persona 2016 juga adalah antara pesaing terdekat Vios.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita tengok apakah pembaharuan Toyota Vios yang sudah dilakukan berbanding versi terdahulu.

pandu-uji-toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-276 VARIAN

Dulu hanya lima tetapi sekarang anda mempunyai enam pilihan. Bagi Toyota Vios baharu ini, UMW Toyota Motor memperkenalkan ahli keluarga baharu iaitu varian 1.5 GX.

HARGA TURUN SEHINGGA RM3,600

Terima kasih atas pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diberikan kepada Toyota Vios generasi ketiga. Kerana EEV, Toyota Vios baharu menerima penurunan harga antara RM1,400 hingga RM3,600.

Berikut adalah harga jualan (termasuk insurans & GST) bagi kesemua varian Toyota Vios baharu;

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM96,400
  • Toyota Vios 1.5GX – RM92,800
  • Toyota Vios 1.5G – RM89,800
  • Toyota Vios 1.5E – RM83,900
  • Toyota Vios 1.5J CVT – RM79,800
  • Toyota Vios 1.5J Manual – RM76,500

APA PENAMBAHBAIKAN DILAKUKAN

Sekilas pandang, Toyota Vios baharu ini tampak sama seperti versi terdahulu. Tetapi beberapa penambahbaikan sudah dilakukan. Antaranya;

  • Bodykit baharu lebih sporty
  • Lampu siang LED
  • Gril krom berwarna gelap
  • Lampu projektor berwarna gelap
  • Rim aloi dua tona 15-inci lebih eksklusif
  • Lencana X bagi varian Vios 1.5GX
  • Sistem audio dengan skrin sesentuh 6.8-inci bersama kamera undur (sama seperti model Hilux dan Fortuner baharu)

toyota-vios-gx_pandulajudotcomdotmy-17ENJIN ADALAH WATAK UTAMA

Antara perubahan ketara yang ditampilkan dalam Toyota Vios generasi ketiga adalah kehadiran enjin baharu.

Setelah hampir 13 tahun menggunakan enjin 1NZ-FE VVT-i 4-kelajuan, Toyota Vios kini menerima ‘jantung’ baharu iaitu 2NRFE 1.5L Dual VVT-i.

Hasil bantuan kotak gear automatik 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 107PS pada 6,000rpm (turun 2PS) dan tork puncak 140Nm (4,200rpm) – turun 1Nm. Untuk makluman, kotak gear ini turut digunapakai pada model Sienta yang dilancarkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, varian Toyota Vios 1.5J manual 5-kelajuan masih menggunakan enjin sedia ada.

pandu-uji-toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-44JIMAT MINYAK HINGGA 18 PERATUS

Biarpun enjin Vios baharu menerima penurunan kuasa dan tork berbanding enjin terdahulu, tetapi ia mampu menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik apabila dipadankan enjin kotak gear 7-kelajuan.

Berdasarkan rekod, ia mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding penggunaan enjin terdahulu.

Saya bersama rakan media lain turut berpeluang menguji cabaran penjimatan minyak di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka(MIMC). Hanya dibekalkan 1L bahan api RON95, kami perlu pandu Toyota Vios baharu sejauh yang boleh. Hasilnya, Vios mampu melakukan perjalanan sehingga 24.6km per 1L. Wow!!!

CIRI ESC JADI STANDARD SEMUA VARIAN

Lebih menggembirakan, kesemua varian Toyota Vios baharu hadir dengan ciri keselamatan Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC). Antara aspek keselamatan lain turut disematkan termasuklah dua beg udara, Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX.

pandu-uji-toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-1PENGALAMAN PANDU UJI

Sepanjang pandu uji Toyota Vios baharu ke Melaka, fiil pemanduan sama seperti versi terdahulu. Baik dari segi pengendalian mahupun berada di dalam kabin.

Menurut UMW Toyota, kadar kesenyapan kabin (NVH) sudah dipertingkatkan ke tahap lebih baik. Iya, saya akui ia adalah lebih baik berbanding versi terdahulu.

Begitu juga dengan kesenyapan enjin ketika menukar gear. Penukaran gear jadi lebih lancar tetapi sesekali ia akan mengaum sekiranya menekal pedal minyak secara agresif. Cuma terasa sedikit goyang apabila memandu dalam kelajuan tinggi iaitu sekitar 160 hingga 180kmj. Tapi, laju-laju nak pergi mana ya tak?

pandu uji toyota vios baharuMAMPUKAH VIOS CABAR PESAING LAIN?

Persoalannya, mampukah Toyota Vios baharu ini menawan hati anda. Dari segi nilai, sudah tentu berbaloi baik dari segi perkhidmatan selepas jualan mahupun nilai jual semula. UMW Toyota siap beri penyenggaraan secara percuma selama lima tahun tanpa had perbatuan bagi anda yang menempah Vios dalam masa terhad.

Jangan lupa, pesaing-pesaing yang lain tidak kurang hebat juga. Tapi, lebih bagus sekiranya pemandu-pemandu Vios sedia ada tidak membuka lampu kabus (foglamp) sesuka hati hingga mendatangkan kemarahan pada pengguna yang lain 🙂

Apa-apapun, saya harap anda semua pergi ke bilik pameran terdekat dan jangan lupa pandu uji Toyota Vios baharu. Saya yakin, Vios baharu ini terutamanya warna merah akan memikat hati anda.

GALERI

pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu
pandu uji toyota vios baharu

TOYOTA VIOS 1.5GX

TOYOTA VIOS 1.5 TRD SPORTIVO

pandu uji toyota vios baharu pandu uji vios Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo toyota vios 1.5GX Toyota Vios baharu UMW Toyota vios
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026

    8 Comments

    1. Ahmad on 06/10/2016 16:02

      Boleh tahu CVT jenama ape yang dipadankan dengan 2NRFE 1.5L Dual VVT-i ni?

      Reply
    2. khairul on 08/10/2016 21:34

      terasa goyang pada kelajuan 160-180km/h
      disebabkan tayar tu..vios sy pun dgn tayar standard 185/60/R15 mula2 beli drive dlm range 90-110 mmg bgoyang..kdg2 standard kilang ni ada baik buruknya..so tkr tayar lebar 195/55/R15 alhamdulilah tiada lg goyang2 .pernah test smpi 200km/h masih stabil.saje je test.bkn race. pemilihan tayar juga penting pada pandangan sy.pernah salah pilih tayar (terlalu bulat-terjemahan sy sdn) mmg bgoyang2 kereta pada kelajuan90-100km/h kat highway.

      Reply
      • jeff on 04/07/2017 16:36

        patut la kereta sy goyang bile 130-140km/h .. so selepas tukar tayar 195/55/r15 setel masalah ek..
        bro ad modified mn2 bahagian untuk handling kereta vios nie x selain tukar tayar?

        Reply
    3. Uruk merah on 15/05/2017 12:50

      Mana lebih pikap manual atau cvt

      Reply
    4. Uruk merah on 15/05/2017 12:53

      Salam,vios dgn enjin baru ni kalau gear manual ada pikap tak…bagaimana jika dibandingkan dgn vios manual enjin lama

      Reply
    5. saiful on 10/06/2017 03:21

      Saya masih dalam delema..antara honda city dan Vios Gx..mana terbaik.dari segi ketahanan,safety dan lain2..minta bantu ye

      Reply
      • saiful on 30/09/2017 22:54

        Saya sudah memiliki vios 2017.. dr segi penjimatan minyak.. memng jauh lebih jimat dr kcar yg saya pakai dahulu.. sya syorkan baik ambil vios 2017 ..camera 260darjh.. 100% pilihan saya tepat.. ☺

        Reply
        • Fauzi on 27/02/2018 01:49

          Dulu pakai kereta apa

          Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.