Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Vios Baharu (2016) – Harga Turun Sehingga RM3,600
Roda4

Toyota Vios Baharu (2016) – Harga Turun Sehingga RM3,600

Abang GYLBy Abang GYL04/10/20164 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota vios baharuTIM Pandulaju bersama rakan media permotoran lain kini berada di Melaka untuk sesi pandu uji Toyota Vios baharu.

Hadir dalam enam varian, Toyota Vios baharu ini menerima beberapa penambahbaikan dari segi kosmetik dan prestasi.

Berbanding versi sebelum ini yang hanya dalam lima varian, barisan Vios baharu menerima ahli keluarga baharu iaitu varian 1.5 GX

toyota vios baharuHARGA: (Atas jalan termasuk insurans & GST)

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM96,400
  • Toyota Vios 1.5GX – RM92,800
  • Toyota Vios 1.5G – RM89,800
  • Toyota Vios 1.5E – RM83,900
  • Toyota Vios 1.5J CVT – RM79,800
  • Toyota Vios 1.5J Manual – RM76,500

Sebagai makluman, Toyota Vios generasi ketiga yang baharu ini menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di mana ia menerima penurunan harga antara RM1,400 hingga RM3,600.

Lebih penting, ia turut menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding penggunaan enjin terdahulu.

toyota-vios-baharu_pandulajudotcomdotmy-1PRESTASI

Antara perubahan ketara yang ditampilkan dalam Toyota Vios generasi ketiga adalah kehadiran enjin baharu.

Setelah hampir 13 tahun menggunakan enjin 1NZ-FE VVT-i 4-kelajuan, Toyota Vios kini menerima ‘jantung’ baharu iaitu 2NRFE 1.5L Dual VVT-i.

Hasil bantuan kotak gear automatik 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 107PS pada 6,000rpm (turun 2PS) dan tork puncak 140Nm (4,200rpm) – turun 1Nm. Bagaimanapun, varian Toyota Vios 1.5J manual 5-kelajuan masih menggunakan enjin sedia ada.

Biarpun menerima penurunan kuasa dan tork berbanding enjin terdahulu, tetapi ia mampu menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik apabila dipadankan enjin kotak gear 7-kelajuan.

toyota vios baharuLUARAN & DALAMAN DIPERTINGKAT

Sepintas pandang, ia tampak seakan sama seperti Vios sedia ada. Bagaimanapun, Toyota Vios baharu ini menerima beberapa penambahbaikan. Antaranya;

  • Lampu siang LED
  • Gril krom berwarna gelap
  • Lampu projektor berwarna gelap
  • Bodykit baharu
  • Rim aloi 15-inci lebih eksklusif
  • Lencana X bagi varian Vios 1.5GX
  • Sistem audio dengan skrin sesentuh 6.8-inci bersama kamera undur
toyota vios baharu
toyota vios baharu

CIRI KESELAMATAN – ESC Standard Semua Varian

Lebih menggembirakan, kesemua varian Toyota Vios baharu hadir dengan ciri keselamatan Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC). Antara aspek keselamatan lain turut disematkan termasuklah dua beg udara, Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX.

toyota vios baharuJAMINAN

  • Lima tahun tanpa had perbatuan

Bagi anda yang mahu melihat dengan lebih dekat, boleh hadir ke bilik pameran Toyota terdekat. Nantikan ulasan penuh pandu uji Toyota Vios dalam masa terdekat.

GALERI

toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
toyota vios baharu
Toyota Vios toyota vios 2016 Toyota Vios baharu vios
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026

    4 Comments

    1. Rendy on 05/10/2016 15:06

      bila nak sampai sabah?

      Reply
    2. Taufik rahim on 07/10/2016 11:57

      Saya dah Oder 1. Insyallah mnggu dpn atau 2 mnggu lg kuar.. Hahaha

      Reply
    3. Rosmaini on 05/07/2017 23:11

      Alhamdulillah.. Saya dah keluar sebiji. Memang sedap memandunya. Tak rasa letih perjalanan jauh.

      Reply
      • ABG GYL on 06/07/2017 01:14

        adakah Rosmaini beli selepas baca artikel ni?

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.