Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»7 Sebab Kenapa Proton Persona (2016) Berbaloi Dimiliki
Pandu Uji

7 Sebab Kenapa Proton Persona (2016) Berbaloi Dimiliki

Abang GYLBy Abang GYL06/02/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WOW, Senyap gila Persona ni! Itulah reaksi pertama saya ketika memandu uji Proton Persona (2016) buat kali pertama. Saya akui cukup teruja dan kagum dengan tahap kesenyapan (NVH) dalam kabin model baharu Proton ini yang boleh dianggap berada pada aras terbaik.

Hasil usaha keras pasukan jurutera Proton, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk penggunnaan cagakan atau mounting 3-poin yang dikedap pada tubuh Persona (2016). Perkara ini juga diakui rakan media lain yang turut memberikan maklum balas positif mengenai sedan segmen-B itu.
pandu-uji-proton-persona-2016_pandulajudotcomdotmy-42

BERBALOI ATAU TIDAK?

Ramai bertanya, berbaloi atau tidak kalau mahu beli Persona (2016)? Bagi saya, setiap orang ada pandangan masing-masing. Mungkin ada yang kata berbaloi dan begitu juga sebalik. Sejujurnya, saya jawab sangat berbaloi. Kenapa? Saya lihat Proton kini sudah semakin berubah dan berusaha memastikan sedan segmen-B ini mencapai standard global untuk bersaing dengan model pesaing sedia ada.

Antaranya, Persona (2016) memiliki pelbagai ciri keselamatan terkini dan paling penting material yang digunakan sangat berkualiti dan tidak tampak murah. Paling penting, Proton dilihat benar-benar serius mahu meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri!

Sebelum berleter lebih panjang, berikut 7 sebab kenapa saya rasa Persona (2016) berbaloi dimiliki.

1. HARGA TERMURAH

pandu uji proton persona 2016
Persona (2016) boleh dianggap sebagai antara sedan segmen-B paling murah dalam kelas. Ia dijual pada harga bermula RM46,800 hingga RM59,800 sedangkan pesaing lain rata-rata berharga sekitar RM60,000. Paling penting, ia memiliki pelbagai ciri teknologi terkini walaupun dijual pada harga mampu milik.

2. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

pandu uji proton persona 2016
Walaupun berada dalam kategori segmen-B, ciri keselamatan Persona (2016) terbukti berwibawa apabila mendapat menarafan 5-bintang Asean NCAP.

Bukan satu, tetapi semua varian diiktiraf 5-bintang, termasuk varian standard. Berikut ciri keselamatan yang ada pada Persona (2016):

  • 6 Beg Udara (Premium)
  • Bantuan Daki Bukit (HHA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) + Kawalan Traksi (TRC)
  • ISOFIX + Tambatan Atas (Top Tether)

3. ENJIN LEBIH LANCAR, SENYAP

Karakter enjin kali ini lebih lancar dan senyap. Pernah dulu kami cuba sedapkan hati dengan mengatakan memang karakter enjin Proton sudah begitu, sentiasa mengaum dan kasar bunyinya. Tidak sangka menerusi enjin Persona (2016), jurutera Proton mampu mendisiplinkan trenkuasa model ini menjadi ‘budak baik’. Rasanya, inilah karakter yang dimahukan rakyat Malaysia daripada sebuah kereta segmen-B. Lancar, diam dan lincah.

Sepanjang pandu uji, kelajuan maksimum yang dapat dicapai ialah 190kmj. Kami turut dimaklumkan Persona (2016) mampu mencapai kelajuan hingga 205kmj. Wow!

4. DNA PROTON

pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016

Seperti diharapkan, tiada apa dapat dipertikaikan tentang sistem pengendalian dan suspensi Persona (2016) kerana itulah DNA Proton! Sentiasa tepat dan tajam di selekoh. Memang betul boleh mengelak kon dengan relaks saja seperti dalam klip video yang disiarkan.

BACA >>> VIDEO: Inilah Terjadi Apabila ESC Proton Persona 2016 Dipadamkan

5. TIADA LAGI KUALITI MURAH

Kualiti dan persembahan Persona (2016) nyata mengejutkan. Semua material tampak berkualiti, baik luaran atau dalaman. Panel meter cukup identik dan tersendiri, manakala papan pemuka tampil gaya minimalis dan ergonomik yang sedap mata melihat dan tangan mencapai.

6. PRAKTIKALITI

Persona (2016) menambah elemen praktikaliti menerusi keluasan but 510 liter. Malah, anda boleh menambah ruang simpanan dengan melipat kerusi belakang dengan ekstra nisbah kargo 60:40. Bukankah ini yang rakyat Malaysia mahukan?

7. SERVIS PERCUMA 3 TAHUN

Ya, Proton memang menawarkan servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km (mana satu tiba dahulu) bagi setiap tempahan Persona yang dibuat sebelum 30 September 2016. Ini bermakna anda tidak perlu bayar apa-apa jika hantar kereta ke pusat servis Proton seperti disenaraikan dalam jadual. Orang kata, pergi servis, tepuk punggung dan balik. Keseluruhannya, anda dapat jimat hingga RM2,453!


KESIMPULAN

Paling penting, saya berharap perkhidmatan selepas jualan (after sales) Proton juga dapat dipertingkatkan. Tidak guna kereta bagus tetapi after sales kekal macam cara lama. Ia harus seiring dan saya yakin Proton sedang melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Syabas Proton!!!

GALERI
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
Pandu uji pandu uji proton persona 2016 persona 2016 Proton Proton Persona 2016 Roda4 sedan segmen-B Segmen B segmen-B Proton
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026

    1 Comment

    1. Duan on 23/09/2016 09:41

      Harap dapatkan senaraikan pula kekurangan yang ada (Jika ada)…
      Ada positif..ada negatif..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.