• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

PANDU UJI: Lexus IS 200t F Sport (2015)

January 6, 2016 By Admin Leave a Comment

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_01

RAMAI di antara rakan media memuji jentera ini dan menganggap ia adalah salah satu moden sedan mewah terbaik di dalam kelasnya. Baik dari segi rekaan sehinggalah prestasi, semuanya memberi respon yang baik.

Perasaan saya pula terbuak-buak dibuatnya dan mahu cepat merasai kehebatan seperti diuar-uarkan rakan media lain.

Lantas itu, saya cuba dapatkan masa dan tarikh untuk sesi pandu uji. Tanpa perlu menunggu lama, saya diberikan Lexus IS 200t F Sport dan inilah model hebat yang dimaksudkan rakan media lain.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_02

Untuk makluman, pengenalan varian IS 200t adalah bagi menggantikan IS 250. Bukan saja rekaan, ia juga menerima penambahbaikan dari aspek prestasi menerusi penggunaan enjin 2.0L turbocharged bersama kotak gear automatik Sport Direct Shift 8-kelajuan.

Sebelum bercerita lebih lanjut pengalaman sepanjang mengemudi jentera ini, ada baiknya saya perkenalkan serba sedikit profilnya.

Selain IS 200t F Sport, ia juga memiliki tiga lagi ahli keluarga lain yang terdiri daripada varian 200t Premium, 200t Luxury dan IS 300h.

HARGA LEXUS IS:

  • Lexus IS 200t Premium - RM298,000
  • Lexus IS 200t Luxury - RM350,000
  • Lexus IS 200t F SPORT - RM385,000
  • Lexus IS 300h - RM452,000

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_08

Melihat pada harga ditawarkan, mungkin ramai beranggapan ia sedikit mahal berbanding modek pesaingnya yang lain.

Ya, ia tidak dapat dinafikan. Yang pasti, Kehadiran Lexus IS 200t F Sport mampu memberi saingan sengit kepada model sedan mewah sedia ada seperti Mercedes-Benz C-Class, BMW 3-Series dan Audi A4. Saya pasti anda akan mendapat jawapan sebaik memandu jentera ini.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_12PRESTASI LEXUS IS:

Bagi unit pandu uji iaitu IS 200t F Sport, ia dijana unit enjin 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 241hp pada 5,800rpm dan tork 350Nm (1,650 - 4,400rpm).

Ia juga memiliki lebihan kuasa sebanyak 17.5 peratus dan 38.8 peratus tork berbanding enjin yang ada pada varian IS 250.

Bagi penghantaran kuasa lebih lancar, ia didatangkan dengan kotak gear Sport Direct Shift (SPDS) 8-kelajuan berbanding IS 250 terdahulu yang hanya dipadankan transmisi 6-kelajuan.

Pecutan dari sifar hingga 100kmj mampu dibuat sepantas 7 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_03

PENAMBAHBAIKAN:

Berbanding IS 250 terdahulu, model terbaharu ini menerima beberapa penambahbaikan dari aspek rekaan dan ciri teknologi. Antaranya kehadiran 10 beg udara SRS (sebelum ini ada 8), Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_25LUARAN LEXUS IS:

Lihat saja keseluruhan tubuh badannya sudah mampu membuatkan anda mengiur.

Baik dari pandangan hadapan hingga belakang, ia berjaya membuatkan sesiapa saja terpukau melihatnya. Keseluruhan rekabentuk melahirkan gambaran dinamik yang agresif tanpa mengenepikan kemewahan.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_29    Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_27

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_04    Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_09

PENGALAMAN PEMANDUAN:

Sejujurnya, saya bersetuju dengan pandangan daripada beberapa rakan media lain yang memuji jentera ini. Tindak balas enjin cukup responsif dan bertindak seperti mana dimahukan oleh si pemandu.

Saat mengambil selekoh pula, ia cukup meyakinkan biarpun dalam memandu dalam kelajuan yang agak tinggi.

Sepanjang bersama jentera ini, saya berasa teruja dan seronok serta sering mencuri tumpuan orang ramai. Kedapan angin pula agak senyap.

Lexus_IS_200t_F_Sport_Pandulajudotcom_30

Agak susah sebenarnya untuk mencari kelemahan sedan premium ini. Sepanjang mengemudi saya cuba mencari kelemahannya, namun boleh dikatakan hampir 'Perfect'.

Cuma terasa sedikit 'lembap' saat menukar gear dengan mengguna mod Eco. Walau bagaimana, ia tidak menjadi penghalang buat saya kerana mempunyai pilihan lain seperti penggunaan mod Sport dan Sport +. Tetapi, minyak 'minum' lebih banyak berbanding biasa.

Secara peribadi jika mempunyai kemampuan, mungkin jentera ini akan menjadi antara yang termasuk dalam senarai saya. kalau tak percaya, anda boleh pandu uji dahulu!!!

SPESIFIKASI

LEXUS IS200t F SPORT

ENJIN 2.0L Twin-Scroll Turbocharger
TRANSMISI Automatik 8-kelajuan Sport Direct Shift
KUASA MAKSIMUM [email protected],800rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],650-4,400rpm
0-100KMJ 7 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 230kmj
HARGA RM384,900 (tidak termasuk insurans)

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Audi A4, BMW 3-Series, Lexus IS 200t F Sport, Lexus Malaysia, Mercedes-Benz C-Class, Pandu uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my