Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz C-Class Electric 2027, Reka Depan Unik, Jarak Sehingga 762 km!
Auto Terkini

Mercedes-Benz C-Class Electric 2027, Reka Depan Unik, Jarak Sehingga 762 km!

Abang HirataBy Abang Hirata21/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz secara rasmi memperkenalkan C-Class Electric serba baharu (2027) pada 20 April, 2026.

Pasaran akan dimulakan dengan model C 400 4MATIC yang menawarkan jarak gerak sehingga 762 km (WLTP), sebelum varian pacuan roda belakang (RWD) serta model berprestasi tinggi Mercedes-AMG menyusul kemudian.

C-Class elektrik baharu bukan sekadar kesinambungan siri paling laris, malah menetapkan aras baharu sebagai jentera yang paling lincah dan berprestasi dalam sejarah siri ini.

Rekaan dan Keunggulan Aerodinamik

C-Class elektrik menampilkan gayaan menyerupai sebuah coupé dengan bahagian hadapan yang rendah serta bahagian belakang GT yang atletik. Setiap perincian luaran direka bukan sekadar untuk estetika, malah untuk kecekapan aliran udara yang ekstrem.

  • Jentera ini mempunyai ukuran panjang 4,883 mm, lebar 1,892 mm, dan ketinggian 1,503 mm.
  • Kecekapan aerodinamik mencatatkan pekali seretan bermula daripada 0.22. Dalam aspek ini, setiap pengurangan 0.01 dalam nilai pekali seret mampu meningkatkan jarak gerak sehingga 2.5 peratus untuk perjalanan jauh.
  • Bahagian hadapan menampilkan iconic grille dengan 1,050 titik bercahaya yang akan memaparkan animasi cahaya apabila kereta dibuka, dikunci atau sedang dicas.
  • Jarak roda berukuran 2,962 mm iaitu 97 mm lebih panjang berbanding model ICE, memberikan 12 mm lebih ruang kaki di hadapan serta ruang kepala tambahan sebanyak 22 mm di hadapan dan 11 mm di belakang.
  • Menggunakan hendal pintu jenis rata (flush) yang keluar secara automatik melalui fungsi KEYLESS-GO dengan HANDS-FREE ACCESS. Rim pula ditawarkan dalam saiz 18 hingga 20 inci yang dioptimumkan secara aerodinamik.

Ruang Dalaman Peribadi yang Mewah

Kabin C-Class elektrik direka untuk memberikan pengalaman deria yang holistik. Sebaik pintu dibuka, turutan animasi cahaya pada gril dan lampu belakang akan bermula seiring dengan bunyi aura yang dimainkan secara serentak.

  • Mercedes-Benz merupakan pengeluar pertama yang menawarkan ruang dalaman yang disahkan vegan sepenuhnya oleh The Vegan Society, merangkumi semua permukaan sentuhan lembut daripada tempat duduk sehingga ke permaidani.
  • Bumbung panoramik SKY CONTROL pilihan mempunyai 162 bintang bercahaya yang mengikut warna lampu ambien. Kaca ini boleh bertukar daripada lutsinar kepada legap (opaque) melalui sembilan segmen kawalan berasingan.
  • Kerusi sport kulit Nappa dengan rekaan Twisted Diamond dilengkapi sokongan lumbar, urutan, pengudaraan dan bunyi 4D. Sistem bunyi Burmester 4D Surround Sound menggunakan penggetar pada penyandar kerusi untuk membolehkan muzik dirasai secara fizikal.
  • Corong udara menampilkan jejari bersepadu (integrated louvres) yang bertukar warna untuk menunjukkan pelarasan suhu, memberikan maklum balas visual yang intuitif.
  • Program ENERGIZING COMFORT menyediakan mod pemulihan fizikal dan mental seperti Fresh Breeze, Warm & Cozy, serta program Power Nap selama 15 minit.

Revolusi Digital Melalui MB.OS, ChatGPT-4o

Sistem operasi Mercedes-Benz Operating System (MB.OS) bertindak sebagai superkomputer yang menghubungkan semua domain kenderaan. Ciri utama adalah MBUX Hyperscreen bersaiz 39.1 inci dengan teknologi matrix backlight yang mempunyai lebih 1,000 LED individu.

  • MBUX generasi keempat menggabungkan kecerdasan buatan (AI) daripada ChatGPT-4o, Microsoft Bing dan Google Gemini. MBUX Virtual Assistant boleh melakukan perbualan kompleks dan mempunyai memori jangka pendek.
  • Navigasi berasaskan Google Maps mengintegrasikan Google Cloud Automotive AI Agent untuk perancangan laluan dinamik yang mengambil kira faktor tenaga, angin, dan konteks semasa.
  • Paparan augmented reality head-up bersaiz 18 inci memaparkan maklumat tiga dimensi yang seolah-olah terapung pada jarak tiga meter.
  • Mercedes pay+ membolehkan pembayaran biometrik (seperti parkir atau cas) melalui kamera dalaman tanpa memerlukan peranti mudah alih atau PIN.

Trenkuasa dan Prestasi pengecasan

Model C 400 4MATIC menggunakan motor segerak magnet kekal (PSM/PSM) pada kedua-dua gandar. Ia menawarkan kecekapan bateri-ke-roda sebanyak 93 peratus untuk perjalanan jauh.

  • Motor elektrik menghasilkan kuasa puncak 360 kW (489 ps) dengan tork puncak mencecah 800 Nm.
  • Pecutan 0-100 km/j dapat dicapai dalam masa 4.0 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j.
  • Teknologi 800-volt membolehkan pengecasan pantas DC sehingga 330 kW. Dalam masa 10 minit pengecasan, jarak gerak sehingga 325 km dapat ditambah.
  • Masa pengecasan DC daripada 10% ke 80% hanya mengambil masa 22 minit. Untuk pengecasan AC, ia menyokong kuasa 11 kW sebagai standard dan 22 kW sebagai pilihan.
  • Sistem brek one-box membolehkan kuasa rekuperasi sehingga 300 kW. Ia membolehkan kereta berhenti sepenuhnya secara elektrik melalui fungsi pemanduan satu pedal (one-pedal driving), di mana motor elektrik bertindak memperlahankan jentera sehingga pegun tanpa perlu bergantung kepada brek fizikal.

Dinamika Pemanduan dan Keselamatan

Pakej Agility and Comfort menggabungkan suspensi udara AIRMATIC dengan pembelokan gandar belakang (rear-axle steering) sehingga 4.5 darjah.

  • AIRMATIC menggunakan data Google Maps untuk mengekalkan kedudukan kereta serendah mungkin di lebuh raya bagi tujuan aerodinamik.
  • Sistem redaman ramalan (predictive damping) menggunakan maklumat Car-to-X untuk melaraskan suspensi secara elektrik sebelum melintasi bonggol laju.
  • Keselamatan pasif merangkumi sehingga 11 beg udara, termasuk beg udara tengah hadapan (front centre airbag) dan beg udara lutut penumpang.
  • Jentera ini mempunyai berat tanpa muatan (kerb weight) seberat 2,460 kg dengan kapasiti muatan seberat 505 kg.

Ciri teknikal Mercedes-Benz C 400 4MATIC Electric 2027

  • Trenkuasa: dua motor elektrik (PSM/PSM), 4×4 (AWD)
  • Kuasa maksimum: 360 kW (489 ps)
  • Tork maksimum: 800 Nm
  • Pecutan 0-100 km/j: 4.0 saat
  • Kelajuan maksimum: 210 km/j
  • Jenis bateri: Litium-ion 94 kWj
  • Jarak gerak elektrik (WLTP): 592 – 762 km
  • Kapasiti pengecasan DC maksimum: 330 kW
  • Kapasiti pengecasan AC (standard/pilihan): 11 / 22 kW
  • Masa pengecasan DC (10%-80%): 22 minit
  • Kuasa rekuperasi maksimum: sehingga 300 kW
  • Dimensi (P/L/T): 4,883 / 1,892 / 1,503 mm
  • Jarak roda: 2,962 mm
  • Kapasiti but: 470 liter
  • Kapasiti but hadapan (frunk): 101 liter
  • Radius pusingan: 12.10 meter
  • Berat tanpa muatan (kerb): 2,460 kg
  • Penggunaan tenaga gabungan: 18.5 – 14.1 kWj/100 km
Mercedes-benz Mercedes-Benz C-Class Mercedes-Benz C-Class Electric
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    20/04/2026
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

    20/04/2026
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

    20/04/2026
    Auto Terkini

    Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Baharu di Miri

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.