Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#NYIAS2026: Hyundai Boulder Concept 2026 Mahu Lawan Ford Bronco?
Roda4

#NYIAS2026: Hyundai Boulder Concept 2026 Mahu Lawan Ford Bronco?

Abang HirataBy Abang Hirata13/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai Boulder Concept 2026

PASARAN automotif kini menyaksikan kebangkitan semula trend kenderaan utiliti sukan (SUV) berkotak dengan gaya lasak yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Rekabentuk yang menonjolkan imej utilitarian itu dipopularkan kembali jenama automotif dari China seperti BYD, GWM, Haval, Chery dan iCar.

Hyundai Boulder Concept 2026

Gaya sebegitu sebenarnya mengulangi trend klasik yang pernah dibawa model ikonik dari Britain, Amerika, dan Jepun.

Terbaharu, Hyundai mempemarkan SUV konsep Hyundai Boulder Concept 2026 di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2026 sebagai model yang menggariskan hala tuju baharu jenama itu dalam segmen kenderaan lasak.

Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026

Berada di Amerika Syarikat (AS) dan berdasarkan gaya dibawa, Boulder Concept seperti mahu menyaingi Ford Bronco dan Jeep Wrangler.

Hyundai Boulder Concept 2026 – Pratonton SUV Menjelang 2030

Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026

Hyundai Boulder Concept 2026 membuat debut global di NYIAS 2026 pada 1 April 2026.

Walaupun tampil dalam gaya jip penumpang, Boulder Concept sebenarnya kajian rekabentuk dalam bentuk SUV yang berfungsi sebagai pratonton awal kepada seni bina badan-atas-frem (body-on-frame) pertama Hyundai untuk pasaran AS.

Platform baharu itu disahkan bakal menjadi asas kepada pengeluaran trak pikap saiz sederhana yang dijangka tiba di pasaran menjelang 2030.

Hyundai Crater Concept
Hyundai Crater Concept

Langkah itu menandakan penyertaan Hyundai dalam segmen yang belum pernah diceburi sebelum ini. Trak pikap Hyundai Santa Cruz di pasaran sekarang menggunakan binaan badan tunggal (uni-body).

Struktur frem tanggan (ladder-frame) pada model konsep itu sememangnya menjadi pilihan utama pengguna di AS yang mementingkan keupayaan off-road yang serius dan kemampuan tunda serta muatan tinggi.

Sebelum tampil dengan Boulder, Hyundai terlebih dahulu mempamerkan Crater Concept di Los Angeles pada 2025 (foto atas).

Falsafah Rekabentuk ‘Art of Steel’

Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026

 

Penampilan luar Hyundai Boulder Concept 2026 menterjemahkan falsafah rekabentuk ‘Art of Steel’ yang diilhamkan daripada teknologi keluli canggih Hyundai Steel.

Bahasa rekabentuk itu menukarkan kekuatan keluli kepada bentuk arca yang berfungsi dengan lengkok badan lancar dan garisan tepat.

Hyundai Boulder Concept 2026

Keseluruhan badan SUV itu disaluti kemasan warna Liquid Titanium (perak). Rekabentuk luarann menampilkan siluet jenis dua kotak tegak dengan struktur bumbung dan tingkap tinggi.

Itu bukan saja memberikan jarak penglihatan cemerlang, tetapi menyerlahkan badan kenderaan yang lebih dominan atas jalan.

Antara ciri unik ditampilkan ialah tingkap atas gaya safari jenis tetap untuk pencahayaan kabin lebih baik dan pintu gaya coach yang memudahkan penumpang keluar masuk serta memuatkan barang pada barisan pertama dan kedua tempat duduk.

Keupayaan Off-Road, Utiliti Luaran

Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026

Hyundai Boulder Concept 2026 dibina untuk pengembaraan ekstrem menerusi jarak tinggi bumi tinggi, dengan tayar lumpur (mud-terrain) 37 inci (37 x 12.50R 18LT), membabitkan tayar ganti saiz penuh yang dipasang pada pintu but belakang.

Rekabentuk itu turut memberikan sudut depan, sudut belakang dan lepasan tengah agresif bagi meningkatkan kelincahan ketika meredah laluan off-road.

Jika terdapat aliran air atau sungai kecil yang menghalang laluan, ciri kedalaman mengharung air tinggi membolehkan Boulder terus bergerak dengan selamat.

Ketika malam, elemen seperti cangkuk tunda dan hendal pintu dengan material reflektor cahaya memudahkan pengecaman dari jauh. Bahagian bumbung pula dipasang rak profil rendah untuk kargo tambahan.

Ciri paling versatil bahagian belakang ialah pintu belakang dua sisi dengan engsel kembar boleh buka dari pelbagai arah.

Selain itu, tingkap belakang kuasa pada pintu belakang boleh diturunkan untuk membawa barangan panjang selain memberikan aliran ventilasi ketika kenderaan sedang bergerak.

Ruang Dalaman, Teknologi Lapangan

Bahagian dalaman menggunakan bahan tahan lasak untuk kawasan yang sering disentuh seperti pemaut dan bahagian yang mempunyai kadar haus tinggi.

Tumpuan diberikan kepada aspek ergonomik, yang mana kawalan utama menggunakan tombol dan butang fizikal mudah capai walaupun ketika memandu atas permukaan jalan tidak rata.

Kabin juga bersifat boleh laras bagi menyokong pelbagai aktiviti dengan meja lipat unik untuk kegunaan menjamu selera atau sebagai ruang kerja ketika di lapangan.


Bagi membantu pemandu ketika aktiviti lasak, sistem panduan off-road masa nyata berasaskan perisian turut disediakan yang berfungsi sebagai pembantu digital (digitals potter).

Hyundai Boulder Concept 2026 juga direka sebagai kanvas kosong bagi memudahkan penambahan pelbagai aksesori mengikut cita rasa pemilik.

Strategi Pembangunan, Pengeluaran

Pihak pengurusan tertinggi Hyundai mengesahkan projek body-on-frame itu adalah sebahagian rancangan besar memperkenalkan 36 model baharu di Amerika Utara menjelang 2030.

Pengeluar dari Korea itu turut menetapkan garis panduan ketat bagi memastikan model itu memenuhi keperluan khusus pasaran tersebut.


Trak pikap saiz sederhana yang bakal menyusul daripada model konsep itu akan direka pasukan Hyundai Design North America (HDNA) di AS yang berpangkalan di California Selatan.

Model itu akan dibangunkan dan dibina menggunakan keluli AS yang dihasilkan sendiri Hyundai untuk ketahanan dan kualiti selari jangkaan pelanggan tempatan.

Ringkasan, Spesifikasi Hyundai Boulder Concept 2026

  • Jenis: SUV konsep dan pratonton trak pikap saiz sederhana
  • Struktur: Rekabentuk kotak sepenuhnya, body-on-frame, frem tangga
  • Bahasa Rekabentuk: Art of Steel
  • Tayar: 37×12.50R18 LT mud-terrain 37 inci
  • Saiz Rim: 18 inci
  • Ciri Pintu: Jenis coach dan pintu belakang dua sisi dengan engsel kembar
  • Warna Luaran: Liquid Titanium (perak)
  • Ciri Luaran: Rak bumbung keluli, tingkap safari, dan tingkap belakang kuasa
  • Ciri Keselamatan Luaran: Bahan reflektor cahaya pada cangkuk tunda dan hendal pintu
  • Teknologi: Sistem panduan off-road masa nyata (digital spotter)
  • Sasaran Pengeluaran: Menjelang 2030
  • Asal Pembangunan: Direka, dibangunkan dan dibina di AS menggunakan keluli Hyundai USA
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
Hyundai Boulder Concept 2026
hyundai Hyundai Boulder Hyundai Boulder Concept Hyundai Boulder Concept 2026 Hyundai Crater Concept Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) NYIAS 2026 Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2026 Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.