Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan X-Trail Facelift Buka Tempahan Serendah RM139k, Ada Tambahan Varian Hybrid
Roda4

Nissan X-Trail Facelift Buka Tempahan Serendah RM139k, Ada Tambahan Varian Hybrid

Han OthmanBy Han Othman08/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) membuka tempahan untuk Nissan X-Trail facelift baharu yang akan dilancarkan April ini. Selain tiga varian enjin konvensional, model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini turut didatangkan dengan varian baharu berenjin hibrid.

X-Trail 2.0L Hybrid dijana enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid Twin CVTC yang dipadankan transmisi XTRONIC CVT berkuasa 142hp dan tork 200Nm dengan kuasa motor elektrik 39hp dan tork 160Nm. Menurut Nissan, varian hibrid ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelas, iaitu 16.1km per liter (berdasarkan mod ujian ECE R101).

BACA >>> #PanduUji: Nissan X-Trail Generasi Ke-3 Ada Umphh!!!

4 PILIHAN VARIAN

Nissan X-Trail 2.0L Hybrid

Selain varian 2.0L Hybrid baharu, varian lain ditawarkan X-Trail facelift baharu terdiri daripada:

  • 2.5L 4WD
  • 2.0L 2WD MID
  • 2.0L 2WD
Ciri Bantuan Pemandu – Nissan Intelligent Mobility

Semua varian mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), dan turut dilengkapi teknologi keselamatan terkini, Nissan Intelligent Mobility untuk pemanduan pintar, khas buat tiga varian: 2.0 Hybrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID. Pakej keselamatan diterima pembeli ialah seperti berikut:

• Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) *
• Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB) *
• Kawalan Jelajah Pintar (ICC) *
• Bantuan Suluh Tinggi (HBA) *
• Amaran Tukar Lorong (LDW)
• Amaran Titik Buta (BSW)
• Monitor Pandang Keliling Pintar (I-AVM) dengan Pengesan Objek Bergerak (I-MOD)
• Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
• Pintu but elektrik buka sendiri – Motion Activated Power Tailgate (boleh buka-tutup dengan pergerakan mudah bawah pintu but)

* Untuk 2.5L 4WD dan 2.0L Hybrid sahaja

REKABENTUK SIGNATUR BAHARU NISSAN

Gril V-Motion dan Lampu Boomerang
Warna Baharu – Imperial Umber
Motion Activated Power Tailgate

X-Trail facelift menampilkan rekabentuk lebih segar bersama ciri berteknologi tinggi seperti gril signatur baharu Nissan – ‘V-Motion’, motif Boomerang untuk rekaan lampu utama, lampu siang (DRL) LED, dan lampu belakang LED digelapkan @ smoked, sistem infotainment Navi 7 inci dengan ciri Apple Carplay™ dan Android Auto, roda stereng bawah rata dengan punat kawalan, kerusi kulit dwi kuasa, dan kemasan kulit buatan @ leatherette pada papan pemuka dan pad lutut, dan panel meter Paparan Bantu-Pandu Termaju (ADAD) 5-inci.

BACA >>> Nissan X-Trail 4Dogs – SUV Konsep yang Mesra-Anjing

X-Trail facelift kini dilengkapkan 6 beg udara SRS (standard 3 varian), termasuk ciri keselamatan lain seperti:

  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan ciri Auto Hold
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek  (BA) dan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kerusi kanak-kanak ISOFIX dengan pautan Top Tether.

WARNA DAN HARGA

Ada 5 pilihan warna ditawarkan: Brilliant White (putih), Tungsten Silver (perak), Titanium Olive (hijau), Diamond Black (hitam) dan Imperial Umber (coklat – warna baharu).

Anggaran harga ialah seperti berikut:

  • X-TRAIL 2.0L HYBRID – bawah RM169,900 (tanpa insurans)
  • X-TRAIL 2.5L 4WD – bawah RM159,900 (tanpa insuran)
  • X-TRAIL 2.0L 2WD MID – bawah RM149,900 (tanpa insuran)
  • X-TRAIL 2.0L 2WD – bawah RM139,900 (tanpa insuran)

* Semua varian diberikan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had (termasuk alat ganti hibrid dan bateri litium-ion HEV)

Sempena pra-pelancaran, bakal pemilik X-Trail Facelift baharu bakal mendapat tawaran servis penyenggaraan berkala 2 tahun atau 40,000km (mana satu tiba dahulu). Malah, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488. Proses penghantaran dijadualkan bermula April ini.

ACARA PRATONTON DI KARNIVAL PANDU UJI NISSAN

Anda dijemput hadir ke acara pratonton eksklusif X-Trail facelift baharu di Karnival Pandu Uji Nissan yang akan berlangsung sepanjang Mac ini di bilik pameran Nissan terpilih seluruh negara. Jadi datanglah pandu uji dan rasai sendiri pengalaman memandu X-Trail facelift baharu.

Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran menarik dan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga sepanjang tempoh karnival berlangsung. Berikut maklumat tarikh dan lokasi acara pratonton eksklusif X-Trail facelift di Karnival Pandu Uji Nissan:

  • 9-10 Mac – ETCM Glenmarie, ETCM Butterworth, ETCM Kuantan, ETCM Johor Jaya
  • 16-17 Mac – ETCM Petaling Jaya, ETCM Southgate, ETCM Bayan Lepas, ETCM Ipoh, ETCM Kota Bahru (15 dan 16 Mac), Seremban Victory Credit Sdn Bhd (pengedar)
  • 23-24 Mac – ETCM Raja Laut, ETCM Alor Setar (22-24 Mac), ETCM Sitiawan, ETCM Kuala Terengganu (22 dan 23 Mac), Melaka

Jika mahu menyaksikan X-Trail facelift baharu lebih dekat, silalah datang ke siri jelajah Nissan dan pameran sorot (island display) di seluruh negara bermula 7 Mac ini. Sebarang perincian lanjut boleh layari laman web: www.nissan.com.my/new-xtrail atau nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian, 1800-88-3838.

* Tertakluk terma dan syarat

GALERI
Motion Activated Power Tailgate
Nissan X-Trail 2.0L Hybrid
Warna Baharu – Imperial Umber
Gril V-Motion dan Lampu Boomerang
Nissan X-Trail 2019 Facelift
Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Gril V-Motion Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan X-Trail Facelift (2019) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.