Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Netizen Filipina Pertikai Pam Minyak Khas Penunggang Motosikal
Auto Terkini

Netizen Filipina Pertikai Pam Minyak Khas Penunggang Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIRMA peruncitan petroleum terbesar Filipina, Petron baru-baru ini mula menyediakan kemudahan pam petrol yang dikhaskan untuk penunggang motosikal di beberapa stesen minyak terpilih.

Petron Corporation, yang juga anak syarikat San Miguel Corporation (SMC), mengesahkan mahu meluaskan tawaran pam minyak berasingan itu di lebih banyak stesen Petron pada masa akan datang.

BACA >>> Pesara Sedekah Minyak Petrol Percuma Kepada 1,000 Penunggang Motosikal
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Petrol Oktana Tinggi Buat Enjin Lebih ‘Power’?

UNTUK TUJUAN KESELAMATAN

Menurut Petron, pengasingan pam minyak itu bertujuan meningkatkan aspek keselamatan penunggang motosikal ketika mengisi petrol. Namun, netizen membidas langkah tersebut yang dianggap berunsurkan diskriminasi.

Berikut kenyataan Petron;

Bagi kesenangan dan menambah baik aspek keselamatan pelanggan bermotosikal, kini ada laluan khas disediakan di stesen minyak Petron terpilih. Langkah sama akan dilaksanakan di lebih banyak stesen Petron akan datang!”

Sebaliknya, netizen mendakwa ramai pengguna motosikal terpaksa beratur panjang untuk mengisi petrol di pam khas itu walaupun pam sedia ada untuk kenderaan empat roda tidak digunakan. Berikut komen netizen Filipina:

Walaupun tiada kereta isi minyak, pasti ada satu barisan panjang penunggang motosikal menunggu giliran di pam minyak khas untuk motosikal dan mereka dilarang menggunakan pam lain (untuk kereta) yang kosong.

“Biasanya, perkara seperti itu akan mengundang pertikaman lidah antara penunggang motosikal dan atendan pam (yang hanya patuh kepada polisi syarikat).”

Netizen lain juga mempersoalkan aspek keselamatan dipertingkat yang dimaksudkan Petron. Apakah bezanya senario mengisi petrol menggunakan pam lain yang disediakan untuk pemandu kereta? Malah, ada yang berkira-kira mahu memboikot dengan beralih kepada stesen minyak pesaing kerana enggan menerima polisi terbaharu Petron.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Anda Kena Tukar Penapis Minyak
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Terus Cuci Motor Ketika Enjin Masih Panas?

SUMBER: Motopinas

Auto Terkini Netizen pam minyak Pam minyak motosikal Petron Petron Filipina San Miguel Corporation (SMC)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.