Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
Autotainment

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

Han OthmanBy Han Othman17/03/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDANGKAN pengumuman harga minyak masa kini dibuat setiap minggu sekali, ada baiknya kita mula mengubah gaya mengisi minyak dengan cara lama kepada cara baru, iaitu mengikut liter dan bukan ringgit lagi.

Kenapa? Sudah tentu untuk mendapatkan nilai dan isian minyak yang lebih tepat tanpa sebarang ‘campur tangan’ mekanisme bundaran (rounding). Ini kerana pengumuman kadar minyak baru ini akan menyaksikan penambahan atau pengurangan harga dalam jumlah sen yang lebih kecil.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

PEDULIKAN WANG BELANJA ANDA

Kita ambil harga siling petrol RON95, RM2.08. Kalau kita isi minyak ikut cara lama, misalnya RM10, jumlah liter yang diisi ialah 4.807 liter, dan jika dibundarkan, jumlah liter mungkin jadi 4.81 liter, atau kekal 4.807 liter (ikut tetapan pam setiap stesen).

Kami pun tidak tahu bagaimana​ sistem pam berfungsi dengan isian 4.81 liter. Adakah tepat atau ada ralat? Ataupun ada lebihan 7-8 titis petrol untuk sukatan ml (mililiter)? Jadi, cadangan kami kepada pembaca, kita harus peka dengan setiap nilai wang yang dibelanjakan dan mesti mula mengubah cara mengisi minyak sekarang!

BACA >>> Kerajaan Kurangkan Harga Siling Petrol RON95, Tidak Akan Lebih RM2.08 Seliter

ISI IKUT LITER

Di bawah ini kami senaraikan jumlah isian minyak mengikut liter dengan berpandukan harga siling petrol RON95, RM2.08:

  • 5 liter = RM10.40
  • 10 liter = RM20.80
  • 15 liter = RM31.20
  • 20 liter = RM41.60
  • 25 liter = RM52
  • 30 liter = RM62.40
  • 35 liter = RM72.80
  • 40 liter = RM83.20
  • 45 liter = RM93.60
  • 50 liter = RM104
  • 55 liter = RM114.40
  • 60 liter = RM124.80

INGAT KAPASITI TANGKI MINYAK!

Anda perlu tahu kapasiti tangki minyak terlebih dahulu sebelum mengisi. Boleh buat anggaran mengikut bar atau indikator minyak di panel meter. Ini kerana anda perlu ambil kira juga minyak simpanan dalam tangki.

Kalau tangki minyak kereta anda 40 liter, itu bukanlah bermakna anda perlu isi penuh sebanyak itu apabila lampu minyak berkelip, melainkan kereta anda betul-betul habis minyak dan tersadai tepi jalan. Jumlah isian penuh sebenar mungkin dalam 30-33 liter sahaja.

BACA >>> #ApaNakBuat: Berapa Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip?

ISI SAJA IKUT LITER YANG DISUKAI


Apa, malas? Tak mahu buat kira-kira setiap minggu. Oklah sekarang, apa kata isi saja ikut berapa liter anda suka. Misalnya, beritahu kaunter anda mahu isi 4 liter, dan anda kena bayar RM8.32 (RM2.08*4 liter). Apabila dibundarkan jadi RM8.30. Hah, kan dah jimat 4 sen. 😛

Pastikan nilai isian di bawah 5 sen kerana kalau lebih, misalnya 6 sen, faedah lebih kepada tuan stesen. Contohnya, kalau RM8.66 sen, bayaran akan digenapkan jadi RM8.70. Fahamkan?

BACA >>> #ApaNakBuat: Motosikal Anda Jimat atau Kuat Makan Minyak? Buat 6 Tip Ini!

Ya, anda tetap perlu buat kira-kira. Apapun, jangan malas! Minyak naik 3 sen pun mengamuk sakan, takkanlah tak mahu ambil peduli langsung setiap sen yang kena keluar? Isilah dengan tenang dan jangan stres! 😀

autotainment cara isi minyak isi minyak ikut liter
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.