• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

#ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

November 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELANA motosikal biasanya dilapisi pelapik kulit untuk memberikan keselesaan kepada penunggang dan pemboncang. Material pelapik kulit yang digunakan itu pula ada pelbagai jenis, sama ada kulit sintetik, kulit lembu dan kulit bebiri.

Antara tiga jenis material itu, kulit sintetik paling banyak digunakan pengeluar kerana kos lebih murah. Namun, material jenis ini jugalah paling mudah rosak. Biasanya ia hanya mampu bertahan lebih kurang empat tahun mengikut cara penggunaan pemilik.

BACA >>> Honda Patenkan Sistem Kawalan Suhu Pelana Motosikal

CARA RAWAT KULIT SINTETIK

cuci kerusi motor_2
cuci kerusi motor_1

Penjagaan kulit sintetik tidak sukar, cukup hanya menggunakan lilin (wax)  khas yang banyak dijual di pasaran. Boleh beli di kedai aksesori kenderaan atau kedai kasut. Anda hanya perlu sapukan lilin tersebut 1-2 bulan sekali. Lilin digunakan itu akan bertindak sebagai lapisan pelindung supaya kulit sintetik tidak mudah kering.

Apabila kering, material akan mudah pecah, merekah, retak dan menggelupas. Jadi, bahan lilin inilah yang akan mengekalkan kelembapan kulit sintetik.

Tahukah anda, bukan kulit asli saja, kulit sintetik pun perlu dilembapkan supaya kandungan bahan poliretana (polyrethane) tidak kering. Sebagai makluman,  poliretana adalah sejenis getah atau polimer yang biasa dipakai untuk menghasilkan kulit sintetik.

Selain itu, kulit asli juga perlu dirawat dan disapu dengan lilin khas supaya keadaannya kekal terjaga. Paling penting, gunakan jenis lilin yang betul.

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: apanakbuat, kerusi motor, Lilin Kulit Sintetik, Pelana Motosikal, Pelana Rata, poliretana, polyrethane, tip motosikal, Tip Penjagaan Motosikal, Wax, Wax Kulit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my