Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#FaktaAtauAuta: Betul Ke Petrol Oktana Tinggi Buat Enjin Lebih ‘Power’?
Auto Terkini

#FaktaAtauAuta: Betul Ke Petrol Oktana Tinggi Buat Enjin Lebih ‘Power’?

WahidBy Wahid26/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISTILAH ‘oktana tinggi’ sering digunakan untuk memerihalkan sesuatu yang bertenaga dan bukan saja dalam industri permotoran, tetapi juga sukan. Istilah ini turut memberikan banyak salah tanggapan dalam kalangan pengguna.

Antaranya, ramai pengguna menganggap petrol oktana lebih tinggi mempunyai kuasa lebih tinggi berbanding petrol oktana lebih rendah. Tetapi faktanya bukan semudah itu.

Justeru bagi memahami istilah oktana, kita harus fahami makna ‘nisbah mampatan’ enjin pembakaran dalaman terlebih dahulu.

BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

MAKSUD NISBAH MAMPATAN?

Nisbah mampatan enjin sering dipaparkan dalam lembaran spesifikasi sesebuah kenderaan yang merujuk berapa banyak isipadu sesebuah silinder dimampatkan.

Pengiraannya, membahagikan isipadu silinder apabila piston berada paling bawah (botton dead centre, BDC) dengan isipadu silinder apabila piston berada paling atas (top dead centre, TDC). Hasilnya ialah nisbah 10:1 atau 11:1 dan sebagainya.

Apabila piston bergerak ke atas ketika lejang mampatan, ia memampatkan campuran bahan api dan udara ke dalam ruang yang semakin kecil. Tindakan ini menghasilkan tekanan antara 32-50 bar (3,200kPa hingga 5,000kPa). Pada masa sama, suhu campuran bahan api dan udara itu akan meningkat hingga 600oC.

Nisbah mampatan tinggi sesuatu yang baik kerana membolehkan bahan api dibakar lebih cepat. Pembakaran cepat ini pula lebih efisien kerana dapat memaksa piston ke bawah silinder dengan tekanan kuat.

Sebaliknya, pembakaran dikira tidak efisien apabila bahan api dibakar lambat kerana piston sudah mula turun ke bawah silinder. Inilah sebab enjin motosikal prestasi tinggi seperti superbike dan jentera lumba menggunakan nisbah mampatan sangat tinggi (14:1 dan ke atas).

PRA-PENCUCUHAN (PRE-IGNITION)

Pembuat enjin mendapati bunyi ketukan kuat mula terhasil apabila nisbah mampatan enjin ditinggikan. Malah, bahagian atas piston didapati mencair atau berlubang.

Bunyi ketukan itu disebabkan fenomena dipanggil pra-pencucuhan (pre-ignition), atau lebih dikenali sebagai ‘knocking’ (ketukan). Ketukan terhasil apabila campuran bahan api terbakar sebelum palam pencucuh menghasilkan api. Ini disebabkan tekanan dan haba tinggi apabila bahan api dimampatkan.

Jurutera enjin juga mendapati petrol oktana tinggi dapat mencegah ketukan, tetapi cara menghasilkan petrol oktana tinggi pula agak rumit. Segalanya perlu ditunggu hingga 1940 apabila Herman Pines menemui cara menukarkan kompaun n-butane kepada isobutane. Isobutane ialah antara komponen untuk meninggikan oktana petrol.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?

Penemuan itu tepat pada masanya kerana petrol oktana tinggi dapat digunakan untuk enjin pesawat tempur Spitfire (foto atas) dalam usaha England menangkis serangan bom dilancarkan tentera Nazi diketuai pemimpin fasis, Adolf Hitler. Sebagai makluman, pesawat udara era itu masih menggunakan enjin piston. Pesawat enjin jet hanya diterbangkan sejak 1945.

JADI, APAKAH MAKSUD OKTANA?

Kadar oktana ialah tahap ketahanan sesuatu petrol kepada ketukan. Dalam erti kata lain merujuk kepada ketahanan petrol kepada peningkan tekanan dan suhu ketika dimampatkan. Itu saja maksudnya.

Jadi, inilah sebab kenapa istilah ‘RON 97 lebih power daripada RON 95′ tidak pernah menjadi kempen pengiklanan mana-mana syarikat minyak.

KENAPA SAYA RASA ENJIN MACAM LEBIH POWER APABILA ISI PETROL OKTANA TINGGI?

Sensor ‘Ketukan’.

Kami tidak cakap soalan ini tidak benar, tetapi ada sebabnya.

Pertama, tiada enjin yang dilengkapi pengesan oktana. Kami ulang, enjin tidak dilengkapi pengesan oktana. Sebaliknya, enjin moden yang menggunakan suntikan bahan api (FI) juga dilengkapi pengesan ketukan. Pengesan ini berfungsi mengesan tanda ketukan dan menyampaikan isyarat kepada unit kawalan elektronik (ECU) enjin.

Kedudukan sensor ketukan.

ECU pula mengawal pemasaan pencucuhan (pemasaan api palam pencucuh), pemasaan suntikan bahan api dan jumlah bahan api yang disuntik. Kita ringkasan sedikit di sini:

Jika petrol yang digunakan menyebabkan ketukan, ECU akan ‘dilambatkan’ pemasaan pembakaran. Apabila berlaku, bahan api akan dibakar pada masa lebih lewat apabila piston sudah mula turun ke bawah silinder. Pada masa sama, ECU juga akan mengehadkan pemasaan dan jumlah suntikan bahan api. Hasilnya, kekurangan tork dan kuasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia…

Sebaliknya, jika petrol digunakan tidak menghasilkan ketukan, ECU akan ‘mendahulukan’ pemasaan pembakaran. Bahan api dapat dibakar lebih sempurna untuk mendapatkan kuasa maksimum. Bahan api juga akan disuntik pada kadar maksimum. Hasilnya, tork dan kuasa optimum.

Inilah sebab kenapa enjin rasa ‘lebih power’ apabila petrol oktana tinggi digunakan. Faktanya, ia bukan disebabkan petrol itu beroktana tinggi yang kuasa lebih banyak.

Bagi kenderaan tertentu seperti motosikal yang tidak menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), penggunaan petrol oktana tinggi mungkin tidak mendatangkan kesan besar. Kita mungkin dapat rasa tork yang lebih kuat kerana secara am, petrol oktana tinggi membakar lebih perlahan.

PENUTUP

Kami harap anda lebih faham dan jelas dengan pencerahan tentang oktana dalam bahan api kenderaan.

Kesimpulannya, kita boleh saja guna petrol oktana lebih rendah seperti RON 95 jika itu had minimum disarankan pengeluar kenderaan. Dapat juga berjimat sedikit sebanyak. Tetapi tidak pula salah jika hendak cuba RON 97 dan RON 100. Motosikal yang ada nisbah mampatan tinggi (13.5:1 dan ke atas) harus menggunakan petrol oktana lebih tinggi. Memang boleh gunakan RON 95, tapi tidak dapatlah ‘power’ maksimum.

Kepada mereka yang sudah modi enjin, lebih baik guna RON 97 atau RON 100 sahaja, terutama jika sudah ‘potong blok’.

Akhirnya, berhentilah cakap, ‘petrol oktana tinggi lebih power’.

BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak

Auto Terkini autotainment Herman Pines Ron95 ron97 tahukah anda
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    22/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Dari Litar ke Laut – Ferrari Hypersail, DNA Supercar Maranello Di Atas Air

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.