Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah ‘Long-Lap Penalty’ dalam MotoGP?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah ‘Long-Lap Penalty’ dalam MotoGP?

AryonBy Aryon18/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS diuji dalam ujian MotoGP 2019 Qatar, Suruhanjaya Keselamatan bersetuju melaksanakan hukuman penalti baharu, dinamakan Penalti Pusingan Panjang (Long-Lap Penalty, LLP) yang mewajibkan pelumba berada dalam laluan khas di luar trek.

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa di semua trek sepanjang siri MotoGP 2019, dan musim akan datang.

Peraturan tersebut diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) selepas mengadakan perbincangan khas dengan pelumba apabila selesai ujian pramusim di litar Losail, Qatar.

BACA >>> Cemerlang dalam Ujian Pramusim, Suzuki Jadi Pencabar Utama MotoGP 2019?

GANTI HUKUMAN TURUN POSISI

Sebelum ini, pelumba yang didapati melakukan kesalahan ketika berlumba akan diturunkan posisi satu tangga bawah. Sebaliknya, LLP mewajibkan pelumba berada di luar trek utama dan boleh kekal berlumba. Antara kesalahan yang boleh dikenakan penalti itu adalah seperti memandu lebih 60kmj di hentian pit.

Menurut Pengarah Lumba MotoGP, Mike Webb, LLP akan menggantikan denda turun posisi grid kerana hukuman penalti sebelum ini dirasakan terlalu merugikan masa pelumba. Malah, masa untuk pelumba yang dikenakan hukuman penalti sangat berbeza.

“Dengan LLP, pelumba yang bersalah akan diwajibkan berlumba dalam kawasan khas di luar trek utama, sebagai sudut lambat. Kelebihannya, ia sama untuk setiap pelumba. LLP lebih mudah, lebih selamat, dan mudah dipantau,” kata Webb.

Pelumba Ducati Mission Winnow, Andrea Dovizioso adalah antara penunggang yang menyambut positif keputusan tersebut dan berpendapat ia idea yang bagus.

“Ia lebih mudah diuruskan berbanding diturunkan posisi, ia lebih jelas tentang apa yang kita perlu buat, berapa banyak kita rugi masa dan pada masa sama ia sama untuk semua pelumba,” katanya.

Jalur tambahan untuk ‘Long Lap Penalty’ di Turn 6, Litar Losail Qatar, yang dilaksanakan di semua trek bermula MotoGP 2019.

Kekanda Valentino Rossi pula, yang menjadi antara pelumba yang berkesempatan menguji sistem penalti baharu itu di Turn 6, Qatar pula menganggap kaedah baharu tersebut sebagai adil dan saksama.

“Ia agak susah, tetapi tidak mustahil. Depa kata kita hilang 3 saat, tapi aku rasa macam banyak lagi. Bagi aku, cara ini lebih betul daripada turunkan satu posisi sebab kadang-kadang kita hilang setengah saat, dan kadang-kadang sampai 5 saat.

“Apapun, penaltinya masih sama (rugikan masa),” katanya sambil tersengih.

BACA >>> Abah Rossi: “Dia Boleh Berlumba Hingga Umur 46 Tahun!”

Andrea Dovizioso Auto Terkini Litar Antarabangsa Losail LLP Long Lap Penlaty (LLP) Mike Webb MotoGP MotoGP 2019 Penalti Lap Panjang Penalti MotoGP Penalti Pusingan Panjang Qatar Suruhanjaya Keselamatan tahukah anda Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.