• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP 2019 Perkenal LLP, Sistem Penalti Baharu Gantikan Hukuman Turun Satu Posisi

MotoGP 2019 Perkenal LLP, Sistem Penalti Baharu Gantikan Hukuman Turun Satu Posisi

March 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS diuji dalam ujian MotoGP 2019 Qatar, Suruhanjaya Keselamatan bersetuju melaksanankan hukuman penalti baharu, dinamakan Penalti Lap Panjang @ Long Lap Penalty (LLP) yang mewajibkan pelumba berada dalam jalur khas di luar trek. Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa di semua trek sepanjang musim ini.

Peraturan itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) selepas mengadakan perbincangan khas dengan pelumba selepas selesai ujian pramusim di litar Losail, Qatar.

BACA >>> Cemerlang dalam Ujian Pramusim, Suzuki Jadi Pencabar Utama MotoGP 2019?

GANTI HUKUMAN TURUN POSISI

lll-long-lap-penalti-motogp-2019-3
lll-long-lap-penalti-motogp-2019-4
lll-long-lap-penalti-motogp-2019-1

Sebelum ini, pelumba yang didapati melakukan kesalahan ketika berlumba akan diturunkan posisi satu tangga bawah. Sebaliknya, LLP kali ini mewajibkan pelumba berada di luar trek utama, tetap boleh kekal berlumba.

Menurut Race Director MotoGP, Mike Webb, LLP akan menggantikan denda turun posisi grid kerana hukuman penalti sebelum ini dirasakan terlalu merugikan masa pelumba. Malah, sangat berbeza masa untuk pelumba yang dikenakan hukuman penalti.

“Dengan LLP, pelumba yang bersalah akan diwajibkan berlumba dalam kawasan khas di luar trek utama, sebagai sudut lambat. Kelebihannya, ia sama untuk setiap pelumba. LLP lebih mudah, lebih selamat, dan mudah dipantau,” kata Webb.

Pelumba Ducati Mission Winnow, Andrea Divizioso menyambut positif keputusan tersebut.

“Kami berbincang dengan Suruhanjaya Keselamatan, aku fikir itu benar-benar idea yang bagus. Nampak seperti semua pelumba berpendapat itu idea bagus.

"Ia lebih mudah diuruskan berbanding diturunkan posisi, ia lebih jelas tentang apa yang kita perlu buat, berapa banyak kita rugi masa dan pada masa sama ia sama untuk semua pelumba," katanya.

Jalur tambahan untuk 'Long Lap Penalty' di Turn 6, Litar Losail Qatar, yang akan dilaksanakan di semua trek sepanjang MotoGP 2019.

Kekanda Valentino Rossi, yang menjadi antara pelumba yang berkesempatan menguji sistem penalti baharu itu di Turn 6, Qatar pula menganggap kaedah baharu itu sebagai adil dan saksama.

BACA >>> Abah Rossi: "Dia Boleh Berlumba Hingga Umur 46 Tahun!"

"Ia agak susah, tetapi tidak mustahil. Depa kata kita hilang 3 saat, tapi aku rasa macam banyak lagi. Bagi aku, cara ini lebih betul daripada turunkan satu posisi sebab kadang-kadang kita hilang setengah saat, dan kadang-kadang sampai 5 saat.

"Apapun, penaltinya masih sama (rugikan masa)," kata kekanda sambil tersengih.

Artikel Berkaitan

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, auto terkini, Litar Antarabangsa Losail, LLP, Long Lap Penlaty (LLP), Mike Webb, MotoGP, MotoGP 2019, Penalti Lap Panjang, Penalti MotoGP, Qatar, Suruhanjaya Keselamatan, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
    #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
  • Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"
    Rossi: "Aku Tak Tau Apa Jadi"

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my