• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Abah Rossi: “Dia Boleh Berlumba Hingga Umur 46 Tahun!”

Abah Rossi: "Dia Boleh Berlumba Hingga Umur 46 Tahun!"

February 19, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


GRAZIANO Rossi
, bapa kepada kekanda MotoGP, Valentino Rossi berkata kepada akhbar Itali, Corriere Della Sera bahawa anaknya itu mampu bersaing pada pertingkat tertinggi kejuaraan lumba motosikal hingga umurnya 46 tahun.

Rossi nampak positif dan optimis mahu mengejar kejuaraan ke-10 buat dirinya musim ini walaupun ia nampak semakin sukar. Graziano, yang juga bekas pelumba Grand Prix 70 dan 80-an berkata, dia yakin masih ada beberapa tahun terbaik buat anaknya.

BACA >>> Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

Malah, dia mendakwa Rossi mampu berlumba hingga usianya 46 tahun, sekali gus memberikan pengakhiran terindah buat 'The Doctor' yang berlumba dengan nombor ikonik '46' sepanjang kariernya.

Comelkan Rossi? Macam anak mat saleh.
Kelaku Rossi di samping abahnya.

Pelumba Monster Energy Yamaha itu kini bersedia memulakan cabaran baharu MotoGP 2019 dengan saingan musim ini dilihat semakin sukar dengan kemunculan ramai pelumba pantas. Namun menurut Graziano, Rossi datang dengan sangat bagus kerana baginya keinginan untuk kekal muda sentiasa ada dalam diri setiap lelaki.

“Tidak seperti orang lain, dia nampak mampu menghentikan kesan masa... Seperti 10 tahun lalu, dia berada pada tahap terbaik, dengan adrenalin menunggang motosikal dan mahu kekal di depan pelumba lain... Ia kepuasan bila dapat pergi tidur dan cakap, 'hari ini aku dah buat terbaik yang aku mampu'.

BACA >>> Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi 'Si Gagal Tahunan'

"Dia tak menang tahun lalu, tapi dia ada kelayakan untuk menang lagi. Kalau dia tak menang, sebabnya ialah Yamaha buat silap," kata Graziano dengan dada membara.

Steady abahhhhhh!!!

SUMBER: MotoGP

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 46, auto terkini, Graziano Rossi, MotoGP, MotoGP 2019, Rossi 40 Tahun, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my