Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi ‘Si Gagal Tahunan’
Auto Terkini

Rossi Kekal Tenang dan Bersahaja Ambil Trofi ‘Si Gagal Tahunan’

AryonBy Aryon09/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKANDA Valentino Rossi jelas sekali begitu berani, berhati waja dan berjiwa sporting apabila tampil menerima anugerah ‘istimewa’ yang kali pertama diterimanya sepanjang karier beliau sebagai pelumba amatur dan profesional. Itulah anugerah ‘Si Gagal Tahunan’ aka Loser of the Year, atau dalam bahasa Itali disebut ‘Tapiro de oro’.

Anugerah itu diberikan kepada Rossi sebagai mengiktiraf musim paling mengecewakan dihadapi pelumba Yamaha itu sepanjang saingan MotoGP 2018. Ya, kekanda langsung gagal menjejak kaki atas podium sebagai juara di mana-mana pusingan perlumbaan motoGP tahun lalu.

BACA >>> Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

Trofi Tapiro de oro ialah anugerah kelolaan satu saluran TV di Itali, Canale 5 menerusi program Striscia la Notizia yang sememangnya menjadi acara tahunan. Bagaimanapun  bukan semua bintang sukan sporting seperti Rossi, sesetengahnya sangat marah dan langsung enggan menerima anugerah tersebut.

“Aku tak dapat menang satu perlumbaan pun dan itu sangat menyakitkan, ia musim yang sukar. Memang menakjubkan aku dah bazirkan salah satu tahun terbaik aku sebagai pelumba motor,” kata Rossi sambil tersipu malu dan tersengih.

Inilah makwe Rossi.

Rossi juga ditanya jika beliau merancang menjalinkan hubungan ke jinjang pelamin dengan teman wanitanya, Sofia Novello.

“Aku tak tau, itu bukan apa yang kami putuskan. Kami tak fikir pun pasal tu,” kata kekanda MotoGP itu.

Sebenarnya Rossi bukanlah satu-satunya bintang sukan Itali yang mendapat anugerah Tapiro de oro. Pelumba F1 Ferrari, Sebastian Vettel juga menikmati musim 2018 dengan penuh kegagalan selepas gagal mengekor rapat bintang Mercedes, Lewis Hamilton. Malah, bos F1, Maurizio Arrivabene juga menerima anugerah sama.

BACA >>> Rossi Juara Monza Rally Show Kali Ke-4 Berturut-Turut, 8 Kali Keseluruhan!

Mungkinkah ini trofi terakhir digenggam Rossi? Sekurang-kurangnya itu dapat mengubat hatinya yang lara selepas masih gagal menjulang kejuaraan peribadi buat kali ke-10.

SUMBER: DailyStar

Anugerah Auto Terkini MotoGP Roda4 Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026

    1 Comment

    1. Izzarul76 on 27/10/2019 09:54

      46 you’re legend.. the trophy it will be a good reminder that how good you’re to this though league..all the best to you maestro

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.