Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031
Auto Terkini

Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LRT Laluan Kelana Jaya

BAGI pengguna harian di Lembah Klang, menaiki LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak sudah jadi rutin biasa.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai penumpang mengeluh kerana tren terlalu padat sehingga ada yang menyamakan pengalaman itu ibarat dalam ‘tin sardin’.

Pada 2023, kapasiti tren pada waktu sibuk dilaporkan mencecah sehingga 115 peratus. Pada masa sama, laluan itu turut mencatat purata lima kerosakan setiap bulan dengan jumlah keseluruhan 36 gangguan perkhidmatan sepanjang tahun.

Laluan Lama, Penumpang Semakin Bertambah

LRT Laluan Kelana Jaya

Masalah itu sebenarnya bukan mengejutkan kerana Laluan Kelana Jaya sudah beroperasi sejak 1998. Ia juga pernah dikenali sebagai antara sistem tren automatik penuh paling panjang dan terawal dunia.

Dengan jumlah kini melebihi 289,000 penumpang sehari, sistem sedia ada mula menerima tekanan besar. Pertambahan pengguna setiap tahun menyebabkan keperluan terhadap tren lebih kerap dan lebih moden menjadi semakin mendesak.

Ketua Operasi Laluan Kelana Jaya, Noordin Abu Bakar mengakui cabaran utama ketika ini adalah memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat.

Menurut beliau, walaupun tren kini bergerak pada sela masa sekitar 3 minit, pengguna masih mahukan perkhidmatan yang lebih pantas, terutama selepas pengembangan jajaran rel yang membawa lebih ramai penumpang setiap hari.

Rapid Rail Kini Lebih Agresif Tangani Kerosakan

LRT Laluan Kelana Jaya

Bagi meningkatkan mutu operasi, Rapid Rail dan Prasarana mula menggunakan sistem pemantauan antarabangsa dikenali sebagai Mean Kilometre Between Failure (MKBF). Sistem itu digunakan untuk mengukur sejauh mana sesebuah tren mampu bergerak sebelum mengalami kerosakan.

Ketua Kejuruteraan LRT Kelana Jaya, Leman Zakaria pula mengambil pendekatan lebih teliti dengan menganalisis setiap kerosakan secara harian menggunakan perisian kejuruteraan khas.

Pasukan penyenggaraan juga kini menggunakan pendekatan Penyelenggaraan Berasaskan Keadaan (CBM), yang mana setiap komponen akan diperiksa lebih kerap dan terus diganti jika menunjukkan tanda awal kerosakan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Rail, Nor Azmi Mohd Yusof berkata, pendekatan itu membolehkan mereka bertindak lebih awal tanpa perlu menunggu jadual penukaran alat ganti seperti ditetapkan dalam manual asal.

Masa Menunggu Semakin Pendek

Stesen LRT Kelana Jaya

Hasil usaha tersebut mula menunjukkan perkembangan positif. Sepanjang 2024, jumlah gangguan berjaya dikurangkan kepada 26 kes iaitu menurun sekitar 28 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada masa sama, tempoh menunggu pada waktu puncak juga semakin baik apabila dipendekkan daripada 4.1 minit kepada hanya sekitar 2.9 minit.

Bagi memastikan sistem terus relevan untuk tempoh panjang, Prasarana kini sedang menjalankan projek naik taraf sistem isyarat Kawalan Tren Automatik (Automatic Train Control, ATC) bernilai RM150 juta.

Sistem baharu menggunakan teknologi SelTrac Generation 8 itu dikatakan mampu memanjangkan jangka hayat Laluan Kelana Jaya sehingga 20 tahun lagi selain menawarkan pemantauan masa nyata, komunikasi lebih stabil dan tahap keselamatan siber lebih tinggi.

Kerja Naik Taraf Dilakukan Berperingkat

Loogo Rapid Rail

Bagi mengelakkan gangguan besar kepada kira-kira 300,000 pengguna harian, kerja pengujian dan penambahbaikan dilakukan berperingkat pada hujung minggu dan cuti umum bermula Ogos hingga akhir November 2025.

Beberapa stesen juga dibuka lewat sekitar jam 9 pagi ketika proses pengujian berlangsung. Bagi membantu penumpang terkesan, Rapid Rail turut menyediakan bas dan van perantara percuma.

Apa paling ditunggu sudah tentu kehadiran tren generasi baharu yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026, yang mana Kerajaan meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi pembelian 26 set tren baharu kapasiti tinggi untuk Laluan Kelana Jaya.

Tren Baharu Dijangka Tiba Bermula 2029

Nor Azmi berkata, proses penggantian tren lama sudah bermula dan tren pertama dijangka tiba pada 2029. Keseluruhan proses penggantian pula disasarkan siap sepenuhnya menjelang akhir 2030 atau selewat-lewatnya pada 2031.

Kehadiran tren baharu itu juga bakal menggantikan sebahagian tren lama siri Bombardier 818 yang sudah lama berkhidmat di laluan tersebut. Dengan pelbagai kerja naik taraf sedang berjalan, pengguna LRT Laluan Kelana Jaya dijangka menikmati perjalanan lebih selesa, kurang sesak dan lebih lancar pada masa akan datang.

Transformasi besar itu bukan saja penting untuk mengurangkan masalah gangguan perkhidmatan, dan mampu memberi pengalaman perjalanan harian lebih cekap serta moden kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.

SUMBER: TheVocket

26 Tren Baharu Auto Terkini Laluan LRT Kelana Jaya Lembah Klang LRT Laluan Kelana Jaya Parasarana Rapid Rail waktu puncak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.