Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!
Auto Terkini

Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) meluaskan pilihan trak pikap dengan pengenalan varian terbaharu Triton Phantom Plus Edition. Hanya 1,000 unit ditawarkan kepada pelanggan Malaysia.

Trak pikap edisi 2022 itu yang cuma hadir dengan pilihan warna Jet Black Mica (hitam) menerima beberapa penambahbaikan untuk menyerlahkan gaya hidup dan semangat urban untuk aktiviti luar.

BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

Berikut ialah perinciannya:

HARGA

  • Semenanjung Malaysia: RM139,700
  • Sabah: RM141,700
  • Sarawak: RM141,750
  • Langkawi: RM131,902
  • Labuan: RM134,353

*Harga di atas ialah harga atas jalan, tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian.

Jaminan diberi ialah lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana-mana tiba dulu).

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!

LUARAN

  • Dilengkapi kit badan dan aksesori yang menyerlahkan sifat lasak Triton Phantom Plus Edition.
  • Hadir dengan bumbung dekoratif beserta pencahayaan LED
  • Set bampar depan dan belakang dengan aksen merah.
  • Pintu sisi trak pikap menerima tambahan desain bentuk untuk tampil lebih agresif.
  • Ada bantuan pintu belakang.
  • Teks acuan Phantom pada pintu belakang beserta spoiler.
  • Bar sport dengan kemasan matte.
  • Arca roda lebih rugged.
  • Rim aloi 18 inci berwarna hitam kilat. Tayar jenis all-terrain Yokohama Geolander.
  • Pelekat badan Phantom Plus.

KABIN

  • Balutan kulit tiruan untuk tempat duduk, imej sporty.
  • Karpet berciri merah.
  • Skrin sesentuh audio 9 inci dengan sambungan Apple Carplay, Sedia-Android.

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa diesel 2.4L MIVEC Turbo dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 178hp @ 3,500rpm dan tork 430Nm @ 2,500rpm.
  • Hadir dengan sistem pacuan Easy Select 4WD dengan mod luar jalan raya bagi sifat pengendalian optimum untuk semua permukaan.
  • Radius pusingan cuma 5.9m, lebih mudah parkir di ruang sempit atau membuat pusingan U.

KESELAMATAN

Triton Phantom Plus Edition disertakan pakej keselamatan merangkumi:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Kestabilan Aktif (ASC)
  • Kawalan Cengkaman (TC)
  • Peringatan Rehat
  • Bantuan Mula Bukit (HSA)
  • Bantuan Kestabilan Treler (TSA).
  • Perakam Video Pemanduan (DVR).
  • Ada ciri Kawalan Penurunan Bukit. Maksudnya, kelajuan kenderaan dikawal secara elektronik ketika dalam mod menurun.

TRIVIA

  • Triton ialah trak pilihan ramai pembeli dengan mencatatkan jualan 9,420 unit untuk tahun kewangan MMM 2021 (April 2021- Mac 2022), naik 24 peratus berbanding tempoh sebelumnya.
  • Sejak Januari hingga Jun 2022, MMM sudah menjual 4,820 unit iaitu kenaikan 44 peratus berbanding tempoh sama berbanding tahun lalu. Pegangan pasaran pula 17 peratus dalam segmen trak pikap.
  • MMM memiliki 54 bilik pameran dengan 49 cawangan berstatus Pusat 3S dan 55 Pusat Servis seluruh Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, MMM ada 14 bilik pameran, masing-masing 7 premis setiap negeri.
  • Triton 4×4 ialah model import penuh (CBU) dari Thailand.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Sumbang Trak Triton 4×4, Bantu Usaha Amal INSAF Malaysia
BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k
BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!

autoterkini Kenderaan 4x4 Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    15/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.