Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Trak dan Lori»JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000
Trak dan Lori

JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

SyafieBy Syafie21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JAC Auto (Malaysia) Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan trak tugas ringan JAC N90 serba baharu untuk pasaran tempatan sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Mines (MIECC).

Model trak 7.5 tan itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan sektor logistik dan pengangkutan moden dengan menawarkan gabungan prestasi tinggi, kecekapan operasi serta ciri keselamatan lebih canggih.

Majlis pelancaran turut disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika melawat reruai JAC Auto (Malaysia).

Fokus Segmen Logistik, Pengangkutan

JAC N90 generasi keenam direka untuk pelbagai aplikasi komersial termasuk penghantaran bandar, pengangkutan jarak jauh, kerja pembinaan dan penggunaan khas lain.

Menurut JAC International, model itu menjadi sebahagian daripada strategi syarikat untuk terus memperkukuh kedudukan dalam segmen trak tugas ringan premium global.

JAC turut mendakwa lebih 3.2 juta unit trak siri tersebut sudah terjual di seluruh dunia sejak diperkenalkan.

Bagi memenuhi keperluan operasi berbeza, JAC N90 hadir dengan pilihan jarak roda antara 3,365mm hingga 4,800mm yang membolehkan pelbagai konfigurasi badan digunakan seperti kotak kargo, badan peti sejuk dan badan binaan khas.

Enjin B4.5 E V 160, Tork Cecah 540Nm

Dari aspek trenkuasa, JAC N90 menggunakan enjin B4.5 E V 160 dengan piawaian Euro 5 yang digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 160hp pada 2,600rpm dengan tork puncak 540Nm yang tersedia antara 1,100rpm hingga 1,800rpm.

JAC berkata konfigurasi itu bukan sahaja menawarkan prestasi penghantaran kuasa lebih baik, malah membantu meningkatkan kecekapan bahan api terutama ketika pemanduan lebuh raya pada kelajuan 80 hingga 90kmj.

Menurut syarikat itu lagi, penggunaan bahan api mampu dikurangkan sekitar tiga hingga lima peratus berbanding transmisi pacuan terus konvensional.

Kabin Lebih Moden dan Selesa

Bahagian kabin pula menerima rekaan generasi terkini JAC yang lebih menitikberatkan aspek keselesaan dan kemudahan pemandu.

Antara ciri yang ditawarkan termasuk:

  • Tempat duduk dengan suspensi udara
  • Perehat lengan boleh laras
  • Skrin sentuh multimedia 10.4 inci
  • Kluster instrumen LCD moden

Gabungan ciri tersebut bertujuan meningkatkan keselesaan pemandu terutama untuk operasi penghantaran jarak jauh dan penggunaan harian intensif.

Lengkap Sistem Keselamatan Aktif

Dari sudut keselamatan, JAC N90 dilengkapi beberapa sistem bantuan pemanduan aktif seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Aturan Gelincir Pecutan (ASR)
  • Bantuan Mula Mendaki (HAS)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)

Semua sistem itu membantu meningkatkan kestabilan serta keselamatan ketika membawa muatan dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Harga Bermula RM118,000

JAC N90 serba baharu kini ditawarkan di semua pengedar sah JAC seluruh negara pada harga bermula RM118,000 untuk casis kosong.

Menariknya, trak ini turut didatangkan dengan jaminan sehingga enam tahun atau 300,000km selain program servis percuma sehingga 10,000km.

Selain N90, JAC Auto turut mempamerkan trak elektrik i40 EV dan pikap elektrik T9 EV sebagai sebahagian daripada pengembangan portfolio mobiliti elektrik jenama itu di Malaysia.

Spesifikasi Ringkas JAC N90

  • Trak tugas ringan 7.5 tan
  • Enjin Cummins B4.5 E V 160
  • Emisi: Euro 5
  • Kuasa maksimum: 160hp pada 2,600rpm
  • Tork maksimum: 540Nm pada 1100-1800rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Pilihan jarak roda: 3,365mm hingga 4,800mm
  • Skrin multimedia 10.4 inci
  • Sistem keselamatan ABS, ASR, HAS dan ESC
  • Harga bermula RM118,000 (casis kosong)
  • Jaminan: 6 tahun atau 300,000km
Auto Terkini JAC Auto (Malaysia) Sdn Bhd JAC N90 Trak Tugas Ringan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.