Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k
Auto Terkini

Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM)
 memperkenalkan model baharu Mitsubishi Triton Athlete (2021), iaitu varian paling premium dalam siri trak pikap popular, Triton 4×4 pada harga serendah RM141,500.

Triton Athlete (2021) akan menggantikan Triton Adventure X (foto bawah kanan) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sun Flare Orange Pearl (jingga), White Diamond (putih) dan Jet Black Mica (hitam).

BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

Triton Athlete
Triton Adventure X

Berikut spesifikasi Triton Athlete (2021):

  • Dijana trenkuasa diesel 2.4L MIVEC Turbo dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 178hp dan tork 430Nm.
  • Varian kali ini nampak lebih agresif dan ‘jahat’ menerusi penggunaan warna hitam pada gril, hendal pintu, bampar, rim 18 inci, perumah cermin sisi, dan difuser depan. Adventure X sebelum ini menggunakan kontras warna perak.

  • Bahagian sisi diberikan dekal grafik gelekan tayar tertulis ‘Triton Athlete’ dan turut dipasangkan visor cermin aero.
  • Ruang kabin menggunakan kemasan sulaman benang jingga pada stereng dan tombol gear dibalut kulit. Plat dalam kenderaan ada latar pencahayaan. Tambahan lain ialah ventilator penyaman udara dengan fungsi sirkulasi untuk penumpang belakang.
  • Trak pikap ini mampu melakukan radius pusingan 5.9 meter yang memudahkan pemandu memarkir kenderaan atau melakukan belokan di tempat sempit.

CIRI DAN KESELAMATAN

  • Pakej keselamatan standard dibekalkan pada Triton Athlete ialah Mitigasi Pelanggaran Depan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik (UMS), Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB) dan tujuh beg udara SRS.
  • Varian ini turut dilengkapi Monitor Pandang Keliling (ARM), Perakam Video Digital (DVR) dan unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Bagi pemanduan optimum, Triton Athlete menawarkan sistem pacuan Super Select 4WD II dengan mod off-road dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

HARGA DAN VARIAN

Harga Triton Athlete (2021) untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ialah RM141,500, Pulau Langkawi (RM132,827), Sabah (RM143,500), Sarawak (RM143,550) dan Labuan (RM135,278).

Selain Athlete, harga siri lain Triton untuk pasaran Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • Triton AT Premium – RM121,000
  • Triton MT Premium – RM113,300
  • Triton AT – RM105,990
  • Triton MT – RM100,200
  • Triton Quest – RM79,890

Harga adalah atas jalan dan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran persendirian. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).

TRIVIA

  • Triton ialah trak pilihan ramai pembeli dengan mencatatkan jualan 7,598 unit bagi tahun kewangan MMM 2020 (April 2020- Mac 2021), meningkat 32 peratus berbanding tempoh sebelumnya.
  • MMM memiliki 51 bilik pameran dengan 45 cawangan berstatus Pusat 3S dan 51 Pusat Servis seluruh Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, MMM ada 14 bilik pameran, masing-masing 7 premis setiap negeri.
  • Triton 4×4 ialah model import penuh (CBU) dari Thailand.
MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton Athlete 2021 Roda4 Trak pikap trak pikap mitsubishi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.