
JETOUR Malaysia terus mengembangkan barisan SUV tempatan menerusi pelancaran rasmi JETOUR T1, sebuah SUV segmen-C yang menyasarkan pengguna urban dengan gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar serta ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Model baharu ini dibangunkan berasaskan falsafah Travel+ JETOUR yang memberi penekanan kepada keselesaan, teknologi dan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan keluarga serta mereka yang gemar mengembara.
Menurut Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia, Nicholas Ng, pelancaran T1 merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk memperkukuhkan portfolio SUV di Malaysia, selain menawarkan produk yang lebih relevan dengan kehendak pengguna tempatan.
Rekaan Moden, Platform Monocoque
JETOUR T1 tampil dengan konsep reka bentuk utilitarian curvy, menggabungkan elemen lasak dan premium menerusi lampu utama LED Storm-Eye, gril hadapan yang besar serta garisan badan yang kemas.
SUV ini dibina menggunakan platform monocoque dengan jarak roda 2,800 mm, sekali gus menjanjikan ruang kabin yang lebih luas serta pengalaman pemanduan yang lebih stabil dan selesa.
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu:
- Khaki White
- Aviation Silver
- Sand Gold
- Carbon Black
Dua Pilihan Enjin – 1.5L dan 2.0L
JETOUR Malaysia menawarkan T1 dalam dua varian:
JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD
Varian asas menggunakan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan:
- Kuasa: 170PS (125kW)
- Tork: 270Nm
- Transmisi klac berkembar (DCT) 7-kelajuan
- Pacuan roda hadapan (2WD)
JETOUR T1 2.0L TGDi XWD
Varian tertinggi pula menerima enjin turbo 2.0 liter bersama sistem pacuan semua roda pintar (XWD).
Spesifikasi utama:
- Kuasa: 245PS (180kW)
- Tork: 375Nm
- Sistem pacuan semua roda pintar (XWD)
Kabin Moden Dengan Teknologi Lengkap
Kedua-dua varian didatangkan dengan pelbagai kelengkapan premium sebagai standard, antaranya:
- Kluster instrumen digital 10.3 inci
- Paddle shifter
- Kerusi balutan kulit tiruan
- Kerusi pemandu larasan kuasa
- Kerusi hadapan dengan fungsi ventilasi
- Lampu ambien
- Pembantu suara
- Apple CarPlay wayarles
- Android Auto wayarles
- Pengecas telefon wayarles 50W
- Tujuh port USB
- Pengelap automatik dengan sensor hujan
- Pintu belakang bukaan kuasa
Varian XWD Lebih Premium
Varian 2.0L TGDi XWD menerima beberapa ciri tambahan seperti:
- Rim aloi 19 inci
- Bumbung suria panoramik
- Kerusi penumpang hadapan larasan kuasa
- Perehat kaki kerusi penumpang
- Skrin infotainmen 15.6 inci
- Sistem audio Sony 9-pembesar suara
Sementara itu, varian 1.5L TGDi 2WD hadir dengan:
- Rim aloi 18 inci
- Skrin infotainmen 12.8 inci
- Sistem audio 8-pembesar suara
ADAS Tahap 2, ASEAN NCAP 5 Bintang
Dari aspek keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi:
- Enam beg udara SRS
- ADAS Tahap 2
- Kamera panoramik 360 darjah
Menariknya, JETOUR T1 turut menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata.
Harga JETOUR T1 di Malaysia
Berikut harga rasmi atas jalan tanpa insurans:
- JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD – RM129,800
- JETOUR T1 2.0L TGDi XWD – RM146,800
Pembeli turut menerima:
- Jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000 km
- Jaminan rangkaian kuasa 10 tahun atau 1,000,000 km
- 5 servis penyelenggaraan percuma
Sempena pelancaran, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan JETOUR T1 akan menikmati rebat RM2,000 serta kadar pembiayaan bermula 1.68% (tertakluk kepada terma dan syarat).







