Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV
Roda4

Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

Abang HirataBy Abang Hirata23/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Maybach GLS 2027

MERCEDES-MAYBACH memperkenalkan Mercedes-Maybach GLS 2027 yang menerima pelbagai penambahbaikan dari segi rekabentuk, kemewahan, teknologi dan prestasi.

Antara pembaharuan utama ialah rekabentuk luaran lebih eksklusif, kabin lebih mewah, enjin V8 hibrid ringan (MHEV) lebih berkuasa, sistem suspensi dipertingkat, sistem operasi MB.OS generasi baharu dan teknologi bantuan pemanduan terkini.

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Mercedes-Maybach GLS 2027 dipasang di kilang Mercedes-Benz di Tuscaloosa, Alabama, Amerika Syarikat (AS) yang sudah menghasilkan lebih lima juta kenderaan utiliti sukan (SUV) Mercedes-Benz sejak 1997.

Bagi model Maybach, proses pemasangan dalaman dilakukan pasukan khas yang menerima latihan khusus di fasiliti Mercedes-Maybach Manufaktur di Jerman.

Dua juruteknik akan menyiapkan setiap unit secara manual di luar barisan pemasangan biasa sebelum kenderaan menjalani proses pemeriksaan akhir bagi memastikan setiap komponen memenuhi standard kemasan Maybach.

Tempahan kini dibuka di China sebelum dipeluaskan ke AS dan Eropah pada penghujung Julai 2026, dan disusuli pasaran lain.

Sebagai makluman, Maybach GLS versi terdahulu turut ditawarkan di Malaysia pada harga sekitar RM2 juta.

Rekabentuk Eksklusif dengan Identiti Maybach Lebih Menyerlah

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Bahagian hadapan menerima gril khas Maybach yang direka semula dengan lampu LED sekeliling frem, selain tulisan MAYBACH kini turut diterangi buat kali pertama.

Di beberapa pasaran terpilih, logo Mercedes-Benz tegak pada bonet juga menerima pencahayaan bagi menyerlahkan lagi identiti model mewah tersebut.

Lampu utama Digital Light kini menampilkan elemen kemasan Rose Gold, selain memuatkan logo Maybach bersama lampu ambien pada sisi modul lampu dan bahagian yang menghubungkan lampu utama dengan gril depan.

Turut melengkapkan bahagian depan ialah:

  • Bampar baharu dengan rekabentuk lebih kemas dan eksklusif, corak Maybach pada liang udara krom serta pelindung bawahbadan (underbody protection) krom

Mercedes-Maybach GLS 2027

Di belakang, Mercedes-Maybach memasang lampu belakang baharu yang dihubungkan menerusi panel hiasan pintu belakang bagi memberikan imej lebih lebar.

Lampu belakang turut menggunakan grafik bintang tiga dimensi (3D) yang dikelilingi kemasan krom, sekali gus menampilkan identiti Maybach lebih jelas.

Enjin V8 MHEV Lebih Berkuasa

Logo Mercedes-Maybach

Mercedes-Maybach GLS 2027 dikuasakan enjin 3,982cc V8 Biturbo M177 EVO baharu yang dipadankan sistem Generato Penghidup Bersepadu (ISG) 2.0 berasaskan trenkuasa elektrik 48V.

Sistem itu menghasilkan kuasa 612ps (450kW), dengan tambahan Boost 23ps (17kW), manakala tork maksimum mencecah 850Nm.

Menurut Mercedes-Maybach, output tersebut setanding enjin V12, tetapi menawarkan tahap kecekapan, respons dan keselesaan lebih baik.

Enjin baharu itu turut memberikan respons terotel lebih pantas, hantaran kuasa lebih lancar, fungsi luncur, jana semula tenaga (recuperation) dan sistem henti mula (start-stop) lancar atau hampir tidak dapat dirasai.

Bagi mengurangkan getaran, Mercedes-Maybach menambah dua aci imbangan (balanced cam) Lanchester, sekali gus menjadikan operasi enjin lebih halus.

Turut disediakan mod pemanduan Maybach menerusi sistem Dynamic Select, yang ditala khas bagi memberikan keselesaan maksimum kepada semua penumpang.

Sistem Stereng Lebih Tepat

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Mercedes-Maybach turut memperkenalkan sistem stereng baharu dengan nisbah stereng lebih langsung.

Penambahbaikan itu meningkatkan ketepatan, kelincahan dan respons stereng, sama ada ketika memandu di bandar atau jalan berselekoh.

Suspensi Airmatic Kini Lebih Pintar

Mercedes-Maybach GLS 2027

SUV mewah itu menggunakan suspensi udara Airmatic generasi baharu sebagai ciri standard, yang mampu melaras kadar redaman secara ramalan menggunakan data masa nyata Car-to-X daripada kenderaan Mercedes-Benz lain yang berada di depan.

Maklumat kondisi permukaan jalan dihantar menerusi sistem awan Mercedes-Benz Intelligent Cloud sebelum suspensi melaras tetapan mengikut kondisi sebenar.

Kawalan Badan E-Active Baca Jalan 1,000 Kali Sesaat

Mercedes-Maybach GLS 2027

Sistem Kawalan Badan E-Active ditawarkan sebagai pilihan dan dibangunkan berasaskan suspensi Airmatic. Sistem berkenaan menggunakan lima pemproses pelbagai teras dengan lebih 20 sensor untuk menganalisis situasi pemanduan sehingga 1,000 kali sesaat.

Setiap absorber dan spring dikawal secara individu bagi mengurangkan oleng (roll), anggulan (pitch), iaitu gerakan atas bawah ketika membrek atau mula gerak, dan daya angkat (lift) badan kenderaan.

Dalam mod Curve, badan kenderaan boleh miring sehingga 3º ketika mengambil selekoh bagi mengurangkan daya sisi dirasai penumpang. Sistem itu turut mengekalkan tinggi badan tanpa mengira jumlah muatan atau kondisi permukaan jalan.

Bagi pemanduan atas permukaan kasar, mod Offroad menawarkan fungsi Rocking Mode yang menaik dan menurunkan badan kenderaan automatik bagi membantu membebaskan tayar daripada pasir atau lumpur.

Keseluruhan sistem beroperasi menggunakan trenkuasa 48V dengan empat unit motor-pam yang dipasang pada setiap roda dan dikawal satu unit kawalan pusat. Sistem itu juga mampu menjana semula tenaga elektrik (energyr ecuperation).

Pilihan Warna, Rim Baharu

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Mercedes-Maybach turut mempeluas pilihan warna badan menerusi beberapa kemasan baharu, seperti:

  • Dark Petrol
  • MANUFAKTUR Patagonia Red Metallic
  • Gabungan dua tona Dark Petrol/Verde Silver Metallic

Program MANUFAKTUR turut dipeluas bagi menawarkan lebih banyak pilihan personalisasi. Menurut Mercedes-Maybach, hampir semua pelanggan memilih sekurang-kurangnya satu pilihan daripada program tersebut, termasuk pakej dalaman kulit penuh yang meliputi bahagian bumbung kabin.

Kemasan bumbung berkenaan dihasilkan secara manual di fasiliti MANUFAKTUR di Sindelfingen, Jerman, menggunakan sehingga 20 kepingan kulit yang dijahit seorang tukang bagi memastikan kemasan sempurna.

Rim 23 Inci dengan Logo Apung

Mercedes-Maybach GLS 2027

Model baharu itu turut menerima rim aloi 22 inci rekaan baharu, manakala rim tempa (forged) 23 inci menampilkan ciri unik menerusi hab tengah (centre cap) apung.

Mekanisme bering bebola (ball bearing) membolehkan logo Mercedes-Benz kekal dalam kedudukan tegak walaupun roda berputar.

Sil Pijak Elektrik Lebih Eksklusif

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Pemijak sisi elektrik akan keluar secara automatik dalam tempoh kurang 1 saat sebaik saja pintu dibuka. Ia menggunakan kemasan aluminium anod dengan getah antigelincir berserta logo Maybach krom.

Pada malam, jalur LED akan menerangi sil pijak sambil memancarkan logo Mercedes-Maybach ke permukaan jalan sebelum sistem kembali tersorok apabila pintu ditutup.

Varian Night Series Tampil Lebih Sporty

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Mercedes-Maybach turut menawarkan varian Night Series yang menggunakan pelbagai kemasan krom gelap pada bahagian depan dan sisi badan.

Sil pijal sisi elektrik menerima kemasan aluminium gelap, manakala rim aloi 23 inci menggunakan rekaan 7-jejari corak Maybach.

Pilihan warna luaran terdiri daripada Obsidian Black Metallic (hitam), MANUFAKTUR Opalite White Bright (putih), MANUFAKTUR Opalite White Magno (putih), dan gabungan dua tona Obsidian Black Metallic-Mojave Silver Metallic (hitam-perak).

Di dalam kabin pula, pelanggan boleh memilih kombinasi kulit Black/Black Pearl atau Crystal White/Black Pearl, dipadankan dengan kemasan kayu walnut Open-Pore Brown bersama corak Herringbone serta kemasan tiang berwarna perak.

Kabin Digital MB.OS, MBUX Superscreen

Mercedes-Maybach GLS 2027

Ruang dalaman Mercedes-Maybach GLS 2027 menerima papan pemuka baharu yang menampilkan skrin super MBUX Superscreen bersama sistem operasi (OS) MB.OS.

Paparan itu menggabungkan tiga skrin 12.3 inci dalam satu panel kaca dengan grafik eksklusif Maybach berwarna Rose Gold, logo Maybach emas, dan latar gabungan warna emas, Rose Gold dan hitam.

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Corong penyaman udara turut direka semula dan dipasang bersepadu pada permukaan kaca MBUX Superscreen. Rekabentuk tanpa sirip konvensional itu menggunakan mekanisme khas bagi mengawal aliran udara sambil meningkatkan penampilan kabin.

MB.OS menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), arkitektur pemprosesan baharu dan sambungan kekal kepada sistem awan Mercedes-Benz Intelligent Cloud, selain menyokong kemas kini atas talian Over-the-Air (OTA) bagi menambah fungsi dan pilihan personalisasi sepanjang hayat kenderaan.

Antara ciri baharu yang ditawarkan termasuk:

  • Zero Layer yang memaparkan maklumat penting tanpa perlu membuka menu tambahan.
  • Footer Bar yang boleh disesuaikan.
  • Folder aplikasi yang boleh dinamakan sendiri.
  • Sokongan lebih 40 aplikasi merangkumi audio, video, hiburan dan produktiviti, dengan lebih banyak aplikasi akan ditambah menerusi kemas kini OTA.

MBUX Virtual Assistant turut dipertingkat dengan integrasi ChatGPT, Microsoft Bing Search dan Google Gemini, membolehkan sistem memahami arahan lebih kompleks, mengingati perbualan terdahulu serta berinteraksi secara lebih semula jadi.

Pembantu maya itu dipaparkan dalam bentuk logo Mercedes-Benz berwarna Rose Gold pada paparan Zero Layer.

Bagi penumpang belakang, Mercedes-Maybach menyediakan dua skrin HD penuh bersaiz 11.6 inci bersama alat kawalan yang boleh dikonfigurasi untuk mengendalikan penyaman udara, tirai privasi dan sistem hiburan belakang. Kamera terbina dalam turut membolehkan panggilan video dilakukan ketika perjalanan.

Kerusi Lebih Selesa dengan Fungsi Urut Baharu

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach mempertingkatkan keselesaan semua penumpang menerusi fungsi urutan baharu. Antara pembaharuan ialah:

  • Kerusi depan menerima fungsi urutan getaran pada kusyen
  • Dua kerusi Executive belakang kini menawarkan fungsi urutan sehingga ke bahagian betis buat kali pertama pada GLS

Kulit Nappa Baharu, Lebih Banyak Pilihan Kemasan

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Mercedes-Maybach memperkenalkan upholsteri kulit Maybach Exclusive Nappa Leather baharu dalam kombinasi warna Beech Brown/Macchiato Beige.

Turut diperkenalkan ialah dua pilihan kemasan dalaman baharu:

  • Kayu Brown Open-Pore V-Groove Walnut
  • Fabrik Silver/Black Diamond Pattern High Gloss

Kemasan tersebut turut digunakan pada panel yang menutupi peti sejuk belakang, dan mampu memuatkan dua botol 0.75 liter bagi mengekalkan karakter ruang mewah model itu.

Sistem Audio Dipertingkat

Mercedes-Maybach GLS 2027

Sistem audio Burmester 3D Surround Sound dengan Dolby Atmos kini menerima dua pembesar suara tambahan di belakang.

Secara keseluruhan, sistem itu menawarkan 15 pembesar suara, amplifier 710W, dan julat bunyi lebih luas untuk semua penumpang.

Penapis Udara Elektrik, Kabin Lebih Senyap

Mercedes-Maybach turut memperkenalkan sistem penapisan udara elektrik baharu yang akan memperbaharui udara kabin setiap 90 saat.

Sistem berbilang lapisan itu menggabungkan penapis awalan (pre-filter), penapis ion dan penapis dalaman yang terus berfungsi walaupun mod kitar semula udara (recirculation) diaktifkan.

Kesenyapan kabin turut dipertingkat menerusi penggunaan bahan penebat tambahan pada ruang enjin, terowong transmisi, dinding pemisah enjin serta beberapa ruang dalam struktur badan.

Selain itu, penutup enjin turut dipasang bahan penyerap bunyi khas bagi mengurangkan bunyi pembakaran frekuensi tinggi, sekali gus meningkatkan lagi keselesaan pemanduan.

MB.Drive Assist Pro dengan Kuasa Pemprosesan 254 TOPS

Mercedes-Maybach GLS baharu dilengkapi sistem bantuan pemanduan terkini yang menggunakan:

  • 10 kamera luaran
  • Lima radar
  • 12 sensor ultrasonik
  • Komputer sejukan air berasaskan MB.OS

Unit pemprosesan itu mempunyai kuasa pengiraan sehingga 254 trilion operasi sesaat (254 TOPS) bagi memproses semua data sensor secara masa nyata menggunakan teknologi AI.

Bantuan Pemanduan Bandar Lebih Pintar

Mercedes-Maybach GLS 2027

Di Eropah, model itu didatangkan standard dengan pakej MB.Drive Standard yang merangkumi Distronic Distance Assist.

Bergantung pasaran, Mercedes-Maybach turut menawarkan pakej MB.Drive Assist, MB.Drive Assist Plus atau MB.Drive Assist Pro.

Menerusi MB.Drive Assist Pro, sistem mampu membantu pemandu bergerak dari tempat letak kereta sehingga ke destinasi dalam persekitaran bandar menggunakan gabungan navigasi dan Bantuan Pemanduan Tahap 2 (SAE Level 2).

Walaupun sistem boleh membantu mengawal stereng, membrek dan memecut, pemandu masih perlu memegang stereng serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi kenderaan.

Fungsi itu akan diperkenalkan terlebih dahulu di China sebelum diperluaskan ke AS dan pasaran lain, bergantung kelulusan pihak berkuasa tempatan.

MB.Drive Parking Assist Dipertingkat

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027

Sistem MB.Drive Parking Assist kini mampu mengesan petak parkir lebih awal, termasuk petak parkir menyerong dan kawasan parkir tanpa garisan putih.

Ia juga membantu mengeluarkan kenderaan dari petak parkir walaupun proses meletakkan kenderaan dilakukan manual.

Kelajuan parkir automatik meningkat sehingga 5kmj, manakala fungsi Wheel Protection baharu membantu mengelakkan rim bergesel pembahagi jalan.

Turut disediakan bantuan undur Reverse Manoeuvring Assist yang membolehkan kenderaan mengundur automatik mengikut laluan sejauh 150 meter yang baru dilalui, sekali gus memudahkan pemanduan di kawasan sempit.

Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Mercedes-Maybach GLS 2027
Hibrid Ringan (MHEV) Kenderaan Hibrid-Ringan (MHEV) Maybach Mercedes-Maybach Mercedes-Maybach GLS Mercedes-Maybach GLS 2027 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.