Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Pertimbang Rancangan Perkenal Lancer dan Mirage Baharu?
Auto Terkini

Mitsubishi Pertimbang Rancangan Perkenal Lancer dan Mirage Baharu?

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI kini berada atas landasan betul dalam usaha mengembalikan era kegemilangan jenama itu. Model seperti Xpander mendapat sambutan hangat, manakala Triton baharu pula dipuji ramai. Fokus Mitsubishi kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) pula nampak meyakinkan apabila melihat potensi dimiliki Outlander dan Eclipse Cross.

Dalam mengecapi kejayaan itu, apa khabar pula dengan model popular jenama itu, Lancer?

BACA >>> Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Depan

Suatu masa lalu, Lancer begitu gah bersaing dengan model Jepun lain seperti Honda Civic, Toyota Corolla dan Nissan Sylphy. Tiga model itu masih di pasaran, sebaliknya Lancer pula tidak tahu apa nasibnya.

Namun, di sebalik ketidakpastian, ada berita menarik dilaporkan portal Australia ini yang memaklumkan Mitsubishi sedang menilai rancangan masa depan dan mengakui kereta penumpang masih lagi penting buat pengeluar dari Jepun itu.

KONGSI PLATFORM DENGAN RENAULT, NISSAN


Rancangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Trevor Mann di depan kumpulan media pada acara pelancaran Triton baharu di Thailand, baru-baru ini. Mann turut berkongsi tentang pembangunan Mirage berasaskan platform CMF-B yang dikongsi bersama rakan pakatan: Renault dan Nissan.

Selain itu, pakatan bertiga itu turut memiliki satu lagi platform model sedan, iaitu CMF-C, malah Mann mengakui sebarang rancangan mengenai Lancer akan dibina berasaskan platform itu. MMC nampaknya cukup berhati-hati dalam memberi kenyataan ketika pasaran SUV sedang berkembang pesat sekarang ini.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

Berita atau rancangan sebegitu mungkin boleh diragui jika MMC keseorangan, tetapi segalanya berubah apabila pengeluar itu kini berada dalam satu pakatan automotif yang kuat. Penyertaan Nissan bersama Renault juga terbukti menjadi apabila kedua-dua jenama itu saling berkongsi teknologi dan kepakaran dengan meraih laba keuntungan lumayan.

Kami yakin pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi mempunyai masa depan lebih gemilang bersandarkan potensi model seperti di bawah ini yang dikelompokkan dalam satu kumpulan:

  • Nissan Juke, Renault Captur, Nissan Kicks, Mitsubishi ASX
  • Nissan X-Trail, Renault Koleos, Mitsubishi Outlander
  • Nissan Note, Nissan March, Mitsubishi Mirage
  • Nissan Navara, Mitsubishi Triton
  • Mitsubishi Xpander, Nissan Grand Livina
  • Nissan Sylphy, Renault Megane, Mitsubishi Lancer
  • Renault Megane R.S, Mitsubishi Evo(?)
  • Renault dalam F1 dan Formula E, Nissan (SuperGT), Mitsubishi (WRC?)

Persoalannya, adakah mustahil MMC mempunyai model popular seperti sebelum ini? Jika ada mengatakan pasaran kereta sedan sudah tidak bermaya, tetapi harus diakui Honda masih galak dengan Civic, manakala Toyota baru saja melontarkan pelurunya melalui Corolla generasi ke-12 yang mengancam!

BACA >>> Mitsubishi Lancer CT9A Evolution VIII Mengganas

GALERI
Mitsubishi Lancer MR Touring
Mitsubishi Lancer MR Touring
Mitsubishi Lancer MR Touring
Mitsubishi Mitsubishi Lancer Mitsubishi Mirage Mitsubishi Motors Corporatio Mitsubishi Motors Corporation (MMC) MMC Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi platform CMF-B Platform CMF-C Roda4 Sedan Trevor Mann
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.